- HE SEES YOU -

11 April 2009

Bila api membara


Satu ketika datang seorang sahabat menemui Ar-Rasul s.a.w, lalu berkatalah sahabat tersebut wasiatkanlah aku, maka Rasulullah bersabda “La Taghdhob” dan diulang kalimah itu beberapa kali. Tanpa kita sedari kemarahan ini sebenarnya salah satu dari pintu utama syaitan ke dalam hati kita. Sejujurnya ikhwah sendiri sukar untuk menahan marah kerana adakalanya kita tidak dapat mengawal emosi dan mudah untuk sakit hati dengan tindakan seseorang tanpa memikirkan jalan penyelesaian terbaik.


Di sini ikhwah ingin membawa satu kisah tentang seorang kaya yang sering memaki hamun pekerjanya, dia juga memiliki seorang hamba. Nak dijadikan cerita suatu hari seorang pekerjanya telah menumpahkan air diatas komputernya, lalu dia memarahi perkerja tersebut tanpa belas kasihan dan kemudian dia memanggil hambanya untuk mengelap air yang tumpah itu. Namun hambanya masih tidak berganjak dari tempat duduknya. Maka bertambah beranglah orang kaya tersebut, dia lantas memaki hamun hambanya. Dengan nada yang cukup kesal hambanya berkata “ kau tidak layak memanggil aku hamba kerana sepatutnya kau yang menjadi hambaku” orang kaya itu hairan dan dia mempersoalkan kenyataan tersebut. Maka berkatalah hamba itu “aku telah menjadikan nafsu amarahku sebagai hamba kerana aku dapat mengawalnya sebaliknya kau menjadi hamba kepada nafsu amarahmu kerana kau sering mengikut kehendaknya, ini bermakna aku lebih layak menjadi tuanmu”.


Kawallah emosi anda dengan sentiasa mengingati sang pencipta, cubalah untuk waraskan akal dalam menyelesaikan masalah menurut syariat islam. Ingatlah sesungguhnya Allah bersama-sama dengan hambanya yang yakin dengan jalannya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails