- HE SEES YOU -

22 February 2009

JANGAN BACA ARTIKEL INI!!!

Cuba anda perhatikan dengan sejujurnya anjing di atas, percaya atau tidak jika ikhwah katakan ada insan yang berperilaku seperti makhluk tersebet ketika menunaikan ibadah fardhu solat. Tak percaya? Pernah tak tengok orang sujud yang meletakkan tangannya( dari siku hingga ke telapak tangan) penuh di tempat sujud sehingga menggelapkan suasana di sekeliling wajahnya. Yelah, mungkin sebab nak khusyu’ kot? Tapi tak boleh jadi jugak, ini kerana 2 sebab kenapa amalan itu diterima adalah ikhlas dan mengikut syara’.

Bertepatan pula dengan hadis nabi-“ Aku diperintahkan supaya sujud di atas 7 tulang (anggota): 1.di atas dahi (sambil mengisyaratkan dengan tangannya ke arah hidungnya),2 & 3.kedua-dua tangan(tapaknya),4 & 5.kedua-dua lututnya,6 &7. Hujung jari kedua- dua kaki”.
Jadi di sini kita boleh lihat banyaknya kelemahan yang kita lakukan semasa sujud. Contohnya bagi sesiapa yang rambut mengerbang sampai tutup muka (ikhwah shj ye...), kalau sujud mesti tak kena dahi jadi jawabnya pakailah kopiah..........................

Kaki pun jadi masalah gak sebab ada yang sekadar meletakkan 2 jari sahaja di tempat sujud dan bermalas-malas, paling tak boleh tahan bila tengok orang yang terlampau bersemangat nak habiskan solat sehingga waktu tengah sujud pun kakinya sudah awal-awal prepair untuk tahiyyat akhir, ape kes?

Jadi disini ikhwah nak mengingatkan dalam solat kalau nak capai keikhlasan tu memang susah, sebab ikhlas ni ilmu Allah. Jadi apa yang boleh kita confirmkan ialah mengikut syara’. So, coba tuk nilaiin semula, suda berkualitaskah solat kita?
*macam tulah umat kita, mana yang ditegah yang tulah yang dia baca....

13 February 2009

Semakin Jauh Dari-Mu

Apakah cinta,
Aku mahu,
Aku perlu ,
Aku seru,
Menhadap engkau yang maha mencipta

Apakah cinta,
Aku damba,
Aku pinta,
Aku rela,
Menuju engkau sang pengeran kuasa

Mengapa cinta
Masih lagi belum berbunga,
Mengapa rindu
Belum tiba saat waktunya,
Mengapa kasih
Hingga kini belum bermula,
Mengapa sayang
Belum timbul dalm jiwaku,

Oh...bantulah aku cari cahaya kebenaran
Tuhan tolonglah tunjukkanku jalan,
Oh....bantulah aku cari sebelum hujung masa
Semakin jauh cintaku dari-Mu........

Adakah kau dengar rintihan di hatiku
Menagih mengharap cinta yang tak tiba
Inilah kesalahanku melupakan diri-Mu
SEMAKIN JAUHKU DARI-MU

06 February 2009

Rimas dengan ukhwah!

Sebenarnya atas dasar apakah ukhwah kita dengan seseorang tu dibina? memanglah atas dasar aqidah yang sama.........but camne pula dengan “perasaan”:

-ukhwah yang dibina dengan mood kerja-
Azlin: Syakir! Kenapa dokumen ni masih tak siap lagi,kan clien dah nak sampai!
Syakir: Sikit lagi bos.....
Azlin: awak jangan lunch selagi kerja belum siap,faham!!!


-ukhwah yang dibina kerana harta-
Hadi: Mal,macam mane ni,semenjak bapak aku tukar pembantu rumah banyak duit aku kene kebas
Akmal: Aku tau camne nak settlekan masalah ko,skang ko “belanja” kita makan dulu, nanti time makan aku citer


-ukhwah yang dibina atas dasar minat yang sama-
Jamal: wow! Kasut Asabas la, ko dapat kat kedai mana ni
Hakim: ????(sape mamat ni? salam pun tak bagi)


-ukhwah yang dibina atas dasar kasih sayang-
Ali: Salam ya akh, eh! Kenapa anta muram je ni?
Hasan: Entahlah, ana bertengkar dengan mak ana tadi
Ali: Kalau ana jadi anta, ana tahu ape nak buat?
Hasan: Buat ape?
Ali: Ha.. jom kita sembang kat kedai dulu, ana belanja



(kan indah tu.....)

Pada pendapat ikhwah disini, ukhwah yang dibina tanpa pengenalan dan kasih sayang adalah ukhwah yang palsu. Jadi selesakah anda hidup dalam keadaan hipokrit dan penuh kepalsuan,maka.............. tulenkanlah ukhwah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails