- HE SEES YOU -

24 January 2009

Pengorbanan sebenar untuk Ghazzah



Ghazzah,Palestine dalam keadaan yang sangat mendesak. Satu-satunya kota peradaban yang tinggal dan menjadi hak milik Al-Hak di bumi Anbiya’ itu. Jika dilihat pelbagai tindakan dari setiap pelusuk dunia, tidak kira Asia mahupun Eropah,Islam ataupun tidak, masing-masing tampil menghulurkan pengorbanan untuk Ghazzah sebagai menunjukkan rasa keperihatinan mereka terhadap isu ini. Jadi di sini kita akan sama-sama membincangkan apa sebenarnya pengorbanan yang paling berkualiti dan efektif yang boleh kita sumbangkan untuk Ghazzah.


Mungkin kita boleh membantu mereka dengan mengadakan demostrasi seperti yang diadakan di Mesir, Germany, Belgium, Indonesia, France, Hong Kong dan pelbagai lagi negara. Sekurang-kurangnya ia dapat membuka mata dunia dan menunjukkan keprihatinan kita terhadap Ghazzah. Tapi adakah perkara ini dapat membuka mata rejim laknatullah itu dan adakah semangat-semangat jiwa yang ditampilkan akan
berkekalan?

Tidak mengapa, kita cuba cari jalan lain. Bagaimana pula jika kita menhulurkan sumbangan dana seperti wang,ubatan dan kelengkapan yang patut. Jika dilihat negara jiran, Indonesia yang kekurangan bekalan ubat untuk negaranya sendiri pun telah menghatar ubat-ubatan ke palastine. Bukankah itu satu pengorbanan yang besar. Namun adakah anda yakin barangan itu akan selamat tiba ke Palastine?

Mungkin sekarang saya sudah pun menjumpai cara yang paling berkesan. Cuba kita berfikir di luar kotak. Semua kezaliman yang berlaku ke atas Palestine adalah disebabkan kedajalan tampuk pemerintahan dunia yang dikuasai oleh golongan kufar.Jadi cara yang terbaik ialah kita tukarkankan tampuk pemerintahan dunia agar kembali kepada Islam seperti suatu ketika dahulu. Islam adalah penyelesaian bagi semua masalah. Tunggu apa lagi, semuanya bermula di tangan anda!!!


Mati semakin menghampiri kita.Namun apakah sumbangan kita untuk Deen ini.Ikhwah di sini teringat kata-kata Saidina Abu Bakr As-Siddiq “Ayanqusud dinu wa ana hayy?”

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails