- HE SEES YOU -

11 April 2009

Bila api membara


Satu ketika datang seorang sahabat menemui Ar-Rasul s.a.w, lalu berkatalah sahabat tersebut wasiatkanlah aku, maka Rasulullah bersabda “La Taghdhob” dan diulang kalimah itu beberapa kali. Tanpa kita sedari kemarahan ini sebenarnya salah satu dari pintu utama syaitan ke dalam hati kita. Sejujurnya ikhwah sendiri sukar untuk menahan marah kerana adakalanya kita tidak dapat mengawal emosi dan mudah untuk sakit hati dengan tindakan seseorang tanpa memikirkan jalan penyelesaian terbaik.


Di sini ikhwah ingin membawa satu kisah tentang seorang kaya yang sering memaki hamun pekerjanya, dia juga memiliki seorang hamba. Nak dijadikan cerita suatu hari seorang pekerjanya telah menumpahkan air diatas komputernya, lalu dia memarahi perkerja tersebut tanpa belas kasihan dan kemudian dia memanggil hambanya untuk mengelap air yang tumpah itu. Namun hambanya masih tidak berganjak dari tempat duduknya. Maka bertambah beranglah orang kaya tersebut, dia lantas memaki hamun hambanya. Dengan nada yang cukup kesal hambanya berkata “ kau tidak layak memanggil aku hamba kerana sepatutnya kau yang menjadi hambaku” orang kaya itu hairan dan dia mempersoalkan kenyataan tersebut. Maka berkatalah hamba itu “aku telah menjadikan nafsu amarahku sebagai hamba kerana aku dapat mengawalnya sebaliknya kau menjadi hamba kepada nafsu amarahmu kerana kau sering mengikut kehendaknya, ini bermakna aku lebih layak menjadi tuanmu”.


Kawallah emosi anda dengan sentiasa mengingati sang pencipta, cubalah untuk waraskan akal dalam menyelesaikan masalah menurut syariat islam. Ingatlah sesungguhnya Allah bersama-sama dengan hambanya yang yakin dengan jalannya.

04 April 2009


"KATA IBARAT PEDANG YANG TAJAMNYA BISA MEMBUNUH LAWAN"


Imam Al-Ghazali pernah bermadah: BENDA YANG PALING TAJAM DI DUNIA ADALAH LIDAH


-CONTOHILAH AR-RASUL S.A.W, KATA-KATANYA SEDIKIT NAMUN MEMBAWA 1000 ERTI-


*adakalanya jika kita terlampau banyak berkata-kata, namun kurang beramal maka terserlahlah kebodohan dalam diri kita.......


wallahua'lam

01 April 2009

Hari itu pilu bagiku...


Hari itu aku termenung seorang di dalam kelas, entah mengapa hati aku rasa gundah gulana. Wajah keluarga terngiang-ngiang di kepalaku sejak malam sebelumnya lagi. Tiba-tiba aku dikhabarkan oleh kawanku tentang suatu berita yang sangat mengejutkan. Kata kawanku dalam keadaan tercungap-cungap dan berpeluh “Lan aku dapat berita abang kau accident jatuh motor, sekarang dia kat dalam ICU” kalimah itu sahaja sudah cukup membuatkan jantungku berdegup kencang dan airmataku hampir mengalir. Aku lantas berlari anak untuk keluar dari kelas. Apabila aku membuka pintu kelas, tiba- tiba........APRIL FOOL!!!

Ikhwah tidak berhasrat untuk bercakap panjang tentang perkara ini, cuba anda hayati hadis di bawah..............

-Celakalah bagi orang yang bercakapan dengan percakapan yang lucu dan kelakar dengan tujuan mentertawakan manusia lalu dia berbohong, celakalah baginya, celakalah baginya.....

-Tidak halal bagi seorang muslim menakut-nakutkan muslim yang lain

-Besarlah khianat apabila engkau berbicara dengan saudaramu suatu perkara yang dia percayakan sedangkan engkau hanya berbohong kepadanya

-seorang sahabat bertanya kepada nabi “mungkinkah seorang mukmin itu menjadi pengecut” sabda nabi “ya” lalu ditanya “mungkinkah serang mukmin itu menjadi kedekut” sabdanya “ya” lalu ditanya “mungkinkah seorang mukmin itu pendusta” sabdanya “tidak”

Renungkan kembali, layakkah kita yang mengaku keesaan tuhan dan kerasulan nabi untuk meraikan April Fool?

23 March 2009

Sepintas lalu mengenai Slumdog Milionaire


Baru-baru ni ikhwah ada menonton sebuah filem daripada india yang bertajuk Slumdog Milionaire, filem ini juga dikatakan telah memenangi banyak anugerah di Oscar. Filem ini mengisahkan seorang remaja yang bernama Jamal yang telah memenagi pertandingan Who wants to be a millionaire, namun tahukah anda Jamal bukanlah serang graduan university atau usahawan yang berjaya, dia cuma seorang penduduk setinggan yang menjadi pelarian dan menyara hidup ketika remaja sebagai pembuat teh. Namun dia berjaya menjawab semua soalan berdasarkan pengalaman yang dilaluinya dalam menempuh liku-liku kehidupan.

Hikmah yang sedikit sebanyak dapat ikhwah kupaskan dalam filem ini adalah menunjukkan antara kelemahan umat islam zaman ini adalah mereka lebih gemar mengejar teori dari praktikal. Lihatlah berapa ramai siswazah yang menjadi pengangur. Begitu juga dengan daie kita, antara sebab seorang seorang daie itu menjadi lembab adalah kerana mereka tidak memuntahkan teori yang tersimpan lama di dalam usus mereka. Wallaua’lam adakah kerana tiada medan ataupun takut untuk mengambil risiko? Apabila ikhwah berkongsi pengalaman dengan sahabat-sahabat, rata-rata mereka mengatakan lebih banyak belajar dari apa yang dilalui setelah mencuba berbanding duduk dan tunggu teori datang kepada kita.

Ingatlah, sesungguhnya teori itu tidak mampu memberi apa-apa ganjaran kepada kita di akhirat kelak jika ia tidak dibalas dengan amal. Ikhwah teringat bait kata-kata dalam lagu mentera beradu nyanyian Malique dan M.Nasir “Ijazah sebenar datangnya dari pengalaman, bercakar dan bersalaman”. Semoga Berjaya!

16 March 2009

Jangan pukul anak saya!!!


Zainal bin Zaheed Abas adalah seorang penuntut di sebuah sekolah swasta yang dirahsiakan lokasinya, beliau kini berusia 17 tahun. Beliau mempunyai perwatakan yang tenang dan sangat dipecayai oleh kedua ibu bapanya. Beliau mempunyai gaya perwatakan yang lurus seperti menyikat rambut ke tepi, memakai cermin mata full frame berwarna hitam dan berpakaian agak skema.Namun tanpa disedari beliau telah mengepalai kumpulan bantai budak di sekolahnya....... apakah puncanya?

Jawapan standard bagi soalan karangan bahasa melayu yang membahaskan topik masalah remaja kini yang biasa digunakan adalah seperti kurang perhatian keluarga, tak cukup kasih sayang, kurang didikan agama dan sebagainya. Mungkin betul?

Bait Al-Muslim adalah antara jalan penyelesaian yang ikhwah rasakan terbaik bagi permasalahan ini. Jadi bila disebut bait al-muslim maka ibu bapa sangat-sangatlah memainkan peranan penting. Cuba anda bayangkan apakah hasilnya jika sesebuah keluarga mengamalkan islam secara total, menghidupkan biah dan sunnah di dalam rumahnya? Insyaallah, kalau ikut logiknya lumayan.Ia juga merupakan langkah pengtarbiyahan awal yang terbaik bagi anak-anak. Cuba kenalkan anak-anak anda dengan tuhannya, sekurang-kurangnya ia membolehkan mereka untuk mumayiz di jalan ini.

Persoalannya, bagaimana nak membina sebuah daulah islamiyah jika masyarakat masih lagi jahiliyah. Bagaimana pula nak membina masyarakat islamiyah jika tidak ada bait al-muslim............ Adakah anda ingin melihat anak anda menjadi mangsa buli? Adakah anda ingin melihat peratus kes rogol meningkat? Adakah anda ingin melihat dunia terus dibelenggu selepas kejatuhan khilafah pada 3.3.1924? SEGALANYA BERMULA DARI TANGAN ANDA.......

09 March 2009

Untukmu junjungan:Pakar klon sebenar















Pada zaman ini, banyak pihak saintis yang membuat pelbagai kajian dan ciptaan untuk menghasil sebuah “objek” yang dinamakan klon! Ikhwah sendiri sejujurnya sudah muak mendengar tentang percubaan para saintis untuk menghasilkan klon. Namun usaha merka ternyata sia-sia kerana ia tidak membuahkan hasil. Ada yang dilakukan keatas tikus,kambing biri-biri,kalau tak silap, babi pun ada gak......tapi malangnya semua gagal.

Sebenarnya tanpa kita sedari zaman berlalu, namun ada seorang hamba allah yang sebenarnya telah menghasilkan jutaan klon, dan klon itu terus bergerak walaupun hayatnya sudah terhenti. Siapakah dia? Adakah dia seorang saintis yang hebat seperti Albert Einstine, Harun Yahya atau Abdul Aziz Majid Az-Zindani?

Nama baginda ialah Muhammad bin Abdullah ataupun lebih dikenali dengan Rasulullah s.a.w. Baginda berbeza dengan nabi-nabi yang lain. Ini kerana nabi yang lain terpaksa menanggung beban dakwah ini secara keseorangan untuk kaumnya, tetapi nabi Muhammad terpaksa menyampaikan risalah ini untuk sekelian umatnya hingga akhir zaman walapun pada ketika itu jasadnya sudahpun tiada.

Oleh sebab itu dia telah menghasilkan banyak klon yang akan menjadi seperti dirinya dan menjalankan tugasnya seperti Abu Bakr As-Siddiq, Umar Al-Khatab, Saidina Ali dan ramai lagi. Mereka semua telah mendapat tarbiyah Fresh dari Rasulullah. Manakala baginda pula mendapat tarbiyah fresh dari Allah.Tanpa kita sedari kita juga kini dididik melalui dakwah baginda.

Jika tanpa pengorbanan baginda mungkin kita tidak dapat merasa kelazatan nikmat islam kini. Selawat dan salam ke atas pakar klon tersebut!!

Untukmu junjungan:Yang mana satu?

Cuba bayangkan anda berada di sebuah bank untuk menemani ibu yang ingin membuat simpanan wang. Keadaan di bank itu yang asalnya sunyi sepi, tiba-tiba menjadi riuh-rendah apabila kelihatan seorang lelaki yang bertopeng hitam dan membawa dua pucuk pistol di tangannya. Untuk menyelamatkan dirinya yang telahpun terkantoi, dia telah menghalakan dua pistol itu kearah kepala 2 MANGSA bertujuan untuk menggertak agar orang-orang di sekelilingnya tidak menggangu kerjanya.

Untuk pengetahuan anda 2 MANGSA itu ialah: 1. Ibu anda 2. Rasulullah s.a.w.

Jadi anda kini hendaklah bertindak sebagai hero dengan menyelamatkan salah seorang dari mereka dan seorang lagi akan terkorban. Persoalannya: Yang mana satu pilihan anda?

Cuba anda bayangkan........... jika anda memilih ibu anda. Anda dengan bergayanya melompat kearah ibu anda dan menyelamatkannya.Pasti ibu anda akan menangis dan merasa terharu dan anda juga berasa gembira kerana ibu anda masih hidup. Namun tanpa anda sedari, orang yang berada di sebelah ibu anda itu telah terkena satu das tembakan di kepalanya dan orang itu tidak lain tidak bukan ialah Rasulullah s.a.w. Mungkin anda berasa gembira kerana ibu anda masih hidup namun adakah anda sedar bahawa jutaan manusia akan bersedih dengan kewafatan baginda, kerana bagindalah petunjuk jalan kebenaran dan tanpa usaha baginda kemungkinan kita tidak dapat melihat nur islam di bumi ini.

Jadi ikhwah di sini mengulangi persoalan yang sama. Yang mana satukah pilihan anda?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails