- HE SEES YOU -

16 June 2010

Sekian lama merungkai ibrah

BISMILLAH AR-RAHMAN AR-RAHIM.....

Alhamdulillah jari ini masih berkemampuan untuk menaip setelah sekian lama saya membiarkan laman sesawang ini terus bersawang. Hmmm hakikatnya terasa janggal juga di hujung jari yang mulus ini menaip butang-butang huruf yang tercatat di papan kekunci yang terbentang di hadapan pandangan majazi ini.... (konon ayat sastera). Namun, tidak boleh tidak perjuangan ini mesti diteruskan walau apa jua halangannya kerana telah saya catatkan dalam diari kehidupan saya bahawa mengendalikan blog ini dengan sebaik mungkin adalah merupakan salah satu wasilah dakwah saya....

Adakah anda terdengar ngilaian hembusan nafas di hadapan komputer riba anda? Ya, tepat sekali! blog ini masih bernafas walaupun sudah 2 bulan ia diabaikan.... kerna apa dia masih bernafas? kerana penulisnya masih bernafas (setakat ini) hmmm..... ajalnya belum diketahui. BAIKLAH! kembali kepada topik utama yang ingin dikongsi dalam hidup saya yang mungkin sedikit sebanyak dapat dianalisa atau dikutip oleh anda jika anda mampu menggerakkan fungsi di bahagian minda anda dengan baik.......



Apa perkara yang berlaku sepanjang 2 bulan ini ye? hmmm.... banyak sangat la, dan semuanya membuat mata kita terbuka sekiranya pada ketika itu kita layu. Isu "kemanusiaan" Zionis, world cup, Politik, Cerita hangat rakyat Malaysia, ada yang meninggal, ada cerita suka dan duka namun segala fakta dan tragedi yang berlangsung di hadapan kaca mata kita (jika anda memakai cermin mata) adalah suatu yang akan menjadi seperti helaian kertas yang ditiup oleh angin jika kita tidak peka dan mengambil ibrah dengan cara yang tepat. YA! saya ulangi sekali lagi, dengan cara yang tepat.

Saya ada satu soalan untuk anda, jadi sila perhatikan betul-betul gambar di bawah
SOALAN: apakah yang anda lihat di dalam bulatan hitam tersebut?
(sediakan jawapan anda dalam masa seminit sebelum melihat jawapan di bawah)



JAWAPAN: (selalunya orang malas nak tunggu sampai seminit) jawapan yang saya perolehi dari hasil kajian saya terhadap masyarakat di sekeliling saya ialah 100% mengatakan.........

:- bintik hitam.



Jadi beginilah hasilnya dari sedikit kajian saya menyatakan bahawa sebahagian besar masyarakat lebih memandang bintik hitam tersebut berbanding "warna putih" yang memiliki majaroti terbesar dalam lingkungan bulatan hitam tesebut....


Jadi patutlah dalam sebuah keratan akhbar yang saya baca baru-baru ini lebih menghebahkan tentang riaksi over seorang pengacara yang menemu bual sukarelawan misi kemanusiaan di palestine berbanding pengisian yang diberikan oleh mereka, dan patut jugalah kita terlalu mudah untuk memakan daging saudara kita (mengumpat la tu...) dan sering memandang enteng seseorang kerana apa yang kita nampak hanyalah "bintik hitam" (kesilapan) kecil yang ada padanya berbanding "warna putih" (kebaikan) yang diterjemahkan dengan setulus ikhlasnya dari gerak tubuh mereka....


kaji diri kita.............




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails