- HE SEES YOU -

16 June 2010

Sekian lama merungkai ibrah

BISMILLAH AR-RAHMAN AR-RAHIM.....

Alhamdulillah jari ini masih berkemampuan untuk menaip setelah sekian lama saya membiarkan laman sesawang ini terus bersawang. Hmmm hakikatnya terasa janggal juga di hujung jari yang mulus ini menaip butang-butang huruf yang tercatat di papan kekunci yang terbentang di hadapan pandangan majazi ini.... (konon ayat sastera). Namun, tidak boleh tidak perjuangan ini mesti diteruskan walau apa jua halangannya kerana telah saya catatkan dalam diari kehidupan saya bahawa mengendalikan blog ini dengan sebaik mungkin adalah merupakan salah satu wasilah dakwah saya....

Adakah anda terdengar ngilaian hembusan nafas di hadapan komputer riba anda? Ya, tepat sekali! blog ini masih bernafas walaupun sudah 2 bulan ia diabaikan.... kerna apa dia masih bernafas? kerana penulisnya masih bernafas (setakat ini) hmmm..... ajalnya belum diketahui. BAIKLAH! kembali kepada topik utama yang ingin dikongsi dalam hidup saya yang mungkin sedikit sebanyak dapat dianalisa atau dikutip oleh anda jika anda mampu menggerakkan fungsi di bahagian minda anda dengan baik.......



Apa perkara yang berlaku sepanjang 2 bulan ini ye? hmmm.... banyak sangat la, dan semuanya membuat mata kita terbuka sekiranya pada ketika itu kita layu. Isu "kemanusiaan" Zionis, world cup, Politik, Cerita hangat rakyat Malaysia, ada yang meninggal, ada cerita suka dan duka namun segala fakta dan tragedi yang berlangsung di hadapan kaca mata kita (jika anda memakai cermin mata) adalah suatu yang akan menjadi seperti helaian kertas yang ditiup oleh angin jika kita tidak peka dan mengambil ibrah dengan cara yang tepat. YA! saya ulangi sekali lagi, dengan cara yang tepat.

Saya ada satu soalan untuk anda, jadi sila perhatikan betul-betul gambar di bawah
SOALAN: apakah yang anda lihat di dalam bulatan hitam tersebut?
(sediakan jawapan anda dalam masa seminit sebelum melihat jawapan di bawah)



JAWAPAN: (selalunya orang malas nak tunggu sampai seminit) jawapan yang saya perolehi dari hasil kajian saya terhadap masyarakat di sekeliling saya ialah 100% mengatakan.........

:- bintik hitam.



Jadi beginilah hasilnya dari sedikit kajian saya menyatakan bahawa sebahagian besar masyarakat lebih memandang bintik hitam tersebut berbanding "warna putih" yang memiliki majaroti terbesar dalam lingkungan bulatan hitam tesebut....


Jadi patutlah dalam sebuah keratan akhbar yang saya baca baru-baru ini lebih menghebahkan tentang riaksi over seorang pengacara yang menemu bual sukarelawan misi kemanusiaan di palestine berbanding pengisian yang diberikan oleh mereka, dan patut jugalah kita terlalu mudah untuk memakan daging saudara kita (mengumpat la tu...) dan sering memandang enteng seseorang kerana apa yang kita nampak hanyalah "bintik hitam" (kesilapan) kecil yang ada padanya berbanding "warna putih" (kebaikan) yang diterjemahkan dengan setulus ikhlasnya dari gerak tubuh mereka....


kaji diri kita.............




19 April 2010

Teknik menjaga hati ketika dipuji (bhgn 1)

Saya yakin pasti setiap orang yang berpijak di bumi ini inginkan keikhlasan dalam setiap amalan yang mereka lakukan, namun sedar tak sedar ada satu aspek yang sering menjadi penghalang 'Ikhlas" untuk menyelinap masuk ke dalam amalan anda.

"Apa mende aspek tu....?" (jerit seorang budak berbadan besar di hadapan saya)

Lantas saya bangun membetulkan kot yang dipakai, "ehmm!" (batuk skit bagi nampak serius) "bende itu ialah PUJIAN".

"owh! saya selalu kene puji dgn cikgu sebab selalu siap kerja rumah" (sampuk seorang budak di belakang budak badan besar sambil mengesat hingusnya).....

"habis tu apa perasaan awak".

"mestilah saya bangga, kalau mak bapak saya dengar pun diorang akan bangga sebab ada anak macam saya, kalau boleh semua orang kat dunia ni nak anak macam saya"
















-katanya dlm keadaan hidung begini-

"ha.... bukankah awak rasa bangga sedangkan perasaan itulah yang boleh membunuh sifat ikhlas awak dalam membuat kerja rumah"














-wajah budak tadi bertukar jadi macam ini-

"adik-adik adakalanya pujian itu bagus untuk memberi kita tahu bahawa tindakan kita itu bagus dan memberi kita semangat untuk terus berusaha, namun sering kali pujian ini membuatkan lahirnya dalam perasaan kita satu perkara"

seorang budak menggaru pipinya dalam keadaan hairan sambil bertanya "hmmm apa bende tu"

"UJUB"

jawapan itu membuatkan wajahnya bertambah hairan

"ujub ni ialah satu perasaan di mana kita "rasa" diri kita lebih hebat dari orang lain, walaupun kita tak cakap bende tu tapi dia bermain di hati kita....hmm BAHAYA! tu adik-adik"

wajahnya bertukar menjadi takut

"abang, bagitaulah kat kami teknik menjaga hati ketika di puji(ikut format tajuk)"
tanya seorang budak bergigi rongak sambil mengangkat tangan

"hmm abg pon tak adalah pandai sangat jaga hati bila dipuji tapi dah awak tanya abang terpaksalah jawab.... ok cuba adik bayangkan ketika adik dipuji "wah awak ni hebatlah" ha... apa adik nak jawab"

"tak tau? abg bagilah idea"............-:

1) Cuba adik jawab "berbalik kepada Allah, dia lagi hebat!" lepas tu kita akan dapat lihat orang tu terdiam dan rasa kagum sambil menggelengkan kepala seolah-olah terkena beberapa das tembakan (kpd yg berkata begitu, berhati-hatilah takut anda berkata di dalam hati "yes, terkena!)

2) Diam dan senyum.... itu sudah memadai tapi anda harus menanggung risiko akan dipuji lagi selepas ini.

3) Ataupun cakap "takde lah awak lagi hebat" yang ni kita dah biasa dengar kan?

4) Lagi satu kita boleh jug... -ABANG!!!- (jerit budak berbadan besar tadi) "mak kitorang dah sampai abang sambung esok je lah.... Bye bye!"

Tiba-tiba dewan yang tadi hingar-bingar menjadi sunyi sepi, tinggal saya seorang terkaku sambil mengangkat tangan (mood tengah berkobar-kobar menyampaikan ilmu) hmm nampak gayanya kita sambung dekat post akan datang je la.......


pengalaman ketika menjadi FASI di kursus kepimpinan Al-Amin Gombak

31 March 2010

isu yang semakin dilupakan....

saban hari, isu ini semakin luput dek minda dan kalbu


sedangkan mereka masih merasa kepedihannya..........


Siapakah yang akan kembali menjadi "Salahuddin Al-Ayyubi" untuk membebaskan tanah suci ini?


Adakah dia....?

hmm... macam tak boleh pakai je


Atau dia....?

Khalid Mish'al, pemimpin Hamas


Ataupun dia.....?

kenal kan?


Boleh jadi dia.....?

eh..... macam kenal!!!


Mungkin juga dia.....?

Dr. Mohd Badi’ (Mursyidul Am IM)


Ataupun.........









anda sendiri..........?


saya tak tipu!


SEGALA-GALANYA BERMULA DARI TANGAN ANDA........


"Allahhuma harri al-masjid al-aqsa min al-yahudi wa an-nasoro ila bilad al-muslimin, wajaa'lna min junidi at-tahrir......"

20 March 2010

siapa nak angkat tangan?


Hidup ini umpama lengan baju mekanik jika kita tidak mampu bersatu…..

SIAPA YANG FAHAM AYAT NI, ANGKAT TANGAN!

Tapi saya tak faham la….. itulah susahnya bila seseorang berfikir secara abstrak sesuatu perkara akan menjadi semakin rumit untuk difahami jika minda seseorang tidak setajam minda orang yang abstrak tersebut, kerana dari sudut percakapan ke“abstrak”annya tak ramai manusia yang mampu memahaminya.

SIAPA YANG FAHAM AYAT NI, ANGKAT TANGAN!

Pernah tengok watak Que Haidar dalam filem papadom arahan Afdlin Shauki tak? Saya cuba mentafsir analogi yang dilakukannya, seperti kenyataan filem umpama “kanvas” yang dicurahkan untuk dikupas di masa akan datang, confuse macam bawang bila kupas kulit dia jadi cantik, dan sebuah filem wajib tayang yang bertajuk Eksistensial Sial yang saya langsung tak memahami sepatah haram pun yang nak disampaikannya. Mungkin sesetengah orang menganggap apa yang cuba disampaikan dalam filem tersebut sebagai komedi tapi saya memandang perkara ini sebagai serius kerana orang yang mampu berfikir secara abstrak ini ialah orang yang memiliki minda yang kritis. So, sangat sayanglah apabila apa yang cuba disampaikan oleh mereka tidak difahami oleh masyarakat.

SIAPA YANG FAHAM AYAT NI, ANGKAT TANGAN!

Ramai juga blogger yang saya baca terlampau abstrak dalam menulis dan mereka (mungkin termasuk saya) seolah-olah terperangkap dalam dunia sendiri kerana mereka(sekali lagi mungkin saya?) kelihatan seperti berfikir di luar kotak tetapi hakikatnya mereka tidak sedar siapa yang berada di luar kotak. Bagi mereka yang berminda abstrak yang dikasihi sekalian saya tidak menafikan ayat abstrak adalah ayat yang indah namun kita sepatutnya meraikan suasana disekeliling kita, kerana tujuan kita menyampaikan sesuatu adalah untuk “menyampaikan sesuatu” kalau apa yang kita sampaikan itu orang tak faham jadi macam mana kita nak sampaikan sesuatu!

SIAPA YANG FAHAM AYAT NI, ANGKAT TANGAN!

Err…. Siapa yang rasa tulisan saya sukar difahami boleh angkat tangan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails