- HE SEES YOU -

03 May 2009

Bait Al-Muslim

SEKITAR WALIMAH AIMAN & SAKINAH 1 & 2 MEI 2009




"semoga risalah kebenaran terus bersemadi dan mekar di bumi ini"

Moga ditempatkan bersama solehin

Hari itu ikhwah menerima sebuah e-mail yang memaklumkan keadaan terkini sahabat akrab ikhwah semasa kecil dahulu, seperti apa yang dimaklumkan dia telah masuk ke dalam ICU. Terdetik rasa di hati ingin melawatnya, lalu ikhwah mengajak rakan seperjuangan yang turut mengenali sahabat akrab ikhwah itu.

Nak dipendekkan cerita sebelum kami pulang ke asrama, kami sempat singgah di hospital HUKM, lalu kami naik ke tingkat 2 wad ICU. Setibanya di kaunter ICU kami meminta kebenaran untuk melawat lalu kami diberikan kad yang tertulis “M**** A**** katil no 2” dan kami diminta untuk membasuh tangan.

Setelah masuk ke dalam wad apa yang dilihat adalah keadaan yang sangat sibuk dan terkocoh-kocoh terutamanya jururawat di situ, lama juga rasanya kami mencari katil no 2 kerana kami tidak perasan di mana nombor itu diletakkan.

Tiba-tiba ikhwah ternampak sekujur tubuh yang terkujur lemah dalam keadaan matanya yang ditutupi dengan jel, mulut yang sedikitkan terbuka dan kelihatan bengkak pada kakinya. Pada hakikat awal ikhwah tidak mengenali siapa pesakit itu,namun ikhwah sedar nama yang tertulis di whiteboard tersebut ialah nama M**** A**** dan yang berdiri disampingnya ialah abangnya. Maka yakinlah kami akan empunya badan.

Kami bersalaman dengan abangnya dan bertanya khabar tentang M****, memang panjang ceritanya. M**** yang ana kenali dulu adalah seorang yang ceria dan sering menceriakan orang, dan sememangnya kami senang bersamanya.

Abangnya ada menceritakan kepada kami apabila bapa M**** membacakan kepadanya ayat Quran yang pernah dihafalnya, mulutnya kadangkala bergerak sama dan apabila mereka memberi harapan padanya boleh kelihatan cebisan airmata yang mengalir, mungkin dia mendengar? Maka kami mengambil peluang ini untuk berbual dengannya walaupun pada zahirnya tiada tindak balas. Rakan ikhwah mengimbau kenangan lalu bersamanya dan menyatakan harapan untuk bertemu dengannya dalam keadaan sihat selepas kami pulang dari sekolah. Ikhwah pula memulakan “perbualan” kami dengan memberi salam dan ikhwah sekadar mampu membisikkan doa syifa’ ke telingannya dan mendoakan yang terbaik untuknya, rasanya tidak mampu untuk bercakap panjang dek kerana sebak yang teramat di dada.

Kami pulang ke asrama dalam keadaan sepi dan tidak bercakap banyak seperti selalu.Masing-masing merasa terkejut dengan apa yang berlaku.Seminggu selepas kejadian ikhwah dimaklumkan dengan pemergiannya ke Rahmatullah pada 19.4.2009. Semoga permergiannya mengingatkan kepada kita bahawa ajal tidak mengenal erti usia.

Dalam kenangan, Muadz b. Azhar(1992-2009); AL-FATIHAH......









25 April 2009

Renungkan seketika

Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, sedangkan belum datang padamu ujian seperti yang dialami oleh orang terdahulu sebelummu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncangkan dengan goncangan yang dasyat, sehingga rasul dan orang beriman yang bersamanya berkata “bilakah pertolongan Allah akan tiba?”. Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu sangat dekat. (Al-Baqarah:214)

18 April 2009

Baby & Technology


Sewaktu ana kecil, ana sangat tertarik dengan alam semulajadi, ana sering melihat busut semut yang ada di belakang rumah ana dan secara tak semena-mena ana tertarik dengan penciptaannya. Tapi tidaklah sehingga terfikir tentang penciptanya, namun ia mampu membawa kita untuk mengenali-Nya dalam usia yang masih mentah. Berbeza pula dengan seorang bayi yang ana jumpa di *surau baru-baru ini, dimana dia lebih gemar untuk bermain dengan telefon bimbit milik bapanya sedangkan bapanya berusaha bersungguh-sungguh meletakkannya di hadapan sebaris semut yang sedang berkerja dengan harapan dia tertarik dengan penciptaan semut tersebut, namun dia langsung tidak mengendahkan semut yang sempurna penciptaannya itu sebaliknya dia lebih selesa memilih ciptaan telefon bimbit ciptaan manusia yang penuh dengan kekurangan dan kecacatan. Maklumlah dia kan bayi, tapi bagaimana pula kita sudah “matang” dalam menafsirkan sesuatu? Adakah kita lebih mudah mengenalkan seseorang dengan tuhannya melalui teknologi atau alam semulajadi? mana yang lebih dekat dengan tuhannya?......... sebenarnya tidak kisah dengan cara apa sekalipun tidak menjadi masalah, sebaliknya persoalannya bagaimana kita memanfaatkan wasilah yang digunakan oleh kita dalam mengajak manusia mengenali tuhannya. Teknolgi sangatlah berkesan jika kita pandai memanfaatkannya dan menjadikannya sebagai medan dakwah dalam mengajak manusia mendekati Allah, dan ia sangat-sangatlah berkesan jika kita sendiri dekat dengan Allah.


*(sedikit selingan) nama surau asalnya ialah tempat ibadah orang melayu mengikut cara hindu pada zaman dahulu namun perkataan itu masih dikekalkan sehingga hari ini....

11 April 2009

Bila api membara


Satu ketika datang seorang sahabat menemui Ar-Rasul s.a.w, lalu berkatalah sahabat tersebut wasiatkanlah aku, maka Rasulullah bersabda “La Taghdhob” dan diulang kalimah itu beberapa kali. Tanpa kita sedari kemarahan ini sebenarnya salah satu dari pintu utama syaitan ke dalam hati kita. Sejujurnya ikhwah sendiri sukar untuk menahan marah kerana adakalanya kita tidak dapat mengawal emosi dan mudah untuk sakit hati dengan tindakan seseorang tanpa memikirkan jalan penyelesaian terbaik.


Di sini ikhwah ingin membawa satu kisah tentang seorang kaya yang sering memaki hamun pekerjanya, dia juga memiliki seorang hamba. Nak dijadikan cerita suatu hari seorang pekerjanya telah menumpahkan air diatas komputernya, lalu dia memarahi perkerja tersebut tanpa belas kasihan dan kemudian dia memanggil hambanya untuk mengelap air yang tumpah itu. Namun hambanya masih tidak berganjak dari tempat duduknya. Maka bertambah beranglah orang kaya tersebut, dia lantas memaki hamun hambanya. Dengan nada yang cukup kesal hambanya berkata “ kau tidak layak memanggil aku hamba kerana sepatutnya kau yang menjadi hambaku” orang kaya itu hairan dan dia mempersoalkan kenyataan tersebut. Maka berkatalah hamba itu “aku telah menjadikan nafsu amarahku sebagai hamba kerana aku dapat mengawalnya sebaliknya kau menjadi hamba kepada nafsu amarahmu kerana kau sering mengikut kehendaknya, ini bermakna aku lebih layak menjadi tuanmu”.


Kawallah emosi anda dengan sentiasa mengingati sang pencipta, cubalah untuk waraskan akal dalam menyelesaikan masalah menurut syariat islam. Ingatlah sesungguhnya Allah bersama-sama dengan hambanya yang yakin dengan jalannya.

04 April 2009


"KATA IBARAT PEDANG YANG TAJAMNYA BISA MEMBUNUH LAWAN"


Imam Al-Ghazali pernah bermadah: BENDA YANG PALING TAJAM DI DUNIA ADALAH LIDAH


-CONTOHILAH AR-RASUL S.A.W, KATA-KATANYA SEDIKIT NAMUN MEMBAWA 1000 ERTI-


*adakalanya jika kita terlampau banyak berkata-kata, namun kurang beramal maka terserlahlah kebodohan dalam diri kita.......


wallahua'lam

01 April 2009

Hari itu pilu bagiku...


Hari itu aku termenung seorang di dalam kelas, entah mengapa hati aku rasa gundah gulana. Wajah keluarga terngiang-ngiang di kepalaku sejak malam sebelumnya lagi. Tiba-tiba aku dikhabarkan oleh kawanku tentang suatu berita yang sangat mengejutkan. Kata kawanku dalam keadaan tercungap-cungap dan berpeluh “Lan aku dapat berita abang kau accident jatuh motor, sekarang dia kat dalam ICU” kalimah itu sahaja sudah cukup membuatkan jantungku berdegup kencang dan airmataku hampir mengalir. Aku lantas berlari anak untuk keluar dari kelas. Apabila aku membuka pintu kelas, tiba- tiba........APRIL FOOL!!!

Ikhwah tidak berhasrat untuk bercakap panjang tentang perkara ini, cuba anda hayati hadis di bawah..............

-Celakalah bagi orang yang bercakapan dengan percakapan yang lucu dan kelakar dengan tujuan mentertawakan manusia lalu dia berbohong, celakalah baginya, celakalah baginya.....

-Tidak halal bagi seorang muslim menakut-nakutkan muslim yang lain

-Besarlah khianat apabila engkau berbicara dengan saudaramu suatu perkara yang dia percayakan sedangkan engkau hanya berbohong kepadanya

-seorang sahabat bertanya kepada nabi “mungkinkah seorang mukmin itu menjadi pengecut” sabda nabi “ya” lalu ditanya “mungkinkah serang mukmin itu menjadi kedekut” sabdanya “ya” lalu ditanya “mungkinkah seorang mukmin itu pendusta” sabdanya “tidak”

Renungkan kembali, layakkah kita yang mengaku keesaan tuhan dan kerasulan nabi untuk meraikan April Fool?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails