- HE SEES YOU -

28 December 2009

Mental, Wanita dan Nur Kasih

Petang itu Ahmad melayari blog kepunyaannya untuk dikemaskinikan, sedang meneliti di bahagian shoutbox matanya terpaku oleh satu comments di bawah postnya yang bertajuk "ini wira kita...". Ahmad menoleh pandangannya ke arah comments dan dia mula mengukirkan senyuman apabila terbaca satu kenyataan yang bertulis "wow! penulisan yang baik.... saya suka:-) ". Selesai Ahmad melayari internet dia melangkahkan kaki memasuki biliknya, dia berbaring di atas katilnya yang empuk sambil tersenyum dan membayangkan betapa satu dunia menyukai tulisannya yang berkualiti. Sehinggalah pada suatu ketika matanya memerhati di sebalik shoutbox di blognya dan tertulis sebuah comment "pujangga sepi: mad poyo, tulisan macam haprak!!". 7 minit selepas itu Ahmad menulis sebuah post baru yang bertajuk "blog ini terhenti di sini"
Itu cerita Ahmad, ini pula cerita kakaknya Jamilah seorang gadis berusia 23 tahun yang gemar bermain Facebook. Jamilah telah meletakkan gambar-gambar percutiannya di Pulau Pangkor bersama teman-temannya. Di sebalik gambar itu tertera tulisan di ruangan tuliskan komen "Alias Shazman eh... awk ke yg cute tuh?" dan "Jamilah Sameon thank you ;)". Pabila Jamilah bersedih dia menulis pula di Facebook tentang kesedihan yang dialaminya, maka berjela-jelalah komen seperti " siannya... saya pon turut sedih", "sabar sbb tu separuh dr iman", "x pe, kumbang bukan seekor" dan banyak lagi. Jamilah kembali tersenyum dan merasakan seluruh dunia memberi perhatian kepadanya.

hmm.... jika anda pernah mengalami keadaan sedemikian, saya menggalakkan agar anda mendaftar di wad psychiatrist terdekat kerana dikhuatiri anda telah diserang oleh penyakit mental yang serius! yes, i'm talking about mental problem. Apabila seseorang mendapat pujian dan perhatian dia merasa ujub dan bagaikan satu dunia memujinya dan mengambil berat tentangnya manakala apabila dikritik dia merasakan bagai satu dunia mencemuhnya dan mula berputus asa dalam melakukan sesuatu, kemana dia pergi wajahnya kelihatan lesu. Jadi berhati-hatilah kepada pengguna Facebook dan blogger sekalian.

Terngiang-ngiang di telinga ini lagu terbang tinggi nyanyian Yasin yang kini popular dengan lagu nur kasih. Lebih kurang begini bunyinya " kau takkan hidup dengan pujian manusia atau mati dengan cacian mereka, pengertian hidup bukan apa yang kau sangka..."


*Paparan nama di dalam post ini tidak ada kaitan dengan sesiapa sama ada yang masih bernafas atau yang sedang meniti di alam barzakh

24 December 2009

jangan ingat diri sudah hebat!

PERHATIAN!!! Alhamdulillah.... blog ni masih belum terkubur lagi


cuma sedikit ber"sawang" je.......


maklumlah, saya ni baru nak belajar menyusun "buku" dengan baik dalam masa yang sedia ada


dalam meneliti liku-liku kehidupan di celah-celah tubuh ini, kurasakan diri ini dihimpit bersama dengan jiwa-jiwa kejahilan..... aku tertawa sinis melihat gelagat mereka


Tiba-tiba aku rasakan satu tamparan!


baru aku sedar aku sudah berpijak di "denai" khatulistiwa ini, jadi mengapa harus aku meminggir diri?


doakan aku ye......


*maaf....... saya memang suka berkias

19 October 2009

Eh! dah besar dah budak ni


Sedar tak sedar, tak sedar-sedar rupanya sudah genap setahun 14 hari saya berblogging di sini..... dalam merempuh alam perjuangan ini tidak boleh tidak, dakwah mesti berjalan seiring dengan langkah kita. Salah satu wasilah dakwah saya ialah berblogging, anda terima atau tidak itu terpulang kepada anda kerana "ultimatum telah dibuka, andalah penggeraknya"(kalo x faham maksud ayat tu, sila rujuk kamus dewan bahasa). Saya memohon kemaafan jika sepanjang tempoh ini ada yang tidak bersetuju dan berkesefahaman dengan saya. Hmm... mungkin ada betulnya pada anda dan mungkin ada betulnya pada saya kerana saya menuis berdasarkan apa yang saya fahami. Pokoknya disini, kita kini berada dalam medan amal.... jadi teruskan bekerja

14 October 2009

Pak cik buat ape?

"Atan! Jangan main jauh-jauh, balik sebelum maghrib tau!" Atan berlari anak tanpa menghiraukan kata-kata ibunya. Baginya dapat bermain di luar adalah satu kesenorokan yang sukar diduga. Atan mengangkat kedua-dua belah tangannya sambil menikmati angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. "hmm… angin kuat hari ni! Boleh main layang-layang", bisik hati si kecil itu. Atan mengambil kedudukan untuk melepaskan layang-layang, "1.. 2… 3!" Atan berlari kesenorokan sambil tertawa gembira. Sedang asyik bermain, tanpa disedari dia telah terlanggar seketul batu yang membuatnya jatuh tersungkur ke tanah. Atan bangun sambil menguis siku dan lengannya. Seraya wajahnya tergamam tatkala dia mengalihkan pandangannya kehadapan, tampak kelibat beberapa orang lelaki separuh baya yang bertungkus-lumus berkerja di hadapan papan tanda yang tertulis "PROJEK PEMBINAAN MENARA SURAU AL-BAQARAH".

Atan lantas mendekati salah seorang dari mereka.

"pak cik! Pak cik tengah buat apa?"

"oo… pak cik tengah bancuh simen ni…"

Atan menganggukkan kepalanya dan segera beralih kepada lelaki lain yang berdiri di sebelah tembok itu.

"pak cik pulak tengah buat ape?"

"pak cik tengah tengok cite batman!" kata lelaki yang sedang menyodok tanah itu sambil ketawa.

Atan beralih pula kepada lelaki yang lain. "pak cik buat apa?"

"ala..! ko budak kecik ape tau, dah gi main jauh-jauh!"

Atan seakan tidak memahami apa-apa, dia lantas mengorak langkah menuju kearah seorang lelaki yang sedang mencangkung

"pak cik buat ape, pak cik?"

"tengah ratakan simen… nape nak join ke?"

Atan hanya tersengih, matanya tiba-tiba tertumpu kearah seorang lelaki yang sedari dari tadi sedang asyik mengangkat batu.

"pak cik buat ape?"

lelaki itu meletakkan batu yang dipikulnya seraya memandang ke atas sambil berkata " pak cik nak bina menara masjid!"

Dalam realiti kehidupan kita di alam fana' ini, menjadi suatu kewajipan ke atas individu untuk ber"kerja". Namun yang membezakan antara pekerja-pekerja tersebut adalah hadaf dan tujuan mereka. Jika jelas hadaf dan tujuan mereka maka itu akan lebih menjamin ke arah peningkatan kualita dalam sesebuah pekerjaan. Akan tetapi, jangan sesekali disisihkan matlamat utama dalam pekerjaan ini adalah "La budda" bagi meraih redha-Nya........ so gimana kalian?

07 October 2009

Pedoman buat anak nusantara

Jika direnungi header di atas, bayi itu solah-olah mengungkap "ikhwah! adakalanya kita x perlu berpaling" hmm..... namun kali ini kita harus berpaling!

Adakah kau lupa dulu kita serumpun,
Adakah kau lupa dulu kita salling bantu-mambantu,
Adakah kau lupa dulu islam yang datang membentuk kita,
Adakah kau lupa dulu tokoh-tokoh kita bersatu,
Adakah kau lupa dulu kita menjadi lambang kemegahan nusantara,
Adakah kau lupa dulu kita dinaungi di bawah satu khalifah,
Seusai itu mengapa kita harus berpecah,
Memang islam tidak menafikan soal kebudayaan,
Namun jangan sampai aqidah menjadi mangsa,
Hingga retak seumpama gempa yang melanda bumi itu,
Persetankan soal demikian kerna kitakan ditertawakan oleh pihak yang dulunya menjajah kita,
Girang hati mereka "akhirnya aku berjaya walaupun jasadku kabur dimata".

