- HE SEES YOU -

22 February 2009

JANGAN BACA ARTIKEL INI!!!

Cuba anda perhatikan dengan sejujurnya anjing di atas, percaya atau tidak jika ikhwah katakan ada insan yang berperilaku seperti makhluk tersebet ketika menunaikan ibadah fardhu solat. Tak percaya? Pernah tak tengok orang sujud yang meletakkan tangannya( dari siku hingga ke telapak tangan) penuh di tempat sujud sehingga menggelapkan suasana di sekeliling wajahnya. Yelah, mungkin sebab nak khusyu’ kot? Tapi tak boleh jadi jugak, ini kerana 2 sebab kenapa amalan itu diterima adalah ikhlas dan mengikut syara’.

Bertepatan pula dengan hadis nabi-“ Aku diperintahkan supaya sujud di atas 7 tulang (anggota): 1.di atas dahi (sambil mengisyaratkan dengan tangannya ke arah hidungnya),2 & 3.kedua-dua tangan(tapaknya),4 & 5.kedua-dua lututnya,6 &7. Hujung jari kedua- dua kaki”.
Jadi di sini kita boleh lihat banyaknya kelemahan yang kita lakukan semasa sujud. Contohnya bagi sesiapa yang rambut mengerbang sampai tutup muka (ikhwah shj ye...), kalau sujud mesti tak kena dahi jadi jawabnya pakailah kopiah..........................

Kaki pun jadi masalah gak sebab ada yang sekadar meletakkan 2 jari sahaja di tempat sujud dan bermalas-malas, paling tak boleh tahan bila tengok orang yang terlampau bersemangat nak habiskan solat sehingga waktu tengah sujud pun kakinya sudah awal-awal prepair untuk tahiyyat akhir, ape kes?

Jadi disini ikhwah nak mengingatkan dalam solat kalau nak capai keikhlasan tu memang susah, sebab ikhlas ni ilmu Allah. Jadi apa yang boleh kita confirmkan ialah mengikut syara’. So, coba tuk nilaiin semula, suda berkualitaskah solat kita?
*macam tulah umat kita, mana yang ditegah yang tulah yang dia baca....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails