- HE SEES YOU -

26 February 2010

Tajuk dia ade kat bawah gambar nie....


RUMAH PUTIH DI DENAI SEPI

Di keheningan malam,

Taubat sujud seorang tua,

Menyembah manghadap sang pencipta,

Titisan air mata berguguran,

Di atas hamparan sejadah putih,

Mengenangkan bibit-bibit hitam,

Yang mengemudi ritma mudanya……


Ketika itu,

Iblis dijadikan malaikat,

Yang putus nampak terikat,

Segala-galanya dirasakan nikmat…..


Namun kini bagaikan transformasi,

Yang hitam menjadi putih,

Yang pudar kian jernih,

Mungkin merasakan jam di dinding,

Kian berakhir putarannya,

Lantas dia kembali,

Dengan penuh rasa hiba………


Sketsa perjalanan si tua,

Hanya satu dalam sejuta,

Yang lain hanyut dimakan usia,

Mungkin menanti sesuatu,

Yang sukar di duga,

Dek kalbu dan minda…….


Aku hanya memerhati dari jauh ………

Seorang tua……….

Di rumah putih……

Di denai sepi………

Suhayl Salmi, 26.02.2010

Bandar Baru Bangi.

(baru dapat ilham tadi….)

15 February 2010

kalau tak nak letak tajuk boleh tak?

- USIA DAKWAH MELIBIHI USIA DAIE -

Saya merasakan segala yang saya lakukan tidak efektif. Justeru itu saya diperingatkan supaya usah tergesa-gesa kerana kita mahu "menyuburkan dakwah" bukan sekadar "menghidupkan dakwah", kata-kata yang menusuk tepat di hati saya minggu ini...


* maaf, post kali ini adalah satu peristiwa yang berlaku di sekitar "kehidupan" saya yang tak semua orang nampak... hmmm betul ke?

10 February 2010

Ini untuk aku!

Coincidently I have been talking about “perfection”,
So, I tried to be “perfect”,
But, I sense some falsehood,
So, I revert to my own self,
But, I felt guilty,
So, I tried to search for answer………..
Suddenly, I heard …“ Why don’t you return to Him to seek guidance?”
Finally, I obtained the answer!
ALHAMDULILLAH……
“Allahhumma Innaka Ta’lam Anna Hazihi al-Qulub”

25 January 2010

Maaf, ada cili di gigi anda (part 2)

Hikmah! anta sedar tak apa anta cakap ni? bukan semua manusia dekat dunia ni yang jenis makan saman, kadang-kadang sampai berbuih mulut menegur. Tak nak berubah jugak! Apa kes?

Sabar! Sabar semua minta bertenang....... pembaca sekalian harap faham dengan konsep hikmah yang cuba dibawakan dalam post kali ini. Di sini, ana cuba berkongsi satu teknik "hikmah berwaktu" dalam tindakan menegur manusia. Ianya tak lari jauh dari kehidupan kita, cuba lihat beberapa contoh dari tokoh agung kita.....

1) Seorang Arab Badwi telah masuk ke masjid dan melepaskan pancutan air kencingnya di dalam masjid. Melihat pada keadaan itu, para sahabat menjadi berang dan bertindak untuk membentak Arab Badwi tersebut. Namun Rasulullah mencelah dengan bersabda "janganlah kalian putuskan kencingnya". Setelah puas Arab Badwi tadi melepaskan "tekanan"nya, Rasulullah menyuruh sahabat membersihkan kawasan ber"hancing" itu dengan air. Lali baginda memanggil Arab Badwi itu dan bersabda "sesungguhnya masjid ini tidak boleh diguna untuk membuang kotoran. Tempat ini hanya untuk solat, membaca Al-Quran dan berzikir pada Allah" maka berkatalah Arab Badwi tadi "Ya Allah rahmatilah saya dan Muhammad dan jangan rahmati orang lain selain kamu berdua"

2) Telah berlaku perbalahan antara Abu Dzar dan Bilal. Lalu, Abu Dzar memaki Bilal dengan berkata "kamu anak seorang budak hitam". Rasulullah mendengar kata-kata itu lalu baginda bersabda kepada Abu Dzar "ini keterlaluan wahai Abu Dzar, orang yang ibunya berkulit putih tidak memiliki kelebihan yang membuatkannya lebih baik dari seorang yang ibunya berkulit hitam". Kata-kata itu telah menyentak hati Abu Dzar, lalu beliau meletakkan kepalanya di tanah dan bersumpah beliau tidak akan mengangkatnya sebelum Bilal menginjakkan kaki di atas kepalanya.

senyum selalu sedekah berpanjangan (selingan)

So, berdasarkan 2 kisah ini dapat dilihat junjungan kita tidak mencaci pada mereka yang tidak mengerti namun dalam masa yang sama baginda bertindak tegas kepada orang yang melakukan ke"zalim"an *(meletakkan sesuatu perkara yang sudah diketahuinya, pada posisi yang salah).

Namun bagi pendapat ana sendiri cara terbaik dalam menegur adalah dengan kita berukhwah terlebih dahulu. Bila dah rapat, dia akan jadi seperti member tegur member. So,tak makan hati punyalah. Apa-apa pon, sebelum berkata-kata pastikan gigi anda bersih dari sebarang ke"cili"an. Bimbang orang lebih memandang "cili", dari kata-kata anda.

Maaf, ada cili di gigi anda

24 January 2010

Maaf, ada cili di gigi anda!

Asma' (bukan nama sebenar) baru dilantik menjadi pengerusi persatuan kelab kami cinta akan haiwan. Dengan penuh dedikasinya Asma' membuat perjanjian untuk mengadakan pertemuan bersama ahli jawatankuasa tertinggi kelab tersebut. Pertemuan pertama itu sangat membuatkan hati asma' menjadi seperti tong gas yang dilemparkan di persimpangan jalan chow kit kerana rakan-rakannya telah keterlambatan selama 2 minit. Seusai bermulanya perbincangan, Asma' memulakan kata-katanya dengan penuh caci-maki seperti "korang tau tak, tak pernah aku dapat rakan kerja yang sangat lembab umpama ***id**k di sampah macam korang ni, lepas ni aku tak nak tengok muka korang lagi!". Petah Asma' dengan wajah yang masam mencuka. Kata-kata dasyat yang dilontarkannya itu sangat memilukan hati rakan-rakannya. Tiba-tiba Aslan yang duduk di hadapan Asma seolah-olah cuba membisikkan sesuatu "Asma' kat gigi ko ada cili" ....... Jika anda berada di tempat Asma', apa yang akan bermain di benak hati anda?

Niat yang baik untuk menyampaikan atau menegur seseorang tidak semestinya dilontarkan dengan kata-kata yang pedas (umpama cili) dan kasar. Ramai di kalangan kita bila menegur mereka lebih gemar melepaskan segala kegeraman yang terbuku di hati tanpa memikirkan apa akan terjadi selepas itu atau dalam bahasa mudahnya emosi. Ingatlah ikhwah! pada pendapat saya dalam bertindak, aspek utama yang perlu dititik beratkan adalah kerbekesanan dalam menyampaikan sesuatu point agar dapat membuahkan hasil untuk masa akan datang. Bukannya dengan melepaskan segala kemarahan atas perkara yang sudah berlaku, bak kata pepatah yang belalu jadikan panduan untuk terus melangkah ke hadapan (ada ke pepatah macam ni?). Inilah yang dikatakan sebagai konsep hikmah. Hmm....... bagaimana pula yang dimaksudkan menegur dengan hikmah? dan apa pula yang sudah berlaku pada Asma'. Haa... nantikan sambungannya di post yang akan datang...........

12 January 2010

Ayuh Kembali Ke Sekolah ....(lagu iklan kasut BATA)

Melangkah setapak bukan ke hadapan namun ke belakang;


kembali mengibas celana hijau, kembali menggosok lencana di kocek, kembali menyarung kopiah putih, kembali ke tingkat tiga, kembali merancang masa depan....


aku lepaskan cincin di jari ke tempat asal,

aku lepaskan helaian-helaian di dagu,
aku lepaskan angan-angan kedewasaan,
aku lepaskan rakan-rakan perjuangan,
untuk aku kembali...............


kembali menggalas tanggungjawab menyelesaikan misi ummah......?


28 December 2009

Mental, Wanita dan Nur Kasih

Petang itu Ahmad melayari blog kepunyaannya untuk dikemaskinikan, sedang meneliti di bahagian shoutbox matanya terpaku oleh satu comments di bawah postnya yang bertajuk "ini wira kita...". Ahmad menoleh pandangannya ke arah comments dan dia mula mengukirkan senyuman apabila terbaca satu kenyataan yang bertulis "wow! penulisan yang baik.... saya suka:-) ". Selesai Ahmad melayari internet dia melangkahkan kaki memasuki biliknya, dia berbaring di atas katilnya yang empuk sambil tersenyum dan membayangkan betapa satu dunia menyukai tulisannya yang berkualiti. Sehinggalah pada suatu ketika matanya memerhati di sebalik shoutbox di blognya dan tertulis sebuah comment "pujangga sepi: mad poyo, tulisan macam haprak!!". 7 minit selepas itu Ahmad menulis sebuah post baru yang bertajuk "blog ini terhenti di sini"
Itu cerita Ahmad, ini pula cerita kakaknya Jamilah seorang gadis berusia 23 tahun yang gemar bermain Facebook. Jamilah telah meletakkan gambar-gambar percutiannya di Pulau Pangkor bersama teman-temannya. Di sebalik gambar itu tertera tulisan di ruangan tuliskan komen "Alias Shazman eh... awk ke yg cute tuh?" dan "Jamilah Sameon thank you ;)". Pabila Jamilah bersedih dia menulis pula di Facebook tentang kesedihan yang dialaminya, maka berjela-jelalah komen seperti " siannya... saya pon turut sedih", "sabar sbb tu separuh dr iman", "x pe, kumbang bukan seekor" dan banyak lagi. Jamilah kembali tersenyum dan merasakan seluruh dunia memberi perhatian kepadanya.

hmm.... jika anda pernah mengalami keadaan sedemikian, saya menggalakkan agar anda mendaftar di wad psychiatrist terdekat kerana dikhuatiri anda telah diserang oleh penyakit mental yang serius! yes, i'm talking about mental problem. Apabila seseorang mendapat pujian dan perhatian dia merasa ujub dan bagaikan satu dunia memujinya dan mengambil berat tentangnya manakala apabila dikritik dia merasakan bagai satu dunia mencemuhnya dan mula berputus asa dalam melakukan sesuatu, kemana dia pergi wajahnya kelihatan lesu. Jadi berhati-hatilah kepada pengguna Facebook dan blogger sekalian.

Terngiang-ngiang di telinga ini lagu terbang tinggi nyanyian Yasin yang kini popular dengan lagu nur kasih. Lebih kurang begini bunyinya " kau takkan hidup dengan pujian manusia atau mati dengan cacian mereka, pengertian hidup bukan apa yang kau sangka..."


*Paparan nama di dalam post ini tidak ada kaitan dengan sesiapa sama ada yang masih bernafas atau yang sedang meniti di alam barzakh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails