- HE SEES YOU -

26 August 2009

Kalimah Allah?






Ikhwah sekalian, ayuh kita renungkan bersama.......pasti ramai yang terpegun bila melihat kalimah Allah dipamerkan sebegitu rupa. Apabila berlaku situasi seperti ini pasti ramai yang akan merasai kebesaran Allah. Ikhwah sekalian, ayuh kita renungi bersama, bagi pendapat ana tanpa kalimah tersebut kita sudah dapat menyaksikan dengan mata kasar ini bahawa kebesaran Allah itu jelas terbukti. Mengapa kita hanya melihat kalimah yang terpamer di objek itu sahaja? Mengapa kita tidak melihat pada penciptaan burung, akar, terung, tomato dan awan itu sendiri?Hayatilah ikhwah sekalian akan penciptaan-Nya. Rasanya tidak perlu kita memandang terlalu jauh untuk melihat kebesaran Allah... ( sedikit selingan ramadhan: usahlah memandang ramadhan hanya sekadar bulan untuk berpuasa, tadarus dan terawih..... beramallah anda di bulan ini dengan sebenar-benar amal _ AYOH! bangkitkan semangat segalanya digandakan)


:D Alhamdulillah berkat doa anda blog ini sudah kembali nomal

20 August 2009

bersama kita mendoakannya......

Maalish, penerusan blog ini terpaksa dihentikan seketika kerana blog ini berada dalam keadaan kritikal....... diharapkan doa dari semua muslimin & muslimat agar blog ini dapat diteruskan. AHLAN YA RAMADHAN!

05 August 2009

Hampir saja ku tampak kelibat Izrail

sekadar gambar hiasan

Pagi itu ikhwah bersiap untuk pergi ke markas, ikhwah menunggu di tepi jalan menanti trenko (sejenis van awam) sebagai transport untuk ke markas. Makram! Makram! Suara bergema keluar dari kerongkongku. Pemandu itu mengangguk lantas menjemput ikhwah ke dalam trenko tersebut. Setibanya di destinasi ikhwah minta diberhentikan “alagamb ya asto!”,lalu pemandu itu berhenti dan tibalah ikhwah di destinasi…… hmmm permulaan pagi yang baik namun pasir yang halus jangan disangka tiada kala jengking.

Pulang dari sesi pembelajaran ikhwah bersama dengan 2 orang pelajar dari Malaysia… kata mereka “hang kalo balik naik bas 80 palang ni best jugak, mughah x sampai segernih(matawang Egypt) Cuma kalo nak tughun bas tu hati-hati skit la pasai bas ni x beghenti jadi hang kena terjun”. Bila diingatkan balik ikhwah ada pengalaman naik bas di mesir ni semasa pergi ke Sayyeda Zaynab barsama abang, memang mengalami sedikit masalah ketika turun bas kerana ikhwah turun dengan kaki kiri tapi nasib baik sempat imbangkan badan. Jadi tanpa berbicara panjang kami manaiki bas tersebut. “Asyir bawabah?” konduktur tersebut mengangguk.

Kami dinasihatkan oleh abang-abang agar meletakkan beg di hadapan badan kerana risau berlaku kecurian. dalam perjalanan tersebut, ikhwah nampak kelibat seorang budak mesir yang memegang plastik buah di kedua belah tangannya, dengan tenangnya dia turun dari bas ketika bas masih bergerak (pada ketika itu kelajuan bas dikurangkan sedikit). Tergerak dalam hati ikhwah “kalo budak ni boleh buat, aku pon mesti boleh”.

Setibanya ikhwah di destinasi yang dituju, ikhwah memandang kawan-kawan ikhwah dengan isyarat “ana pergi dulu ye!”, mereka mengangguk lantas mengangkat tangan. Ikwah bersiap sedia untuk turun dari bas dengan mengeluarkan sedikit badan dari pintu bas, ketika itu pemandu memperlahankan sedikit kalajuan bas. Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, ikhwah melompat keluar dengan mendahului kaki kanan. Tiba-tiba…….

Dunia menjadi gelap… disebalik kegelapan itu tampak bayang-bayang putih dan terbisik dalam hati ikhwah “mungkin sudah sampai masanya”. Lamunan ikhwah terhenti dengan bunyi brek kereta yang sangat dekat dengan kepala ikhwah. Ikhwah segera bangun dan tampak tergamam gelagat wanita arab yang hampir melanggar ikhwah tadi. Disebabkan jalan raya yang sesak ikhwah segera mengambil selipar dan beg yang sudah terputus talinya. Rakan ikhwah segera turun dari bas datang membantu, dia berkata “kepala hang ok x? aku nampak pala hang tengantuk kat jln sat tadi”. Ikhwah diam dan sekadar melihat tangan kanan yang berdarah serta luka di bahagian siku dan rasa bingit di peha kiri. “x pa aku ok, hang balik la dulu. Maalish lah buat susah hang tolong aku”.

Ikhwah pulang ke rumah dalam keadaan kaki yang terhenjut-henjut. Setibanya dirumah ahli bait membantu membalut tangan ikhwah (syukran pd yg prihatin)…. Ikhwah duduk sebentar dan berfikir pelbagai asbab dari kejadian itu yang boleh menyebabkan ikhwah dijemput ke alam lain.Dalam keadaan diri ini masih leka dengan dunia… bagaimana jika masa itu sudah sampai saatnya Izrail datang padaku? Astaghfirllahal’azhim……Kisah benar ini ikhwah deklamasikan untuk renungan kita bersama, terutamanya diri ini yang sedang alpa.

Wallahua’lam……

03 August 2009

Alagam ya asto!!

Salam pertemuan di bumi kaherah

Sedar tak sedar 2 minggu sudah ikhwah menghayun tangan di bumi anbiya ini…. teringat pesanan teman-teman sebelum tiba di mesir , lebih kurang beginilah bunyinya “ kalo idup kat mesir sama ada anta jadi musa atau firaun!” pelbagai andaian dilemparkan kepada tanah purba ini, namun hakikatnya insan itu sendiri yang menentukan ke mana hala tujunya.

bercakap tentang orang mesir….. apa yang digambarkan pada ikhwah tentang orang mesir ialah bangsa yang kasar. Tetapi waktu hari pertama ikhwah di mesir, ikhwah mengalami kesusahan untuk membuka pintu lantas tampil seorang lelaki mesir menghulurkan bantuan tanpa meminta “ganjaran”, tapi ramai juga orang mesir yang sentiasa memperkecil bangsa asing, ikhwah sendiri pernah tidak dibenarkan naik lif semasa di hospital sedangkan orang arab lain naik macam biasa je… pernah juga tidak diberi baki, dilemparkan dengan kata-kata kesat dan pelbagai lagi.

Ikhwah juga hidup bersama dengan orang Somalia semasa di dalam markas, dua orang adik-beradik Somalia berbadan kurus, berusia dalam lingkungan 7/8 tahun,mereka sangat aktif dan bising di dalam kelas sehingga sering dipukul dengan keras oleh guru tapi meraka masih tersenyum nakal ( kalau kat Malaysia mesti guru tu dah kena saman). Namun ada juga karakter orang somalia yang berbeza, ada seorang budak ni berbadan besar, sering tidur di dalam kelas dan kurang ajar dengan semua orang sehingga pernah ditengking oleh pengetua.

Orang indonesia lain pula ceritanya, meraka di sini baik tutur katanya dan semangat dalam beramal serta penuh dengan sifat-sifat mahmudah (seperti yang digambarkan dalam novel karya Habiburahman). Berbeza dengan indon yg ikhwah kenali di Malaysia. Bila direnungkan kembali menjadi suatu lumrah dalam setiap bangsa ada perangai dan sifat masing-masing. Amal kita sebenarnya bukanlah bergantung pada apa bangsa kita kerana rambut sama hitam tapi kubur lain-lain……. jika selalu diutarakan ayat melayu mudah lupa, melayu bangsa layu. Adakah bangsa yang membentuk peribadi kita?.........renungkan kembali ikhwah sekalian .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails