- HE SEES YOU -

16 March 2011

Mencorak graf kehidupan


Bismillah...

Bila dihitung-hitung kembali, rasa-rasanya dah lima bulan saya tak update blog ni. Kalau ada baby yang baru lahir mungkin sekarang ni sudah boleh meniarap dan membuat percubaan untuk mengesot pula...

Begitulah liku-liku kehidupan manusia, setiap hari manusia membuat cubaan untuk meningkatkan kemampuan potensi dalam diri bagi mengharungi detik-detik dalam kehidupan ini. Bila ditimbulkan persoalan kepada anda, bagaimanakah anda mencorak graf dalam kehidupan anda?
mungkin ada yang bertindak untuk melakar graf mereka dalam keadaan begini...graf tersebut kelihatan turun dan naik secara membabi buta, bila ditanya akan asbabnya mungkin ada yang mengatakan "saya ni jenis cepat down la...". Seiringnya begitulah posisi insan bila bertembung dengan ujian, sesuai dgn hadith nabi "Al-Iman Yazid wa Yankus" (iman menaik dan menurun). Berbalik kepada kaedah bagaimana kita membangunkan sumber dalam diri.

Persoalannya mampukah kita mencorak graf kehidupan kita seperti ini pula?

Pada hemat saya perkara ini tidak mustahil jika kita melihat graf kehidupan ini dari sudut yang positif, sepatutnya rintangan, mehnah dan tribulasi yang kita lalui ini semakin mematangkan dan meningkatkan potensi dalam diri kita. Kita sering terdengar istilah "futur", kebiasaannya ia melanda individu yang berhadapan dengan rintangan. Logiklah, kerna mana mungkin wujud kehidupan dan perjuangan tanpa rintangan. Oleh itu kembalilah kita kepada seungkap sabda:
"Faman kaanat fatrotuhu ala sunnati, fakodih tada" (Barang siapa ketika futurnya berjalan di atas sunnahku, maka petunjuklah baginya).... Ini menunjukkan walau dalam apa keadaan sekalipun kita hendaklah berpegang teguh dengan sunnah Ar-Rasul s.a.w yang telah diaplikasikan dalam sesebuah sistem tarbiyah.

Bermain dalam minda saya mampukah seseorang itu berjalan pada landasan yang tepat tanpa mengikat diri dengan sistem tarbiyah. Mungkin ada yang berpendapat mereka tidak perlu mengikat diri dengan mana-mana harakah kerana mereka mampu untuk survive dalam kehidupan sendiri dan memiliki kekuatan dzatiyah yang tinggi. Namun menurut saya, jika tidak mengikat diri dengan sistem ini bererti kita mengikat diri dengan nafsu. Walaubagaimanapun, tetap menjadi satu kewajipan bagi setiap individu di Malaysia, untuk mengambalikan kekuatan jati diri "masing-masing". Sekilas pandangan hamba kerdil... Wallahua'lam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails