Petang itu Ahmad melayari blog kepunyaannya untuk dikemaskinikan, sedang meneliti di bahagian shoutbox matanya terpaku oleh satu comments di bawah postnya yang bertajuk "ini wira kita...". Ahmad menoleh pandangannya ke arah comments dan dia mula mengukirkan senyuman apabila terbaca satu kenyataan yang bertulis "wow! penulisan yang baik.... saya suka:-) ". Selesai Ahmad melayari internet dia melangkahkan kaki memasuki biliknya, dia berbaring di atas katilnya yang empuk sambil tersenyum dan membayangkan betapa satu dunia menyukai tulisannya yang berkualiti. Sehinggalah pada suatu ketika matanya memerhati di sebalik shoutbox di blognya dan tertulis sebuah comment "pujangga sepi: mad poyo, tulisan macam haprak!!". 7 minit selepas itu Ahmad menulis sebuah post baru yang bertajuk "blog ini terhenti di sini"
Itu cerita Ahmad, ini pula cerita kakaknya Jamilah seorang gadis berusia 23 tahun yang gemar bermain Facebook. Jamilah telah meletakkan gambar-gambar percutiannya di Pulau Pangkor bersama teman-temannya. Di sebalik gambar itu tertera tulisan di ruangan tuliskan komen "Alias Shazman eh... awk ke yg cute tuh?" dan "Jamilah Sameon thank you ;)". Pabila Jamilah bersedih dia menulis pula di Facebook tentang kesedihan yang dialaminya, maka berjela-jelalah komen seperti " siannya... saya pon turut sedih", "sabar sbb tu separuh dr iman", "x pe, kumbang bukan seekor" dan banyak lagi. Jamilah kembali tersenyum dan merasakan seluruh dunia memberi perhatian kepadanya.
lihatan lesu. Jadi berhati-hatilah kepada pengguna Facebook dan blogger sekalian.*Paparan nama di dalam post ini tidak ada kaitan dengan sesiapa sama ada yang masih bernafas atau yang sedang meniti di alam barzakh



