Ketika portugis mendesak untuk menyerang melaka, jundi yang menaungi jawa bersiap siaga tampil membantu. maka terungkaplah;

Kalau roboh kota melaka,
Papan dijawa hamba dirikan,
Kalau sungguh bagai dikata,
Darah dan nyawa hamba korbankan.

Jika dulu kita mampu berSATU, mengapa tidak kini?
(penduduk Indonesia dan Malaysia di Mesir bahagia di sini, ketawa dalam perbualan, santapan dalam satu hidangan, tenang dalam perbincangan... bagaimana pula disana?)

03 October 2009

Hikmah kembara

"wafirauna zil autad" dan firaun yang mempunyai pasak-pasak (bangunan yang besar), sebagaimana yang tercatat dalam kalam suci ini, itulah pyramid seperti yang dibanggakan masyarakat bukan sahaja di mesir malahan di setiap pelosok dunia sehingga pernah tercatat dalam seven wonders of the world. Kali ini ikhwah mendestinasikan diri mencari hikmah dalam kembara melawat sisa-sisa ketamadunan firaun yang kini lenyap dimakan zaman.

bergambar di atas bongkah yang dibina pada zaman mesir purba, mungkin banyak sejarah dan rahsia yang tercatat di atasnya....... wallahua'lam, agak-agak berapa umur dia?

bergambar bersama coach pasukan nigeria yang tewas dalam piala dunia bawah 20 tahun, bayangkanlah bila kami berhabis-habisan bergambar dengan dia tiba-tiba ada orang tanya, what's your name?......... so, what's your comment?

ha... gambar ni ada ceritanya, kalau nak tahu sila klik di sini

Islam mengajar kita agar bersifat ihsan pada semua makhluk tidak kira ia hidup atau tidak. Insan di atas ini sebenarnya ingin memenuhi ciri-ciri seorang khilafah seperti Umar Al-Khattab, maka lihatlah apa yang dilakukan olehnya....... hehe

Bergambar di hadapan makam Imam Hasan Al-Banna (kalo kat sini panggil pak cik hasan), perjuangan pak cik hasan mengembalikan semula hak syahadah di muka bumi ini sehingga titisan darah yang terakhir tidak terhenti di situ sahaja ataupun dalam erti kata lain....... jasadmu pergi, ruhmu bersemadi dalam jiwa kami!

kenangan jaulah cairo 09'; "BASAH"kan dirimu dengan ukhuwah (hehe....) iringiku dalam rabithoh :)

27 September 2009

Gema takbir di tanah gersang


_YAEIDU ILA FITRAH_



bergambar bersama ikhwah di hadapan
Dewan Abbasiyah Kaherah Mesir


"TAQOBBALALLAHU MINNA WAMINKUM"



16 September 2009

Demi cinta laila

Azmi seorang insan yang sangat menggemari rokok, perkara itu akan dinikmati olehnya setiap hari tak kira pagi dan petang.Pernah suatu hari apabila beliau mengisi borang kemasukan asrama dan ditanyakan tentang hobinya, maka beliau menjawab:” merokok bersama member2 ana”.

Nak dijadi kan cerita suatu hari datang seorang gadis jelita di kampungnya, Laila namanya. Kehadiran Laila ke kampung tersebut adalah untuk melawat atoknya yang sudah lama tidak diziarahi. Dipendekkan cerita, Azmi sangat meminati gadis tersebut maka dia mencuba untuk berkenalan dengan gadis tersebut, namun cubaan pertamanya hambar kerana gadis tersebut tidah meminati tabiatnya yang suka merokok.

Sejak dari itu Azmi bertekad untuk berhenti merokok demi menggapai cinta sucinya kepada gadis jelita yang bernama Laila tersebut . Setelah melihat perubahan mendadak yang berlaku kepada Azmi gadis itu mula jatuh hati kepadanya kerana melihat kepada pengorbanan yang telah dilakukannya. Maka mereka berdua kembali berkenalan sehingga menjadi rapat dan pada masa itu mereka mendapat jolokan couple terbaik tahun ini, begitulah gambaran betapa akrabnya hubungan mereka .

Dipendekkan cerita setelah sebulan mereka bersama, Laila terpaksa pulang ke rumahnya semula untuk meneruskan pekerjaannya sebagai kerani di sebuah syarikat permotoran. Pada malam sebelum kepulangan Laila, Azmi menangis teresak-esak dan perkara itu berlanjutan sehiggalah ke pagi esoknya sehiggalah Laila pulang.

Selang beberapa hari Azmi mendapat khidmat pesanan ringkas pada telefon bimbitnya. Setelah menekan butang open maka terpaparlah di skrin telefon bimbitnya “ azmi, jom la lepak ngan kitorang. Laila dah tak de. Kitorg dh lame x isap rokok ngan ko doh !– member yg isap rokok skali ngan ko :-)”


Kebiasaanya bila seorang manusia berada dalam situasi seperti Azmi ini berkemungkinan besar dia akan kembali menyertai rakan-rakannya… sebab ape? Kerana Azmi berhenti merokok adalah kerana untuk mendapatkan laila bukan kerana dia betul-betul insaf.

So situasi ini lebih kurang samalah seperti kita di bulan ramadhan ini, jika seorang insan itu menghentikan perbuatan jahiliyyah yang dilakukannya di bulan ramadhan kerana bulan RAMADHAN itu sendiri maka ikhwah memberi sedikit jaminan berkemungkinan besar dia akan kembali melakukan maksiat tersebut setelah pulangnya ramadhan.

Tapi, jika dia menghentikan maksiat di bulan ramadhan untuk meraih MARDHOTILLAH maka sangat-sangat beruntunglah bagi golongan tersebut. Beramallah kita di bulan ini dengan sebenar-benar amal dan pohonlahlah maghfirah dari-Nya, kerana itu sebaik-baik amalan

Ayuh ikhwah! Kurangkan kontrevesi, tinggkatkan prestasi, jadilah hamba yang bermotivasi !!!


02 September 2009

Jadilah seperti Bilal






Hakikatnya kita masih belum merdeka?


"WALAUPUN JASADKU MILIK TUAN,
NAMUN HATIKU MILIK TUHAN"


SALAM MERDEKA '09

26 August 2009

Kalimah Allah?






Ikhwah sekalian, ayuh kita renungkan bersama.......pasti ramai yang terpegun bila melihat kalimah Allah dipamerkan sebegitu rupa. Apabila berlaku situasi seperti ini pasti ramai yang akan merasai kebesaran Allah. Ikhwah sekalian, ayuh kita renungi bersama, bagi pendapat ana tanpa kalimah tersebut kita sudah dapat menyaksikan dengan mata kasar ini bahawa kebesaran Allah itu jelas terbukti. Mengapa kita hanya melihat kalimah yang terpamer di objek itu sahaja? Mengapa kita tidak melihat pada penciptaan burung, akar, terung, tomato dan awan itu sendiri?Hayatilah ikhwah sekalian akan penciptaan-Nya. Rasanya tidak perlu kita memandang terlalu jauh untuk melihat kebesaran Allah... ( sedikit selingan ramadhan: usahlah memandang ramadhan hanya sekadar bulan untuk berpuasa, tadarus dan terawih..... beramallah anda di bulan ini dengan sebenar-benar amal _ AYOH! bangkitkan semangat segalanya digandakan)


:D Alhamdulillah berkat doa anda blog ini sudah kembali nomal

20 August 2009

bersama kita mendoakannya......

Maalish, penerusan blog ini terpaksa dihentikan seketika kerana blog ini berada dalam keadaan kritikal....... diharapkan doa dari semua muslimin & muslimat agar blog ini dapat diteruskan. AHLAN YA RAMADHAN!

05 August 2009

Hampir saja ku tampak kelibat Izrail

sekadar gambar hiasan

Pagi itu ikhwah bersiap untuk pergi ke markas, ikhwah menunggu di tepi jalan menanti trenko (sejenis van awam) sebagai transport untuk ke markas. Makram! Makram! Suara bergema keluar dari kerongkongku. Pemandu itu mengangguk lantas menjemput ikhwah ke dalam trenko tersebut. Setibanya di destinasi ikhwah minta diberhentikan “alagamb ya asto!”,lalu pemandu itu berhenti dan tibalah ikhwah di destinasi…… hmmm permulaan pagi yang baik namun pasir yang halus jangan disangka tiada kala jengking.

Pulang dari sesi pembelajaran ikhwah bersama dengan 2 orang pelajar dari Malaysia… kata mereka “hang kalo balik naik bas 80 palang ni best jugak, mughah x sampai segernih(matawang Egypt) Cuma kalo nak tughun bas tu hati-hati skit la pasai bas ni x beghenti jadi hang kena terjun”. Bila diingatkan balik ikhwah ada pengalaman naik bas di mesir ni semasa pergi ke Sayyeda Zaynab barsama abang, memang mengalami sedikit masalah ketika turun bas kerana ikhwah turun dengan kaki kiri tapi nasib baik sempat imbangkan badan. Jadi tanpa berbicara panjang kami manaiki bas tersebut. “Asyir bawabah?” konduktur tersebut mengangguk.

Kami dinasihatkan oleh abang-abang agar meletakkan beg di hadapan badan kerana risau berlaku kecurian. dalam perjalanan tersebut, ikhwah nampak kelibat seorang budak mesir yang memegang plastik buah di kedua belah tangannya, dengan tenangnya dia turun dari bas ketika bas masih bergerak (pada ketika itu kelajuan bas dikurangkan sedikit). Tergerak dalam hati ikhwah “kalo budak ni boleh buat, aku pon mesti boleh”.

Setibanya ikhwah di destinasi yang dituju, ikhwah memandang kawan-kawan ikhwah dengan isyarat “ana pergi dulu ye!”, mereka mengangguk lantas mengangkat tangan. Ikwah bersiap sedia untuk turun dari bas dengan mengeluarkan sedikit badan dari pintu bas, ketika itu pemandu memperlahankan sedikit kalajuan bas. Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, ikhwah melompat keluar dengan mendahului kaki kanan. Tiba-tiba…….

Dunia menjadi gelap… disebalik kegelapan itu tampak bayang-bayang putih dan terbisik dalam hati ikhwah “mungkin sudah sampai masanya”. Lamunan ikhwah terhenti dengan bunyi brek kereta yang sangat dekat dengan kepala ikhwah. Ikhwah segera bangun dan tampak tergamam gelagat wanita arab yang hampir melanggar ikhwah tadi. Disebabkan jalan raya yang sesak ikhwah segera mengambil selipar dan beg yang sudah terputus talinya. Rakan ikhwah segera turun dari bas datang membantu, dia berkata “kepala hang ok x? aku nampak pala hang tengantuk kat jln sat tadi”. Ikhwah diam dan sekadar melihat tangan kanan yang berdarah serta luka di bahagian siku dan rasa bingit di peha kiri. “x pa aku ok, hang balik la dulu. Maalish lah buat susah hang tolong aku”.

Ikhwah pulang ke rumah dalam keadaan kaki yang terhenjut-henjut. Setibanya dirumah ahli bait membantu membalut tangan ikhwah (syukran pd yg prihatin)…. Ikhwah duduk sebentar dan berfikir pelbagai asbab dari kejadian itu yang boleh menyebabkan ikhwah dijemput ke alam lain.Dalam keadaan diri ini masih leka dengan dunia… bagaimana jika masa itu sudah sampai saatnya Izrail datang padaku? Astaghfirllahal’azhim……Kisah benar ini ikhwah deklamasikan untuk renungan kita bersama, terutamanya diri ini yang sedang alpa.

Wallahua’lam……

03 August 2009

Alagam ya asto!!

Salam pertemuan di bumi kaherah

Sedar tak sedar 2 minggu sudah ikhwah menghayun tangan di bumi anbiya ini…. teringat pesanan teman-teman sebelum tiba di mesir , lebih kurang beginilah bunyinya “ kalo idup kat mesir sama ada anta jadi musa atau firaun!” pelbagai andaian dilemparkan kepada tanah purba ini, namun hakikatnya insan itu sendiri yang menentukan ke mana hala tujunya.

bercakap tentang orang mesir….. apa yang digambarkan pada ikhwah tentang orang mesir ialah bangsa yang kasar. Tetapi waktu hari pertama ikhwah di mesir, ikhwah mengalami kesusahan untuk membuka pintu lantas tampil seorang lelaki mesir menghulurkan bantuan tanpa meminta “ganjaran”, tapi ramai juga orang mesir yang sentiasa memperkecil bangsa asing, ikhwah sendiri pernah tidak dibenarkan naik lif semasa di hospital sedangkan orang arab lain naik macam biasa je… pernah juga tidak diberi baki, dilemparkan dengan kata-kata kesat dan pelbagai lagi.

Ikhwah juga hidup bersama dengan orang Somalia semasa di dalam markas, dua orang adik-beradik Somalia berbadan kurus, berusia dalam lingkungan 7/8 tahun,mereka sangat aktif dan bising di dalam kelas sehingga sering dipukul dengan keras oleh guru tapi meraka masih tersenyum nakal ( kalau kat Malaysia mesti guru tu dah kena saman). Namun ada juga karakter orang somalia yang berbeza, ada seorang budak ni berbadan besar, sering tidur di dalam kelas dan kurang ajar dengan semua orang sehingga pernah ditengking oleh pengetua.

Orang indonesia lain pula ceritanya, meraka di sini baik tutur katanya dan semangat dalam beramal serta penuh dengan sifat-sifat mahmudah (seperti yang digambarkan dalam novel karya Habiburahman). Berbeza dengan indon yg ikhwah kenali di Malaysia. Bila direnungkan kembali menjadi suatu lumrah dalam setiap bangsa ada perangai dan sifat masing-masing. Amal kita sebenarnya bukanlah bergantung pada apa bangsa kita kerana rambut sama hitam tapi kubur lain-lain……. jika selalu diutarakan ayat melayu mudah lupa, melayu bangsa layu. Adakah bangsa yang membentuk peribadi kita?.........renungkan kembali ikhwah sekalian .

28 July 2009

Ke mana tumpahnya asir kalau tidak ke cawan

SEKITAR WALIMAH IRFAN & NAFISAH 21 JULAI 2009

wamakaru wamakarallah wallahu khairul maakirin, macam tidak percaya juga dalam masa setahun, 3 ahli keluarga ikhwah telah melangsungkan perkahwinan secara berturut-turut. Namun inilah sebenarnya yang telah Allah catatkan sejak dari luh mahfuz lagi dan kita sebagai Abdul Razak harus redha dengan segala ketetapannya. di bawah tercatat sedikit coretan suasana yang berlangsung di dewan Malaysia Abbasiah Kaherah Mesir. Jazakallah kepada semua pihak yang telibat dalam melancarkan urusan ini.


dua sejoli serba kecoklatan

ke mana jatuhnya cincin kalau tidak ke jari

moga perkahwinan yang dibina seiring dengan jalan yang sebenar

"merentasi benua, manggapai redha yang esa, untuk islam untuk DIA"

26 July 2009

Antara suratan dan kebetulan


InsyaAllah pertemuaan diabadikan selagi hayat dikandung badan, jodoh dipertemu tuhan, rezeki ditetapkan.............

MSMS*786:-18.07.09;EGYPT

13 July 2009

Ini ceritera aku


Terlebih dahulu ikhwah memohon maaf kerana setelah hampir setahun blog ini dikerjakan namun sesi taaruf untuk diri ini agak sedikit hambar. Terlupa nak perkenalkan diri, maklumlah setiap insan pasti melakukan kesalahan namun yang membezakan pesalah tersebut ialah orang yang membaiki kesalahan itu sendiri, lebih kurang samalah macam golongan yang terbaik dalam orang yang melakukan dosa ialah orang yang bertaubat.

Kehidupan ikhwah bermula di kota putih di negeri Eropah. Ikhwah dilahirkan di Bradford England pada tahun 1992, time tu abi baru sahaja habis PhD. Pada cadangan asalnya nak pulang terus ke Malaysia, tapi sebab ada baby dalam perut umi maka ditangguhkan niat itu. Kami sekeluarga tunggulah beberapa bulan sehingga ikhwah keluar menghirup udara di dunia fana’ ini. Malam ketika ikwah hendak menjenguk dunia luar itu, abi dan akhi terus menanti dan tidak tidur pada malam tersebut, termasuklah akhi yang baru berusia 2 tahun ½ itu turut berjaga seolah-olah memahami ketegangan yang berlaku pada ketika itu. Maka dunia yang dulu dianggap luas kini menjadi lebih luas.

Perkataan pertama yang ikhwah dengar di dunia ini ialah “poor mother”. Ia diucapkan oleh seorang jururawat di hospital tersebut kerana umi masih mendapat anak lelaki walaupun sudah memiliki 4 orang anak lelaki (di England doctor tidak menggalakkan para ibu untuk scan bayi yang berada dalam kandungan kerana takut akan digugurkan jika tak bersesuaian dengan citarasa (tapi orang islam tak buat macam tu kot) so bila dah keluar barulah tahu bayi itu lelaki ke perempuan). Namun umi menegaskan “No! I’m a lucky mother” begitulah pendirian seorang muslimah yang baru sahaja beberapa saat bertarung dengan nyawa sendiri dalam niat ingin melahirkan rijal untuk deennya.

Selang seminggu ikhwah ditahnikkan oleh seorang ustaz ( tak ingat namanya). Cerita ikhwah di Bradford tidak lama, selang 3 bulan kami sekeluarga pulang ke tanah air tercinta. Ketika itu Malaysia dilanda kegawatan ekonomi. Kami sekeluarga menetap di Jitra, Kedah. Selepas 4 tahun kami berpindah ke Kuala Lumpur.

Dari cerita umi begitulah..... namun Kuala Lumpur yang dimaksudkan ialah Bandar Baru Bangi yang pada ketika itu masih dihiasi dengan semak-samun. Tapi sekarang ni dah berkembang pesat. Segala-galanya ada dan tumbuh ibarat cendawan. Ikhwah disekolahkan di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Bangi, kemudian dimasukkan pula ke Sekolah Menengah Al-Amin Bangi(masih di tempat sama cuma banggunan yang berbeza). Pada cadangan asalnya nak dihantar ke asrama namun mungkin atas faktor diri ini yang masih belum bersedia dan merasakan diri masih “budak”, maka menetaplah ia di suasana yang sama namun mungkin medan yang sedikit berbeza.

Ketika berusia 15 tahun ikhwah berpindah sekolah ke Sekolah Menengah Islam Hira’ Jeram. Atas faktor untuk mengubah diri dan keaadaan, wamakaru wamakarallah wallahu khairul maakirin, pengtarbiyahan ini telah menemukan ikhwah dengan pemilik alam ini dengan lebih dekat. Selepas itu ikhwah menyambung pelajaran dalam bidang al-quran di Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’. Sejujurnya di situlah ikhwah mula mengenali arah tuju kehidupan, tapi kalau tak cari memang tak jumpa. Sehinggalah pada suatu ketika, keputusan telah diambil untuk ikhwah menamatkan pengajian di situ.............

Nantikan episode seterusnyaL(terimalah hamba seadanya kerana.......ha ana zaak)





08 July 2009

Sesekali rasa nak "speaking"

Human is mortal


Some die through natural cause

Some through accidents

Some take their own lives

And many other underlying reasons behind death.....


The fact is human is not eternal in this world

Where will we be in the hereafter......Heaven or Hell?


What about those who are still alive?


We can make do’a


And do ‘amal in this transitory period


O Allah...I don’t deserve your heaven but I want to abstain myself from your hell............ forgive me

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails