- HE SEES YOU -

29 May 2009

izinku pergi.....

Di keheningan malam,

Taubat sujudku menyembah menghadap sang pencipta,

Titisan airmata di sejadah putih ,

Mengenangkan ikatan ukhuwahfillah dan teman seperjuangan,

Detik demi detik kian berlalu,

Di lorong sempit itu terungkai 1000 memori,

Untuk melahirkan murabbi,

Hari ini aku melangkah pergi,

Di kananku angin dikiri ku api,

Sedangkan dihadapanku pagar berduri,

Doakanku tsabat di jalan ini,

Moga pertemuan dan perpisahan kita kerna ilahi.

-HIRA D’MEMORY-

23 May 2009

Penyakit ini kian menular

Pelbagai wabak dan penyakit yang kian menular pada zaman ini, bukan sahaja pada masyarakat kita malah pada semua manusia di setiap pelosok dunia. Saban hari pelbagai jenis penyakit baru timbul sedangkan penawar bagi penyakit lama belum ditemui. Kini sejenis penyakit telah ditemui yang makin merebak di serata dunia. Dianggarkan secara puratanya peratus terbesar disetiap rumah telah menghidap penyakit tersebut. Penyakit ini sebenarnya telah dikesan dari zaman nabi S.A.W lagi, berikutan dengan hadis baginda .

"Hampir datang masanya seluruh umatnya berkerumun ke atas kamu dari setiap penjuru seperti orang-orang yang lapar berkerumun ke atas sebuah dulang berisi makanan." Para sahabat bertanya: "Apakah kerana bilangan kami (kaum muslimin) pada ketika itu sedikit, wahai Rasullah?" Jawab Rasullah saw : "Bahkan pada ketika itu bilangan kamu banyak namun kamu bagaikan buih yang terapung di lautan. Demi sungguh Allah akan angkat rasa gentar dan takut dari hati musuh-musuhmu terhadap kamu dan DIA akan melemparkan rasa al-wahan ke dalam hati kamu." Mereka bertanya : Wahai Rasullah, apakah penyakit al-wahan itu? Jawab Rasullah saw "Cinta harta benda dunia dan takut akan kematian"(Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud).

Jika sekarang dunia telah digemparkan dengan penemuan pelbagai jenis penyakit baru sehingga kita lupa penyakit al-wahan yang sudah berdekad lamanya menyelubungi kita. Wahai jiwa-jiwa yang sedang melihat, bayangkan jika seorang hamba Allah itu bebas dari penyakit al-wahan, jika ia dijangkiti wabak penyakit yang melanda kini, sekalipun dia mati, ingatlah matinya bukanlah mati yang sia-sia.

“Ya Allah, tariklah nyawa hambumu ini di dalam husnul khatimah dan lemparkanlah sejauh mungkin kami dari mendekati su’ul khatimah” .

16 May 2009

BUAT INSAN YANG BERJIWA MURABBI.....


DIA MURABBIKU,
MEDIDIKKU, MEMBIMBINGKU, MENGAJARKU,

"MENGENALKANKU ERTI KEHIDUPAN"
SEPERTI RASUL!!!
MENYAMPAIKAN RISALAH KEBENARAN.

:-=msms*786

03 May 2009

Bait Al-Muslim

SEKITAR WALIMAH AIMAN & SAKINAH 1 & 2 MEI 2009




"semoga risalah kebenaran terus bersemadi dan mekar di bumi ini"

Moga ditempatkan bersama solehin

Hari itu ikhwah menerima sebuah e-mail yang memaklumkan keadaan terkini sahabat akrab ikhwah semasa kecil dahulu, seperti apa yang dimaklumkan dia telah masuk ke dalam ICU. Terdetik rasa di hati ingin melawatnya, lalu ikhwah mengajak rakan seperjuangan yang turut mengenali sahabat akrab ikhwah itu.

Nak dipendekkan cerita sebelum kami pulang ke asrama, kami sempat singgah di hospital HUKM, lalu kami naik ke tingkat 2 wad ICU. Setibanya di kaunter ICU kami meminta kebenaran untuk melawat lalu kami diberikan kad yang tertulis “M**** A**** katil no 2” dan kami diminta untuk membasuh tangan.

Setelah masuk ke dalam wad apa yang dilihat adalah keadaan yang sangat sibuk dan terkocoh-kocoh terutamanya jururawat di situ, lama juga rasanya kami mencari katil no 2 kerana kami tidak perasan di mana nombor itu diletakkan.

Tiba-tiba ikhwah ternampak sekujur tubuh yang terkujur lemah dalam keadaan matanya yang ditutupi dengan jel, mulut yang sedikitkan terbuka dan kelihatan bengkak pada kakinya. Pada hakikat awal ikhwah tidak mengenali siapa pesakit itu,namun ikhwah sedar nama yang tertulis di whiteboard tersebut ialah nama M**** A**** dan yang berdiri disampingnya ialah abangnya. Maka yakinlah kami akan empunya badan.

Kami bersalaman dengan abangnya dan bertanya khabar tentang M****, memang panjang ceritanya. M**** yang ana kenali dulu adalah seorang yang ceria dan sering menceriakan orang, dan sememangnya kami senang bersamanya.

Abangnya ada menceritakan kepada kami apabila bapa M**** membacakan kepadanya ayat Quran yang pernah dihafalnya, mulutnya kadangkala bergerak sama dan apabila mereka memberi harapan padanya boleh kelihatan cebisan airmata yang mengalir, mungkin dia mendengar? Maka kami mengambil peluang ini untuk berbual dengannya walaupun pada zahirnya tiada tindak balas. Rakan ikhwah mengimbau kenangan lalu bersamanya dan menyatakan harapan untuk bertemu dengannya dalam keadaan sihat selepas kami pulang dari sekolah. Ikhwah pula memulakan “perbualan” kami dengan memberi salam dan ikhwah sekadar mampu membisikkan doa syifa’ ke telingannya dan mendoakan yang terbaik untuknya, rasanya tidak mampu untuk bercakap panjang dek kerana sebak yang teramat di dada.

Kami pulang ke asrama dalam keadaan sepi dan tidak bercakap banyak seperti selalu.Masing-masing merasa terkejut dengan apa yang berlaku.Seminggu selepas kejadian ikhwah dimaklumkan dengan pemergiannya ke Rahmatullah pada 19.4.2009. Semoga permergiannya mengingatkan kepada kita bahawa ajal tidak mengenal erti usia.

Dalam kenangan, Muadz b. Azhar(1992-2009); AL-FATIHAH......









25 April 2009

Renungkan seketika

Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, sedangkan belum datang padamu ujian seperti yang dialami oleh orang terdahulu sebelummu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncangkan dengan goncangan yang dasyat, sehingga rasul dan orang beriman yang bersamanya berkata “bilakah pertolongan Allah akan tiba?”. Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu sangat dekat. (Al-Baqarah:214)

18 April 2009

Baby & Technology


Sewaktu ana kecil, ana sangat tertarik dengan alam semulajadi, ana sering melihat busut semut yang ada di belakang rumah ana dan secara tak semena-mena ana tertarik dengan penciptaannya. Tapi tidaklah sehingga terfikir tentang penciptanya, namun ia mampu membawa kita untuk mengenali-Nya dalam usia yang masih mentah. Berbeza pula dengan seorang bayi yang ana jumpa di *surau baru-baru ini, dimana dia lebih gemar untuk bermain dengan telefon bimbit milik bapanya sedangkan bapanya berusaha bersungguh-sungguh meletakkannya di hadapan sebaris semut yang sedang berkerja dengan harapan dia tertarik dengan penciptaan semut tersebut, namun dia langsung tidak mengendahkan semut yang sempurna penciptaannya itu sebaliknya dia lebih selesa memilih ciptaan telefon bimbit ciptaan manusia yang penuh dengan kekurangan dan kecacatan. Maklumlah dia kan bayi, tapi bagaimana pula kita sudah “matang” dalam menafsirkan sesuatu? Adakah kita lebih mudah mengenalkan seseorang dengan tuhannya melalui teknologi atau alam semulajadi? mana yang lebih dekat dengan tuhannya?......... sebenarnya tidak kisah dengan cara apa sekalipun tidak menjadi masalah, sebaliknya persoalannya bagaimana kita memanfaatkan wasilah yang digunakan oleh kita dalam mengajak manusia mengenali tuhannya. Teknolgi sangatlah berkesan jika kita pandai memanfaatkannya dan menjadikannya sebagai medan dakwah dalam mengajak manusia mendekati Allah, dan ia sangat-sangatlah berkesan jika kita sendiri dekat dengan Allah.


*(sedikit selingan) nama surau asalnya ialah tempat ibadah orang melayu mengikut cara hindu pada zaman dahulu namun perkataan itu masih dikekalkan sehingga hari ini....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails