

aku lepaskan cincin di jari ke tempat asal,
aku lepaskan helaian-helaian di dagu,
aku lepaskan angan-angan kedewasaan,
aku lepaskan rakan-rakan perjuangan,
untuk aku kembali...............


Petang itu Ahmad melayari blog kepunyaannya untuk dikemaskinikan, sedang meneliti di bahagian shoutbox matanya terpaku oleh satu comments di bawah postnya yang bertajuk "ini wira kita...". Ahmad menoleh pandangannya ke arah comments dan dia mula mengukirkan senyuman apabila terbaca satu kenyataan yang bertulis "wow! penulisan yang baik.... saya suka:-) ". Selesai Ahmad melayari internet dia melangkahkan kaki memasuki biliknya, dia berbaring di atas katilnya yang empuk sambil tersenyum dan membayangkan betapa satu dunia menyukai tulisannya yang berkualiti. Sehinggalah pada suatu ketika matanya memerhati di sebalik shoutbox di blognya dan tertulis sebuah comment "pujangga sepi: mad poyo, tulisan macam haprak!!". 7 minit selepas itu Ahmad menulis sebuah post baru yang bertajuk "blog ini terhenti di sini"
Itu cerita Ahmad, ini pula cerita kakaknya Jamilah seorang gadis berusia 23 tahun yang gemar bermain Facebook. Jamilah telah meletakkan gambar-gambar percutiannya di Pulau Pangkor bersama teman-temannya. Di sebalik gambar itu tertera tulisan di ruangan tuliskan komen "Alias Shazman eh... awk ke yg cute tuh?" dan "Jamilah Sameon thank you ;)". Pabila Jamilah bersedih dia menulis pula di Facebook tentang kesedihan yang dialaminya, maka berjela-jelalah komen seperti " siannya... saya pon turut sedih", "sabar sbb tu separuh dr iman", "x pe, kumbang bukan seekor" dan banyak lagi. Jamilah kembali tersenyum dan merasakan seluruh dunia memberi perhatian kepadanya.
lihatan lesu. Jadi berhati-hatilah kepada pengguna Facebook dan blogger sekalian.

"Atan! Jangan main jauh-jauh, balik sebelum maghrib tau!" Atan berlari anak tanpa menghiraukan kata-kata ibunya. Baginya dapat bermain di luar adalah satu kesenorokan yang sukar diduga. Atan mengangkat kedua-dua belah tangannya sambil menikmati angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. "hmm… angin kuat hari ni! Boleh main layang-layang", bisik hati si kecil itu. Atan mengambil kedudukan untuk melepaskan layang-layang, "1.. 2… 3!" Atan berlari kesenorokan sambil tertawa gembira. Sedang asyik bermain, tanpa disedari dia telah terlanggar seketul batu yang membuatnya jatuh tersungkur ke tanah. Atan bangun sambil menguis siku dan lengannya. Seraya wajahnya tergamam tatkala dia mengalihkan pandangannya kehadapan, tampak kelibat beberapa orang lelaki separuh baya yang bertungkus-lumus berkerja di hadapan papan tanda yang tertulis "PROJEK PEMBINAAN MENARA SURAU AL-BAQARAH".
Atan lantas mendekati salah seorang dari mereka.
"pak cik! Pak cik tengah buat apa?"
"oo… pak cik tengah bancuh simen ni…"
Atan menganggukkan kepalanya dan segera beralih kepada lelaki lain yang berdiri di sebelah tembok itu.
"pak cik pulak tengah buat ape?"
"pak cik tengah tengok cite batman!" kata lelaki yang sedang menyodok tanah itu sambil ketawa.
Atan beralih pula kepada lelaki yang lain. "pak cik buat apa?"
"ala..! ko budak kecik ape tau, dah gi main jauh-jauh!"
Atan seakan tidak memahami apa-apa, dia lantas mengorak langkah menuju kearah seorang lelaki yang sedang mencangkung
"pak cik buat ape, pak cik?"
"tengah ratakan simen… nape nak join ke?"
Atan hanya tersengih, matanya tiba-tiba tertumpu kearah seorang lelaki yang sedari dari tadi sedang asyik mengangkat batu.
"pak cik buat ape?"
lelaki itu meletakkan batu yang dipikulnya seraya memandang ke atas sambil berkata " pak cik nak bina menara masjid!"

