- HE SEES YOU -

08 November 2010

2 kegembiraan

Bismillah walhamduLillah...

Arakian, sejujurnya tiada kata yang layak diucap oleh saya setelah Rabb kurniakan diri ini dengan 2 kegembiraan. Ingin saya kongsikan dengan pembaca sekalian akan kegembiraan tersebut. Dalam tempoh saya menjalani peperiksaan akhir tahun ini telah Dia kurniakan kepada keluarga Abu Aiman dengan 2 butir permata yang tak terkata nilainya dalam jarak masa sebulan. Allah itu maha adil. Jika sebelum ini kami memiliki 6 orang adik beradik lelaki namun kini lahirlah pula dua orang puteri dari kalangan kami, maka tersebutlah kisah mereka berdua... (macam cerita Khoja Hasan la pulak)



Ulfah bt. Muhammad Irfan
30.9.2010
Kaherah, Mesir






Daania Izzah bt. Muhammad Aiman
29.10.2010
Ampang, Selangor






Semoga menjadi anak yang solehah, besar nanti Ammi Su bawak jalan-jalan kat taman ye... hehe

Bukanlah bermaksud 2 butir cahaya mata ini merangkumi 2 kegembiraan yang saya maksudkan. Kerana telah saya himpunkannya dalam satu kegembiraan iaitu penambahan umat Muhammad. So, ape kegembiraan yang lagi satu ni?

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.

Mungkin ramai yang terlupa untuk meraikan dan menyemarakkan ibadah pada 10 hari terawal dalam bulan Zulhijjah. Jika 10 malam terakhir di bulan Ramadhan merupakan malam-malam terbaik dalam Islam, maka 10 hari terawal dalam bulan Zulhijjah pula merupakan hari-hari yang terbaik dalam Islam. Hatta, Nabi sendiri beribadah ketika ini sebagaimana ibadahnya di bulan Ramadhan. Bergembiralah ikhwah dalam meraikannya...

*Baru menembusi dunia fb

03 October 2010

Perjuangan yang dikepung sepi

Dengar kata hanya 'atas yang berbicara,
Aku hilang arah dan kata-kata,

Mekanisma minda menguasai jiwa,

Dimanakah langkah pertama

Dalam tautan yang dibina?





Jalan ini memang lurus,
Namun tak semua yang lurus itu tulus...










Propaganda yang menafikan saudara,
Sehingga lupa jalinan lama,
Disekat seakan-akan ada penyakit kusta.....





Mereka sekadar mengikis seutas permata,
Untuk ditabur nilainya disegenap jiwa...







Kami hanya ingin melangkah!
Kerna sayangkan diri dan bumi tercinta,
Kerna ingin melahirkan generasi terbuka
Minda dan hatinya...


Aku rasakan bagai gerak ini,
(-Perjuangan yang dikepung sepi-)
Namun tampak hakikat riuhnya,
Tatkala kusemai benih sinar-Nya

Tika aku bersujud.............



ABDULLAH XUAIS (lama x menulis...)
25.10.1431
Madinah Banji Jadid...?

22 August 2010

Ramadhan Al-Mubarak? atau Al- Murtabak?

Sesudah lama tidak menulis di ruangan ini terasa ingin berkongsi pula beberapa coretan catatan peribadi Ramadhanku yang telah kita tempuh bersama beberapa ketika ini.....

MENEMPUH SAHUR

نِعْمَ سَحُوْرِ الْمُؤْمِنِ التَّمْرُ "Sebaik-baik makanan sahur seorang mukmin adalah tamar(kurma)" (HR Abu Dawud, Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi) ..... Alhamdulillah, Ramadhan kali ini saya dapat mengekalkan bersahur dengan hanya buah kurma dan segelas susu bagi membekalkan tenaga untuk menempuh saat-saat berpuasa agar diberi kekuatan dalam beribadah di madrasah tarbiyah ini, lagi satu yang bestnya bila tabiat ini merupakan sunnah nabi.

