- HE SEES YOU -

28 December 2008

Keteguhan kebenaran atas dasar ketundukan!!

DIRIKANLAH SOLAT WALAU DI MANA KAU BERADA........

WALAU DALAM KESEMPITAN
WALAU DALAM KESESAKAN


WALAU DALAM KESIBUKAN
WALAU DALAM KERESAHAN


WALAU DALAM KESUSAHAN

WALAU DI LAUTAN
MAHUPUN KEPANASAN



WALAU SEBERAT MANA PUN


TIADA ALASAN.......


SABDA JUNJUNGAN; "ISLAM BERMULA ASING DAN IA AKAN KEMBALI ASING, MAKA BERAHAGIALAH GOLONGAN GHURABA' "

Di sini bermula:Tahun baru,azam baru,matlamat baru?


Alhamdulillah, setahun berlalu....rasanya baru berapa ketika aku memandang tahun 1429. Tahun baru pasti sering kita kaitkan dengan azam yang baru.Mungkin ada yang berazam untuk simpan janggut,simpan duit,naik gaji,jadi anak yang soleh,what ever laa...., namun apa yang akan kita perolehi daripada azam kita itu?

Kali ini ikhwah ingin membicarakan sedikit tentang persoalan matlamat yang utama dan sebenar. Sebenarnya dalam melakukan sesuatu perkerjaan, yang akan membantu kita mencapai ikhlas salah satunya ialah kejelasan matlamat. Apa yang sebenarnya kita inginkan dalam melakukan sesuatu amal, tidak kira kecil atau besar ialah Mardhotillah(keredhaan allah).

Besar atau kecil sesuatu amal itu bukanlah menjadi kayu ukur untuk seseorang itu ke syurga.Cuba bayangkan seorang Daie yang giat melakukan kerja da’wah namun apa matlamat utama sekali yang dia letakkan adalah Ustiazatul Alam, nampak besar bukan? Sesungguhnya matlamat paling utama ialah Mardhotillah, kita membina sehingga ustiazatul alam pun untuk menagih mardhotillah.Kerana tanpa Mardhotillah , Nabi Muhammad s.a.w pun tidak akan ke syurga.

Berbeza pula dengan seorang penyapu sampah yang menyapu dengan bermatlamat agar jiwanya akan terdidik dengan sifat pembersih kerana “Kersihan sebahagian daripada iman”(bukan hadis tapi merupakan kata-kata pujangga) dan dengan peribadinya itu akan membantu menaikkan islam, dengan harapan Allah redha dengan amalnya.Kan indah dan jelas tu.

Adakalanya kita berasa putus asa dengan amal kita.....jadi jelaskan kembali matlamat kita agar kita kembali bersemangat.BERSAMALAH MERAIH MARDHOTILLAH!!!!!

Di sini bermula:wajah baru

ULTIMATUM TELAH DIBUKA, ANDALAH PENGGERAKNYA
DARI;KACAMATA TARBIYAH

Apabila diucapkan takziah

8 tahun yang lalu aku digemparkan dengan berita tentang kematian adikku Muhammad Heyqal b Mohd Salmi.Pada waktu itu bulan ramadhan disambut dengan muram oleh keluarga kami, kami bersama-sama menguruskan jenazahnya dan beliau telah ditanam di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas.Sempat juga aku menatap wajah si kecil itu buat kali terakhir.Setelah selesai pengkebumian,beberapa orang pak cik datang kepada ayahku dan mengucapkan takziah.Pada jangkaan awal aku takziah ialah ungkapan yang sering diucapkan kepada orang yang mendapat kejayaan.Rupa-rupanya aku tersilap......

namun ada suatu perkara yang bermain di benak fikiran ini.Takziah tu ape?

Takziah adalah satu ungkapan yang diucapkan kepada keluarga si mati untuk menghiburkan hatinya yang sedang bersedih dan memberi dorongan untuk terus bersabar, hukumnya pula adalah sunat.Tapi jika dilihat di Malaysia apabila diucapkan takziah kita akan lagi bersedih, mungkin kerana kurang memahami maksud sebenar takziah kot? Di sini ada satu sunat lafaz takziah yang sesuai untk kita amalkan, tak silap bunyi dia cam ni kot......

A’zhomallahu ajrak,waahsana azaaak,waghofaro limayyatik,wa’awwadakallahu an musibatika khaira

“Semoga allah memberi ganjaran yang besar kepadamu,mengelokkan kesabaranmu,mengampuni si mati dan semoga allah menggantikan musibah yang berlaku dengan kebaikan untukmu”


*usah bersedih, Allah ada bersama hambanya yg sabar...

Tetapi awas! Janganlah anda terlalu mulia sangat dalam mengucapkan takziah sehingga setelah seminggu kejadian tersebut berlaku pun anda masih mengucapkannya.Hukumnya adalah makruh kerana bimbang jika perkataan tersebut mengingatkan mereka semua kepada arwah,cukuplah sehingga hari ke3, kematian itu lebih afdhal.

Ikhwah di sini ingin menutup kata-kata dalam sesi ini dengan sebuah hadith yang diriwayatkan Ibnu Majah,sabda Ar-Rasul s.a.w:Tidaklah seseorang muslim itu mengucapkan takziah kepada saudaranya yang ditimpa musibah melainkan allah akan memakaikannya dengan pakaian – pakaian kemulian pada hari kiamat.

Cukuplah sekadar mati dijadikan peringatan buat kita,Wallahua’lam.

20 December 2008

Jika aku mahu...

Peristiwa ini berlaku ketika nabi Muhammad s.aw sedang melangsungkan da’wahnya di thoif, namun penduduk thoif bukan sahaja menolak da’wahnya malah mencaci baginda. Terjadi satu peristiwa ketika baginda melalui satu jalan seperti red carpet yang di sekelilingnya terdapat ramai orang, namun yang mengelinginya bukanlah paparazzi,cameraman pro mahupun peminat fanatik tetapi manusia – manusia yang menglontarkan batu,najis dan objek-objek tajam kepadanya dengan penuh rasa benci.Keadan berlarutan sehingga darah di muka junjungan mulia itu mengalir hingga ke kaki.Kemudian baginda duduk sebentar di sebuah kebun anggur , tiba-tiba datanglah Jibril a.s kepada Rasulullah untuk meminta izin kepada baginda untuk dia menghimpapkan gunung ke atas punduduk thoif. Namun memang peribadi Rasulullah s.a.w seorang yang penyayang,dia telah pun memafkan penduduk thoif.Hasilnya setelah kewafatan baginda,Abu Bakr as-Siddiq pernah menyeru kepada umat islam untuk wajib membayar zakat dan kaum pertama yang menyahut seruan tersebut ialah kaum thoif......

-2 pengajaran dari kisah ini ialah

1)Jika kita ingin amar makruf nahi munkar,kawalan emosi adalah faktor yang penting kerana ia membebaskan kita dari pengaruh syaitan laknatullah.Satu contoh yang boleh ana beri ialah ketika Syeikh Hassan al-Banna sedang memberi kuliah kemudian dia mendapat sepucuk surat dan lantas dia membaca surat tersebut,setelah selesai membaca dia dengan berwajah tenang meneruskan kembali kuliahnya............nak tahu apa isi kandungan surat tersebut?=berita mengenai kematian putera tercintanya.


2)Sentiasalah kita optimis dengan hidayah allah dengan merasakan sesuatu perkara yang berlaku telah dijanjikan akan hikmahnya.Bila bercakap tentang hikmah ia bukanlah perkara yang kecil tetapi ianya merupakan rahmat dari allah......

Wallahua’lam

07 December 2008

Eid alAdha:Memupuk samangat keBANGSAan


Alhamdulillah....selesai sudah kami sekeluarga menunaikan solat sunat aidil adha,nampaknya tahun ini kami tidak pulang ke kampung seperti beberapa tahun yang lepas.Emm...teringat khutbah yang disampaikan oleh khatib tadi yang menceritakan bagaimana haji mampu menyatupadukan umat islam,sungguh luas perbicaraannya sehingga memasuki ke dalam topik khilafah dan dalang perpecahan umat islam.

Selesai solat raya dan khutbah, semua umat islam di dalam masjid tersebut bersalam-salaman sebagai tanda eratnya ukhuwah atas dasar aqidah yang sama.Dalam keadaan mesra itu terdapat sekelompok masyarakat muslim Bangladesh yang bersalaman dan berpelukan sesama mereka.Dalam keheningan itu,kesepian terpecah apabila aku datang dan bersalaman dengan mereka,ada juga segelintir masyarakat melayu “muda” yang memandang sinis dengan perbuatan mulia itu,ada juga yang berkata “patutla muka lebih kurang sama”.Begitulah komen masyarakat melayu yang kononnya beragama ISLAM.

Dalam perjalanan pulang,abi singgah di sebuah stesen minyak,dalam masa yang sama terdapat sebuah teksi Proton Iswara yang berhenti di sebelah kereta kami.Pemandu teksi tersebut adalah seorang yang berbangsa India dan tertera nama di pintu keretanya-Kassem Ibrahim b. Abdullah-.Tiba-tiba aku terdengar ngilaian gelak kecil berdekatan mobil kami,dengan nada suaranya “kantoi la keling ni pakai teksi pinjam!”.Diri ini terdiam sebentar,mengapa begitu cetek dan kotor fikiran insan tersebut sehingga sanggup menafikan keislaman orang india tersebut hanya kerana dia bukan MELAYU!

Lihatlah masyarakat kita kini yang lebih menguatamakan semangat keBANGSAan berbanding ikatan aqidah yang telah dipupuk oleh Rasulullah s.a.w satu ketika dahulu.Mengapa ini terjadi?setelah dikaji, rupa-rupanya pihak kufar telah memupuk semangat Arabism pada masyarakat arab di timur tengah semasa zaman pemerintahan khilafah uthmaniah.Jika dilihat dengan mata kasar mungkin ada baiknya jika dipupuk semangat perkauman atas dasar aqidah yang sama,tetapi janganlah sampai menyingkirkan kaum lain yang turut beriman dengan tuhan yang sama.

Suatu ketika dahulu di zaman uthmaniah,telah dikeluarkan fatwa wajib menentang pihak penjajah yang kufar,setelah berita itu sampai ke Malaysia,askar-askar British yang terdiri daripada melayu muslim dan india muslim bergabung bersama menentang penjajah.Atas dasar aqidah yang kuat mereka hampir dapat mengalahkan pihak penjajah,namun akhirnya merka tumpas jua dek pengkhianatan seorang pembelot yang berbangsa MELAYU.Noktah perjuangan pejuang kemerdekaan tersebut terhenti di situ,akhirnya mereka telah dibariskan di hadapan dajal-dajal penjajah dan ditembak seorang demi seorang lantas jatuh ke tanah dan syahid......!

Di sini dapat kita lihat betapa datuk moyang kita dahulu bersungguh-sungguh berusaha menyatupadukan kita atas dasar aqidah yang sama,so khianatlah bagi siapa yang menyekatnya!

Eid al-Adha:Haji dan pengorbanan


Aidil Adha menjelang tiba, namun apakah persiapan kita untuk menghadapi hari yang mulia itu. Adakah dengan membeli lemang,menempah baju raya ,packing untuk balik kampong atau pelbagai lagi perkara.Namun adakah kita mengerti apakah pengertian Aidil Adha yang sebenarnya jika kita beriya-iya menyambutnya.

Ikhwah di sini ingin kita renungkan bersama,jika anda perasan masyarakat di Malaysia lebih gemar menyambut Aidil Fitri berbanding Aidil Adha, mengapa? Cuba kita berpaling ke belakang sebentar,jika dilihat Aidil Fitri disyariatkan pada 2 hijrah bersempena menyambut kemenangan umat islam yang berjaya menahan nafsu(berpuasa),manakala Aidil Adha pula disyariatkan sejak zaman Nabi Ibrahim a.s lagi.Nampaknya bumi yang uzur ini lebih lama menikmati Aidil Adha berbanding Aidil Fitri.Bagaimana pula dengan kita......?

Bercakap tentang Aidil Adha teringat pula ana kisah di zaman tabien,tentang seorang syeikh yang bermimpi mendengar perbualan dua malaikat yang sedang berbincang tentang keputusan ibadah haji pada tahun itu,salah satu daripada malaikat tersebut memberitahu bahawa pada tahun itu hanya ada seorang insan sahaja yang ibadah hajinya diterima,tetapi yang anehnya kelibatnya tidak kelihatan di kawasan tersebut.Kemudian syeikh itu terjaga dari tidurnya dan berusaha mencari insan dikatakan oleh malaikat tadi.Setelah dia Berjaya bertemu dengan insan tersebut,dia bertanya bagaimana haji insan tersebut diterima oleh allah sedangkan orang tersebut tidak pernah pergi menunaikan haji.Setalah lama insan itu terdiam,dia menjawab bahawa dia sebenarnya sudah lama menyimpan hasrat untuk menunaikan haji,setelah duitnya mencukupi dia memasang niat untuk menunaikan haji,namun dia mendapat tahu bahawa jirannya sudah lebih seminggu tidak makan.Dengan berniatkan haji dia telah menyerahkan duit itu kepada jirannya.Patutlah Aidil Adha sering dikaitkan dengan pengorbanan.

Ana juga ada mengkaji tentang sirah nabi Muhamad s.a.w tentang Aidil Adha,apa yang dapat ana simpulkan mereka menyambutnya dengan cara memberikan hak kepada golongan yang tidak berkemampuan.Begitulah cara kehidupan mereka yang sentiasa menegakkan hak dan batil.

Suasana sambutan Aidil Adha di Malaysia agak berbeza dengan sambutan Aidil Adha di timur tengah,menurut cerita ikhwah-ikhwah di sana suasana disana teramatlah meriah jika dibandingkan dengan Malaysia,mungkin mereka lebih kenal dan menghayati erti pengorbanan yang sebenar.Sudahkah anda mengenali erti pengorbanan sebenar?sudah puaskah anda berkorban?jika Asyraf Sinclair sanggup berkorban merentasi selat yang memisahkan dua Negara untuk mendapatkan wanita yang ingin dimilikanya,mengapa tidak kita berkorban untuk mendapatkan redha sang pencipta yang memiliki segala-galanya. Maaf zahir batin....................

15 November 2008

Di pohon tamar


Lihatlah,
Pabila bumi bersuara,
Mentari di arah yang salah,
Kemungkaran berleluasa,
Binaan mencakar langit,
Sudah sampaikah masanya........

Pandanglah,
Pabila gunung hancur dan lebur,
Bintang-bintang berjatuhan ke bumi,
Al-masih bersuara,
Bala Mahdi bergelora,
Penghancur bumi merata.......

Dengarlah,
Pabila suara gemuruh di angkasa,
Hamba melahirkan tuannya,
Peperangan membinasakan,
Pemimpin yang jahil,
Sudahkah kita bersedia..........

Dari itu persiapkan dirimu
Menempuh hari yg dijanjikan,
Oleh itu tunaikanlah amanah
Dari tuhan dan kekasihnya.......

Ku pasti semua ini kan berlaku
Tanpaku ketahui masa dan waktunya,
Usah ragu usah sangsi
Hakikat ini pasti berlaku.................

BACALAH,LIHATLAH,lihatlah pandanglah dengan mata hati,
BACALAH,DENGARLAH,dengarlah pedoman panduan jalan murni,
Agar kita terlepas dari bencana yang datang menyiksa,
Agar kita selamat dari siksa yang telah dijanjikan........

Renunglah,
Hayatilah dimana kita berada,
Hidup di dunia sementara,
Umpama sang musafir berteduh di pohon tamar,
Lantas meneruskan perjalanan.............................?

*sajak ini diilhamkan ketika aku sendirian bersandar di pokok ciku....

Setelah 7 bulan kubersamanya

Ada satu kejadian yg menyebabkan aku mula menghargai seorang insan yg bernama ayah.Aku baru berkenalan dengan seorang hamba allah yg baru masuk ke sekolahku.Pada hari pertama sekolah,dia duduk di sebelahku.Mulai saat itu aku mula berkawan rapat denganya.Kami selalu ketawa dan berkongsi pengalaman serta cerita yg menyeronokkan.Sekali-sekala aku bertanya tentang pekerjaan ibunya,bilangan adik beradiknya dan apa yg sering dia lakukan di rumah.

Setelah 7 bulan berlalu........aku makan bersamanya dan seorg lagi kawanku.Semasa makan kami membincang tentang gaji yg diterima oleh guru-guru sesetengah sekolah swasta.Ternyata habuan yg mereka terima tidak cukup untuk menampung kehidupan mereka dan disertakan pula dengan tanggungan anak yg ramai walaupun sudah lama berkhidmat di sekolah tersebut.Lantas,aku membandingkan gaji guru-guru ini dengan bapa kami.Aku bertanya kepada kawanku tentang gaji bapanya,tiba-tiba rakanku yg seorang lagi mengubah topic yg kami bincang dalam keadaan tergesa-gesa,seolah-olah ada suatu perkara yg senestif yg tidak patut kami perkatakan.Selesai makan aku berjumpa rakanku dan bertanya kepadanya "kenapa anta ubah topic tadi?gaji bapa ni satu bende yg sensetif ke utk dibincangkan?” dan dia menjawab "ana ubah topic bukan sebab tu,tapi sebab kawan kita tu bapak dia dah meninggal dunia”.Terkelu lidahku mendengar kenyataan tersebut.Patutlah acap kali ibunya melawatnya,aku tidak nampak kelibat bapanya,aku pun silap kerana tidak pernah bertanya tentang bapanya walaupun telah 7 bulanku mengenalinya.

Akhirnya aku berjumpa dengannya dan bertanya kepadanya mengapa dia tidak menceritakan perkara ini kepadaku sedangkan dia memceritakan perkara ini kepada orang lain,dan dia berkata kepadaku bahawa dia sering terlupa tentang kesedihan yg dialaminya ketika bersamaku,kerana ketika bersamaku dia sering ketawa dek jenakaku.Nampak sangat aku ni sekadar kawan dalam bersuka................jadilah anda KAWAN dalam suka dan duka

05 October 2008

Setitis citra untuk dirasa

Terdetik di hati ini untuk memandang sebentar ke belakang melihat sejenak kisah-kisah Assabiqun Alawalun terdahulu untuk dihayati dan dijadikan pedomanCrita 1:semasa zaman pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz,ketika itu khalifah Umar menyuruh semua kabilah menghantar seorg wakil untuk menceritakan masalah yg berlaku pada kabilah masing-masing .Tiba-tiba khalifah Umar terkejut apabila melihat seorang budak yg baru berusia setahun jagung datang kepadanya untuk melaporkan masalah yg berlaku pada kabilahnya.Kejadian ini membuatkan hati khalifah Umar berasa kurang senang ,lantas dia bertanya pada budak tersebut "Tidak adakah orang yg lebih tua dari kamu yg boleh mewakili kabilah kamu?”& budak itu menjawab "jika begitu pasti ada org yg lebih tua dari kamu yg layak menjadi khalifah di muka bumi ini” kenyataan itu membuat khalifah Umar Abdul Aziz terdiam sebentar........Tamat cerita 1
Crita 2:Semasa zaman pemerintahan Rasulullah S.A.W berlaku satu peperangan yg besar.Rasulullah telah melantik seorang pemuda yg bernama Usamah b. Zaid untuk mengetuai peperangan tersebut,pada ketika itu umur Usamah b. Zaid dalam lingkungan 17 thn,beberapa sahabat meragui Usamah b.Zaid mengetuai peperangan yg besar ini kerana semua kekuatan umat islam telah tertumpu dalam peperangan ini,jika umat islam kalah maka mereka akan berada dalam keadaan yg sangat-sangat lemah.Namun mereka telah ditenang oleh Abu Bakr As-Siddiq,kerana beliau yakin dengan Usamah b. Zaid.Usamah b.Zaid ialah seorg pemuda yg mempunyai peribadi yg menggambarkan dirinya seorang muslim yg sejati.Ianya terbukti apabila umat islam memenangi peperangan tersebut............... ... Tamat cerita 2Crita 3:semasa abad ke-20,seorang tokoh terkemuka di dunia yg bernama Hassan Al-Banna telah menubuhkan jemaah Ikhwanul Muslimin yg bukan sahaja berjaya manggegarkan Mesir malahan serata dunia hingga ke hari ini.Usia beliau ketika menubuhkan jemaah ini ialah 22 tahun.......Tamat cerita 3

Cuba renungkan kehebatan tiga pemuda ini,mereka melakukan perkara yg besar dan hebat dalam usia yg muda.Jika As-syahid Hassan Al-Banna telah menubuhkan Ikhwanul Muslimin pada usia 22 tahun, apakah yg difikirkanya pd usia 20,19&17 thn.Apakah pula yg sedang anda fikirkan kini.Renungkanlah......

Salam pembuka bicara


selamat datang ke satu alam dimana saya akan bersama-sama anda berkongsi pendapat,pengalaman dan peristiwa menarik dari perspektif saya sebagai seorang muslim......
salam bicara.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails