
27 September 2009
16 September 2009
Demi cinta laila

Azmi seorang insan yang sangat menggemari rokok, perkara itu akan dinikmati olehnya setiap hari tak kira pagi dan petang.Pernah suatu hari apabila beliau mengisi borang kemasukan asrama dan ditanyakan tentang hobinya, maka beliau menjawab:” merokok bersama member2 ana”.
Nak dijadi kan cerita suatu hari datang seorang gadis jelita di kampungnya, Laila namanya. Kehadiran Laila ke kampung tersebut adalah untuk melawat atoknya yang sudah lama tidak diziarahi. Dipendekkan cerita, Azmi sangat meminati gadis tersebut maka dia mencuba untuk berkenalan dengan gadis tersebut, namun cubaan pertamanya hambar kerana gadis tersebut tidah meminati tabiatnya yang suka merokok.
Sejak dari itu Azmi bertekad untuk berhenti merokok demi menggapai cinta sucinya kepada gadis jelita yang bernama Laila tersebut . Setelah melihat perubahan mendadak yang berlaku kepada Azmi gadis itu mula jatuh hati kepadanya kerana melihat kepada pengorbanan yang telah dilakukannya. Maka mereka berdua kembali berkenalan sehingga menjadi rapat dan pada masa itu mereka mendapat jolokan couple terbaik tahun ini, begitulah gambaran betapa akrabnya hubungan mereka .
Dipendekkan cerita setelah sebulan mereka bersama, Laila terpaksa pulang ke rumahnya semula untuk meneruskan pekerjaannya sebagai kerani di sebuah syarikat permotoran. Pada malam sebelum kepulangan Laila, Azmi menangis teresak-esak dan perkara itu berlanjutan sehiggalah ke pagi esoknya sehiggalah Laila pulang.
Selang beberapa hari Azmi mendapat khidmat pesanan ringkas pada telefon bimbitnya. Setelah menekan butang open maka terpaparlah di skrin telefon bimbitnya “ azmi, jom la lepak ngan kitorang. Laila dah tak de. Kitorg dh lame x isap rokok ngan ko doh !– member yg isap rokok skali ngan ko :-)”

Kebiasaanya bila seorang manusia berada dalam situasi seperti Azmi ini berkemungkinan besar dia akan kembali menyertai rakan-rakannya… sebab ape? Kerana Azmi berhenti merokok adalah kerana untuk mendapatkan laila bukan kerana dia betul-betul insaf.
So situasi ini lebih kurang samalah seperti kita di bulan ramadhan ini, jika seorang insan itu menghentikan perbuatan jahiliyyah yang dilakukannya di bulan ramadhan kerana bulan RAMADHAN itu sendiri maka ikhwah memberi sedikit jaminan berkemungkinan besar dia akan kembali melakukan maksiat tersebut setelah pulangnya ramadhan.
Tapi, jika dia menghentikan maksiat di bulan ramadhan untuk meraih MARDHOTILLAH maka sangat-sangat beruntunglah bagi golongan tersebut. Beramallah kita di bulan ini dengan sebenar-benar amal dan pohonlahlah maghfirah dari-Nya, kerana itu sebaik-baik amalan
Ayuh ikhwah! Kurangkan kontrevesi, tinggkatkan prestasi, jadilah hamba yang bermotivasi !!!
02 September 2009
26 August 2009
Kalimah Allah?



:D Alhamdulillah berkat doa anda blog ini sudah kembali nomal
20 August 2009
bersama kita mendoakannya......
05 August 2009
Hampir saja ku tampak kelibat Izrail

Pagi itu ikhwah bersiap untuk pergi ke markas, ikhwah menunggu di tepi jalan menanti trenko (sejenis van awam) sebagai transport untuk ke markas. Makram! Makram! Suara bergema keluar dari kerongkongku. Pemandu itu mengangguk lantas menjemput ikhwah ke dalam trenko tersebut. Setibanya di destinasi ikhwah minta diberhentikan “alagamb ya asto!”,lalu pemandu itu berhenti dan tibalah ikhwah di destinasi…… hmmm permulaan pagi yang baik namun pasir yang halus jangan disangka tiada kala jengking.
Pulang dari sesi pembelajaran ikhwah bersama dengan 2 orang pelajar dari Malaysia… kata mereka “hang kalo balik naik bas 80 palang ni best jugak, mughah x sampai segernih(matawang Egypt) Cuma kalo nak tughun bas tu hati-hati skit la pasai bas ni x beghenti jadi hang kena terjun”. Bila diingatkan balik ikhwah ada pengalaman naik bas di mesir ni semasa pergi ke Sayyeda Zaynab barsama abang, memang mengalami sedikit masalah ketika turun bas kerana ikhwah turun dengan kaki kiri tapi nasib baik sempat imbangkan badan. Jadi tanpa berbicara panjang kami manaiki bas tersebut. “Asyir bawabah?” konduktur tersebut mengangguk.
Kami dinasihatkan oleh abang-abang agar meletakkan beg di hadapan badan kerana risau berlaku kecurian. dalam perjalanan tersebut, ikhwah nampak kelibat seorang budak mesir yang memegang plastik buah di kedua belah tangannya, dengan tenangnya dia turun dari bas ketika bas masih bergerak (pada ketika itu kelajuan bas dikurangkan sedikit). Tergerak dalam hati ikhwah “kalo budak ni boleh buat, aku pon mesti boleh”.
Setibanya ikhwah di destinasi yang dituju, ikhwah memandang kawan-kawan ikhwah dengan isyarat “ana pergi dulu ye!”, mereka mengangguk lantas mengangkat tangan. Ikwah bersiap sedia untuk turun dari bas dengan mengeluarkan sedikit badan dari pintu bas, ketika itu pemandu memperlahankan sedikit kalajuan bas. Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, ikhwah melompat keluar dengan mendahului kaki kanan. Tiba-tiba…….
Dunia menjadi gelap… disebalik kegelapan itu tampak bayang-bayang putih dan terbisik dalam hati ikhwah “mungkin sudah sampai masanya”. Lamunan ikhwah terhenti dengan bunyi brek kereta yang sangat dekat dengan kepala ikhwah. Ikhwah segera bangun dan tampak tergamam gelagat wanita arab yang hampir melanggar ikhwah tadi. Disebabkan jalan raya yang sesak ikhwah segera mengambil selipar dan beg yang sudah terputus talinya. Rakan ikhwah segera turun dari bas datang membantu, dia berkata “kepala hang ok x? aku nampak pala hang tengantuk kat jln sat tadi”. Ikhwah diam dan sekadar melihat tangan kanan yang berdarah serta luka di bahagian siku dan rasa bingit di peha kiri. “x pa aku ok, hang balik la dulu. Maalish lah buat susah hang tolong aku”.
Ikhwah pulang ke rumah dalam keadaan kaki yang terhenjut-henjut. Setibanya dirumah ahli bait membantu membalut tangan ikhwah (syukran pd yg prihatin)…. Ikhwah duduk sebentar dan berfikir pelbagai asbab dari kejadian itu yang boleh menyebabkan ikhwah dijemput ke alam lain.Dalam keadaan diri ini masih leka dengan dunia… bagaimana jika masa itu sudah sampai saatnya Izrail datang padaku? Astaghfirllahal’azhim……Kisah benar ini ikhwah deklamasikan untuk renungan kita bersama, terutamanya diri ini yang sedang alpa.
Wallahua’lam……
03 August 2009
Alagam ya asto!!

Salam pertemuan di bumi kaherah
Sedar tak sedar 2 minggu sudah ikhwah menghayun tangan di bumi anbiya ini…. teringat pesanan teman-teman sebelum tiba di mesir , lebih kurang beginilah bunyinya “ kalo idup kat mesir sama ada anta jadi musa atau firaun!” pelbagai andaian dilemparkan kepada tanah purba ini, namun hakikatnya insan itu sendiri yang menentukan ke mana hala tujunya.
bercakap tentang orang mesir….. apa yang digambarkan pada ikhwah tentang orang mesir ialah bangsa yang kasar. Tetapi waktu hari pertama ikhwah di mesir, ikhwah mengalami kesusahan untuk membuka pintu lantas tampil seorang lelaki mesir menghulurkan bantuan tanpa meminta “ganjaran”, tapi ramai juga orang mesir yang sentiasa memperkecil bangsa asing, ikhwah sendiri pernah tidak dibenarkan naik lif semasa di hospital sedangkan orang arab lain naik macam biasa je… pernah juga tidak diberi baki, dilemparkan dengan kata-kata kesat dan pelbagai lagi.

Ikhwah juga hidup bersama dengan orang Somalia semasa di dalam markas, dua orang adik-beradik Somalia berbadan kurus, berusia dalam lingkungan 7/8 tahun,mereka sangat aktif dan bising di dalam kelas sehingga sering dipukul dengan keras oleh guru tapi meraka masih tersenyum nakal ( kalau kat Malaysia mesti guru tu dah kena saman). Namun ada juga karakter orang somalia yang berbeza, ada seorang budak ni berbadan besar, sering tidur di dalam kelas dan kurang ajar dengan semua orang sehingga pernah ditengking oleh pengetua.

Orang indonesia lain pula ceritanya, meraka di sini baik tutur katanya dan semangat dalam beramal serta penuh dengan sifat-sifat mahmudah (seperti yang digambarkan dalam novel karya Habiburahman). Berbeza dengan indon yg ikhwah kenali di Malaysia. Bila direnungkan kembali menjadi suatu lumrah dalam setiap bangsa ada perangai dan sifat masing-masing. Amal kita sebenarnya bukanlah bergantung pada apa bangsa kita kerana rambut sama hitam tapi kubur lain-lain……. jika selalu diutarakan ayat melayu mudah lupa, melayu bangsa layu. Adakah bangsa yang membentuk peribadi kita?.........renungkan kembali ikhwah sekalian .