PUASA MULUT

Sebelum tiba bulan Ramadhan, kebanyakan pelajar Al-amin akan berpuasa pada hari isnin dan khamis. Paling cikai sekali pun isnin tu dia akan jadi puasa wajib. Kemudian apabila tibanya Rejab dan Syaaban hari-hari untuk berpuasa itu ditingkatkan lagi. Kesimpulannya bila tiba bulan Ramadhan topik-topik seperti lapar dan dahaga itu bukan lagi menjadi masalah utama di bulan ini, kerana kami sudah biasa berpuasa sebelum ini. Namun yang menjadi konspirasinya di sini adalah apabila lisan atau kata-kata yang sering mengikut kehendak nafsu seperti mengumpat, mengutuk, mencarut menjadi satu perkara yang sukar dibendung pada ketika ini. Sejujurnya secara peribadi saya sendiri sedang memperbaiki kesilapan ini. Ayuh kita ubah sama-sama, baru ada suasana Ramadhan sikit.

KAKI DAN TARAWIH

Ramadhan kali ini bermula agak bermula agak suram bagi saya, kerana dalam tempoh 3 minggu ini saya ditimpa penyakit radang sendi yang menyukarkan saya untuk berjalan sehingga sampai satu tahap tu kene pakai tongkat macam Faizal Tahir. Jadi perkara ini menyebabkan saya sukar untuk ke masjid atau ke surau jadi bertarawihlah di rumah. Lagi satu yang kurang bestnya solat duduk ni sebab dia tak boleh sujud supaya kaki tak bengkok. So, cuba anda bayangkan di manakah feel solat yang tanpa lekapan dahi di tempat sujud..... Doakanlah kesihatan saya bertambah baik agar kita dapat sama-sama menikmati tarbiyah ini.

RAMADHAN DAN AL-QURAN

"Shahru Ramadhan allazhi unzila fihi Al-Quranu Huda linnass...."(2:185) Begitulah istimewanya di sini apabila tarbiyah Al-Quran itu turut melengkapi Ramadhan. Bagi para hufaz kebanyakannya mengambil pilihan untuk memantapkan lagi hafazan mereka pada bulan ini.... hmm mungkin atas faktor malam tu nak jadi imam tarawih kot? Bila bercakap tentang tilawah Quran sering timbul persoalan tentang kuantiti bacaan atau kualiti bacaan..... namun kita juga sering terlupa tentang penghayatan dalam bacaan. Sejauh mana kita mentadabbur kalamullah ini. Bagi golongan yang kurang fakih dalam pemahaman bahasa Arab adalah menjadi satu kelemahan untuk memahami Al-Quran yang merupakan teras dalam kehidupan ini. Jadi, manfaatkanlah bulan ini untuk mengisi lompong-lompong tersebut.

HARI LAHIR DI BULAN RAMADHAN

Tarikh 22.8 merupakan tarikh selepas hari al-quds sedunia. Bila melihat sirah Nabi Muhammad menyambut hari lahirnya dengan berpuasa pada setiap hari isnin kerana baginda lahir pada hari tersebut. So, kira yang bestnya kalau hari lahir time Ramadhan ni bukan saya je yang berpuasa time tu malah semua muslim turut meraikan hari lahir saya (owh hebak!!) teringat ketika di mesir hari lahir saya bersamaan dengan satu ramadhan jadi disebabkan terlalu excited menyambut ramadhan hingga terlupa bahawa hari tu merupakan hari lahir saya. Esoknya baru teringat dan saya pun bagitaulah dekat ikhwah yang lain..... akhirnya saya menerima "ucapan" (sindiran) sempena hari lahir yang ke 17. Begitulah bahangnya Ramadhan.

TERKENANG RAMADHAN DI MESIR

(Ha.... nantikan bahagian ke 2)

17 July 2010

Tika kusapamu (sesuai utk setiap lapisan umur)


Seakan-akan aku bermimpi,
Tatkala sinar menyelubungi pagi,
Seakan-akan aku bermimpi,
Tika mendengar khabar ini.

Takkan pernah kulupakan saat manis,
Sketsa kehidupan kita bersama.......

Helaian surat cinta yang kuungkap bersamamu.....
Sepi malam-malamku luangkan bersamamu.....
Tenang duduk sunyiku bersamamu......
Bangun teguh kukorbankan bersamamu.......

Namun belum puas kunikmati hidup bersamamu,
Kau pergi mengorak langkahmu meninggalkanku,
Terkapai-kapaiku sendiri di alam ini.

Sedih, sunyi, kelu tatkala kehilanganmu,
Aku menanti dan terus menanti kepulanganmu,
Walau sebentar di mata majazi,
Namun bagai berdekad di hati.

Seakan-akan aku bermimpi,
Tika mendengar khabar ini,
Bahawa kau akan kembali,
Menjemputku ke alammu.

Terkenang tatkala ku sapamu,
Lantas kau menoleh padaku,
Terpancar keindahan di wajahmu,

Engkaulah.............."RAMADHAN AL-MUBARAK"




ABDULLAH XUAIS,
06 SHA'BAN 1431,
BANGI NEW CITY.

16 June 2010

Sekian lama merungkai ibrah

BISMILLAH AR-RAHMAN AR-RAHIM.....

Alhamdulillah jari ini masih berkemampuan untuk menaip setelah sekian lama saya membiarkan laman sesawang ini terus bersawang. Hmmm hakikatnya terasa janggal juga di hujung jari yang mulus ini menaip butang-butang huruf yang tercatat di papan kekunci yang terbentang di hadapan pandangan majazi ini.... (konon ayat sastera). Namun, tidak boleh tidak perjuangan ini mesti diteruskan walau apa jua halangannya kerana telah saya catatkan dalam diari kehidupan saya bahawa mengendalikan blog ini dengan sebaik mungkin adalah merupakan salah satu wasilah dakwah saya....

Adakah anda terdengar ngilaian hembusan nafas di hadapan komputer riba anda? Ya, tepat sekali! blog ini masih bernafas walaupun sudah 2 bulan ia diabaikan.... kerna apa dia masih bernafas? kerana penulisnya masih bernafas (setakat ini) hmmm..... ajalnya belum diketahui. BAIKLAH! kembali kepada topik utama yang ingin dikongsi dalam hidup saya yang mungkin sedikit sebanyak dapat dianalisa atau dikutip oleh anda jika anda mampu menggerakkan fungsi di bahagian minda anda dengan baik.......



Apa perkara yang berlaku sepanjang 2 bulan ini ye? hmmm.... banyak sangat la, dan semuanya membuat mata kita terbuka sekiranya pada ketika itu kita layu. Isu "kemanusiaan" Zionis, world cup, Politik, Cerita hangat rakyat Malaysia, ada yang meninggal, ada cerita suka dan duka namun segala fakta dan tragedi yang berlangsung di hadapan kaca mata kita (jika anda memakai cermin mata) adalah suatu yang akan menjadi seperti helaian kertas yang ditiup oleh angin jika kita tidak peka dan mengambil ibrah dengan cara yang tepat. YA! saya ulangi sekali lagi, dengan cara yang tepat.

Saya ada satu soalan untuk anda, jadi sila perhatikan betul-betul gambar di bawah
SOALAN: apakah yang anda lihat di dalam bulatan hitam tersebut?
(sediakan jawapan anda dalam masa seminit sebelum melihat jawapan di bawah)



JAWAPAN: (selalunya orang malas nak tunggu sampai seminit) jawapan yang saya perolehi dari hasil kajian saya terhadap masyarakat di sekeliling saya ialah 100% mengatakan.........

:- bintik hitam.



Jadi beginilah hasilnya dari sedikit kajian saya menyatakan bahawa sebahagian besar masyarakat lebih memandang bintik hitam tersebut berbanding "warna putih" yang memiliki majaroti terbesar dalam lingkungan bulatan hitam tesebut....


Jadi patutlah dalam sebuah keratan akhbar yang saya baca baru-baru ini lebih menghebahkan tentang riaksi over seorang pengacara yang menemu bual sukarelawan misi kemanusiaan di palestine berbanding pengisian yang diberikan oleh mereka, dan patut jugalah kita terlalu mudah untuk memakan daging saudara kita (mengumpat la tu...) dan sering memandang enteng seseorang kerana apa yang kita nampak hanyalah "bintik hitam" (kesilapan) kecil yang ada padanya berbanding "warna putih" (kebaikan) yang diterjemahkan dengan setulus ikhlasnya dari gerak tubuh mereka....


kaji diri kita.............




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails