- HE SEES YOU -

30 January 2009

Warga tarbiyah yang lapar

Di zaman Rasulullah s.a.w terdapat seorang tabib yang bertugas di sebuah kawasan,namun dia dapat merasakan bahawa dirinya seorang penganggur kerana tidak ada pesakit yang datang menemuinya,tetapi dia bukanlah seorang yang mudah futur. Dia terus lagi berusaha dengan pergi ke setiap rumah untuk mencari pesakit,namun dia gagal kerana tidak ada pesakit di kawasan itu. Setelah lama berfikir,akhirnya dia membuat keputusan untuk bertemu Rasulullah. Selepas dia menceritakan masalahnya kepada Rasulullah s.a.w, baginda pun berkata

:ini semua kerana kami makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang dan makanlah atas dasar taqwa bukan nafsu

Di sini dapat kita lihat bahawa makananlah sebenarnya yang menjadi punca utama penyakit. Jika dilihat masyarakat kini akan makan mengikut jadual makan seperti Breakfest,makan pagi,lunch,high tea,dinner,supper dan tak termasuk lagi makanan yang dimakan sambil menonton t.v. Ikhwah di sini sendiri pun agak kurang senang makan dengan jadual yang dicipta oleh manusia,terutamanya= Supper

-Supper= waktu makan ini agak merbahaya untuk kesihatan kerana makan kemudian tidur,jika dilihat kepada role model bagi umat islam sendiri(Rasulullah s.a.w)tidur dalam keadaan yang lapar,ini membuatkan tidurnya menjadi lebih berkualiti(letih) dan mudah untuk bangun tahajud di 1/3 malam.

Jika dilihat banyak kisah-kisah Rasulullah yang berkaitan dengan keberkatan dalam makanan, contohnya seperti membuat roti dari labu,makanan yang sedikit mampu mengenyangkan ramai orang dan pelbagai lagi yang anda boleh kaji melalui sirah nabawiyah. Nabi juga mengamalkan mengunyah makanan sebanyak 40 kali,menjilat jari selepas makan,tidak mencampurkan makanan laut dengan darat dalam satu pinggan,makan berjemaah dan banyak lagi. Sunnah-sunnah ini telahpun diperakui fadhilatnya oleh fakta sains. Tak percaya? Tepuk dada tengok buku......

Sebenarnya cukuplah sekadar kita makan sebagai asbab untuk menjamin kesihatan dan membekal tenaga agar berkemampuan beribadah dan berda’wah di jalan allah, kita sering ingin makanan yang sedap-sedap dan mahal, namun ingatlah kenikmatan rasa dilidah kita itu hanya mampu dikecapi beberapa saat sahaja, akhirnya (mknn sedap+mknn x sedap=najis) di mana tempat ia pergi,di situ tempat ia kembali.Wahai ikhwah yang dikasihi sekalian,hidup kita bukanlah bermatlamatkan makan tetapi dengan makan ia akan membantu kita untuk hidup dan mencapai matlamat........

24 January 2009

Pengorbanan sebenar untuk Ghazzah



Ghazzah,Palestine dalam keadaan yang sangat mendesak. Satu-satunya kota peradaban yang tinggal dan menjadi hak milik Al-Hak di bumi Anbiya’ itu. Jika dilihat pelbagai tindakan dari setiap pelusuk dunia, tidak kira Asia mahupun Eropah,Islam ataupun tidak, masing-masing tampil menghulurkan pengorbanan untuk Ghazzah sebagai menunjukkan rasa keperihatinan mereka terhadap isu ini. Jadi di sini kita akan sama-sama membincangkan apa sebenarnya pengorbanan yang paling berkualiti dan efektif yang boleh kita sumbangkan untuk Ghazzah.


Mungkin kita boleh membantu mereka dengan mengadakan demostrasi seperti yang diadakan di Mesir, Germany, Belgium, Indonesia, France, Hong Kong dan pelbagai lagi negara. Sekurang-kurangnya ia dapat membuka mata dunia dan menunjukkan keprihatinan kita terhadap Ghazzah. Tapi adakah perkara ini dapat membuka mata rejim laknatullah itu dan adakah semangat-semangat jiwa yang ditampilkan akan
berkekalan?

Tidak mengapa, kita cuba cari jalan lain. Bagaimana pula jika kita menhulurkan sumbangan dana seperti wang,ubatan dan kelengkapan yang patut. Jika dilihat negara jiran, Indonesia yang kekurangan bekalan ubat untuk negaranya sendiri pun telah menghatar ubat-ubatan ke palastine. Bukankah itu satu pengorbanan yang besar. Namun adakah anda yakin barangan itu akan selamat tiba ke Palastine?

Mungkin sekarang saya sudah pun menjumpai cara yang paling berkesan. Cuba kita berfikir di luar kotak. Semua kezaliman yang berlaku ke atas Palestine adalah disebabkan kedajalan tampuk pemerintahan dunia yang dikuasai oleh golongan kufar.Jadi cara yang terbaik ialah kita tukarkankan tampuk pemerintahan dunia agar kembali kepada Islam seperti suatu ketika dahulu. Islam adalah penyelesaian bagi semua masalah. Tunggu apa lagi, semuanya bermula di tangan anda!!!


Mati semakin menghampiri kita.Namun apakah sumbangan kita untuk Deen ini.Ikhwah di sini teringat kata-kata Saidina Abu Bakr As-Siddiq “Ayanqusud dinu wa ana hayy?”

07 January 2009

Mengapa tidak melihat di keheningannya?


Apa!!!anda sering gagal dalam hidup?emmmm....di sini mungkin ada satu tips bagaimana untuk kita menjadi seorang insan yang berjaya.
Jika dilihat antara kelemahan umat islam kini adalah pada subuh mereka.Cuba kita bandingkan segelintir masyarakat melayu dengan beberapa kelompok kaum cina(bukan niat untuk menghina atau memperlekeh) pada subuh mereka,di sini ana tidak berminat untuk menjelaskan kerana adalah lebih baik jika anda sendiri yang mengkaji dan melihat.................... Camane ?banyak tak perbezaannya,mereka bangun awal dan mula merancang kehidupan untuk mencapai matlamat bermula dari pagi.

Jika dilihat, musuh islam islam sendiri menggunakan taktik yang sama dalam misi untuk menghancurkan deen ini,mereka bertungkus lumus merancang sehingga tidak tidur dan sekarang lihatlah kesannya apa yang berlaku pada umat islam yang ana sayangi ini.

Seorang pendita yahudi ada berkata “umat islam tidak akan berjaya selagi bilangan orang yang solat subuh tidak menyamai bilangan orang yang solat jumaat”.Nampaknya orang kufar tadi sudah pun menjelaskan kunci kekuatan umat islam,jadi apa tindakan kita......sejenak minda yang kekosongan ini terfikir-Bagaimana pula dengan subuh kita?-

28 December 2008

Keteguhan kebenaran atas dasar ketundukan!!

DIRIKANLAH SOLAT WALAU DI MANA KAU BERADA........

WALAU DALAM KESEMPITAN
WALAU DALAM KESESAKAN


WALAU DALAM KESIBUKAN
WALAU DALAM KERESAHAN


WALAU DALAM KESUSAHAN

WALAU DI LAUTAN
MAHUPUN KEPANASAN



WALAU SEBERAT MANA PUN


TIADA ALASAN.......


SABDA JUNJUNGAN; "ISLAM BERMULA ASING DAN IA AKAN KEMBALI ASING, MAKA BERAHAGIALAH GOLONGAN GHURABA' "

Di sini bermula:Tahun baru,azam baru,matlamat baru?


Alhamdulillah, setahun berlalu....rasanya baru berapa ketika aku memandang tahun 1429. Tahun baru pasti sering kita kaitkan dengan azam yang baru.Mungkin ada yang berazam untuk simpan janggut,simpan duit,naik gaji,jadi anak yang soleh,what ever laa...., namun apa yang akan kita perolehi daripada azam kita itu?

Kali ini ikhwah ingin membicarakan sedikit tentang persoalan matlamat yang utama dan sebenar. Sebenarnya dalam melakukan sesuatu perkerjaan, yang akan membantu kita mencapai ikhlas salah satunya ialah kejelasan matlamat. Apa yang sebenarnya kita inginkan dalam melakukan sesuatu amal, tidak kira kecil atau besar ialah Mardhotillah(keredhaan allah).

Besar atau kecil sesuatu amal itu bukanlah menjadi kayu ukur untuk seseorang itu ke syurga.Cuba bayangkan seorang Daie yang giat melakukan kerja da’wah namun apa matlamat utama sekali yang dia letakkan adalah Ustiazatul Alam, nampak besar bukan? Sesungguhnya matlamat paling utama ialah Mardhotillah, kita membina sehingga ustiazatul alam pun untuk menagih mardhotillah.Kerana tanpa Mardhotillah , Nabi Muhammad s.a.w pun tidak akan ke syurga.

Berbeza pula dengan seorang penyapu sampah yang menyapu dengan bermatlamat agar jiwanya akan terdidik dengan sifat pembersih kerana “Kersihan sebahagian daripada iman”(bukan hadis tapi merupakan kata-kata pujangga) dan dengan peribadinya itu akan membantu menaikkan islam, dengan harapan Allah redha dengan amalnya.Kan indah dan jelas tu.

Adakalanya kita berasa putus asa dengan amal kita.....jadi jelaskan kembali matlamat kita agar kita kembali bersemangat.BERSAMALAH MERAIH MARDHOTILLAH!!!!!

Di sini bermula:wajah baru

ULTIMATUM TELAH DIBUKA, ANDALAH PENGGERAKNYA
DARI;KACAMATA TARBIYAH

Apabila diucapkan takziah

8 tahun yang lalu aku digemparkan dengan berita tentang kematian adikku Muhammad Heyqal b Mohd Salmi.Pada waktu itu bulan ramadhan disambut dengan muram oleh keluarga kami, kami bersama-sama menguruskan jenazahnya dan beliau telah ditanam di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas.Sempat juga aku menatap wajah si kecil itu buat kali terakhir.Setelah selesai pengkebumian,beberapa orang pak cik datang kepada ayahku dan mengucapkan takziah.Pada jangkaan awal aku takziah ialah ungkapan yang sering diucapkan kepada orang yang mendapat kejayaan.Rupa-rupanya aku tersilap......

namun ada suatu perkara yang bermain di benak fikiran ini.Takziah tu ape?

Takziah adalah satu ungkapan yang diucapkan kepada keluarga si mati untuk menghiburkan hatinya yang sedang bersedih dan memberi dorongan untuk terus bersabar, hukumnya pula adalah sunat.Tapi jika dilihat di Malaysia apabila diucapkan takziah kita akan lagi bersedih, mungkin kerana kurang memahami maksud sebenar takziah kot? Di sini ada satu sunat lafaz takziah yang sesuai untk kita amalkan, tak silap bunyi dia cam ni kot......

“A’zhomallahu ajrak,waahsana azaaak,waghofaro limayyatik,wa’awwadakallahu an musibatika khaira”

“Semoga allah memberi ganjaran yang besar kepadamu,mengelokkan kesabaranmu,mengampuni si mati dan semoga allah menggantikan musibah yang berlaku dengan kebaikan untukmu”


*usah bersedih, Allah ada bersama hambanya yg sabar...

Tetapi awas! Janganlah anda terlalu mulia sangat dalam mengucapkan takziah sehingga setelah seminggu kejadian tersebut berlaku pun anda masih mengucapkannya.Hukumnya adalah makruh kerana bimbang jika perkataan tersebut mengingatkan mereka semua kepada arwah,cukuplah sehingga hari ke3, kematian itu lebih afdhal.

Ikhwah di sini ingin menutup kata-kata dalam sesi ini dengan sebuah hadith yang diriwayatkan Ibnu Majah,sabda Ar-Rasul s.a.w:Tidaklah seseorang muslim itu mengucapkan takziah kepada saudaranya yang ditimpa musibah melainkan allah akan memakaikannya dengan pakaian – pakaian kemulian pada hari kiamat.

Cukuplah sekadar mati dijadikan peringatan buat kita,Wallahua’lam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails