- HE SEES YOU -

14 March 2010

tapi, sekarang dah 29 haribulan?

-MAULIDUL RASUL-

Apa kes bro? kalau nak tulis pasal maulidul rasul, tulislah masa 12 Rabiul Awal....... tak peka kat suasana sekeliling langsung.

Pertama sekali suka hati sayalah.... saya yang tulis blog ni. So, ikut suka sayalah nak tulis pasal maulidul rasul walaupun dah lebih 2 minggu berlalu..... hmm sebab apa? sebab saya rasa adalah suatu perbuatan terkutuk apabila kita sekadar memperingati nabi waktu maulidul rasul je ( tapi lagi bagus dari x ingat langsung ) sbb nabi ingat kita lebih dari tu, walaupun hakikatnya kesibukannya melebihi kesibukan seorang perdana menteri.....

baru-baru ni saya jumpa Dato' Seri Najib dekat masjid UKM, sempat salam ngan die

Saya teringat ketika detik-detik akhir nabi menghabiskan sisa-sisa "kehidupan"nya, time tu baginda dalam keadaan nazak lalu datang malaikat jibril mangkhabarkan tentang kenikmatan syurga yang sedang menanti-nanti ketibaannya. Namun dalam keadaan "sudah mengantuk disorong bantal" itupun, nabi boleh lagi bertanya kepada Jibril "lalu, bagaimana dengan umatku?" Jibril menjawab "mereka akan memperolehi syafaat ke atasmu" (selawat dan salam ke atas baginda) lalu barulah baginda merasa senang hati untuk menghembuskan detik terakhir pernafasannya degan lafaz ummati.... ummati........

Saya sebenarnya hairan bila masih ada lagi golongan pelacur, rempit, muda-mudi yg sedang syok bercouple zaman ni boleh bagi alasan "kami x cukup dapat perhatian" untuk terus melakukan maksiat...... HELLO!!! mana ada orang kat dunia ni yang waktu tengah nazak masih boleh ingatkan seseorang walaupun orang tu ialah orang yang paling dia sayang waktu kat dunia (sbb time tu dia akan fikir pasal kesakitan yang dia rasa...) tapi! hanya Rasulullah sahaja yang berfikir pasal setiap jiwa-jiwa yang berpijak di bumi ini pada detik-detik akhir kewafatan baginda ( selawat dan salam sekali lg ) so, ape yang tak cukup perhatian lagi?
sekadar gambar hiasan

Ayuh ikhwah! Buktikan cinta kita dengan kembali menghidupkan sunnah baginda..... apa sunnah baginda yang paling besar ye?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails