- HE SEES YOU -

03 May 2009

Moga ditempatkan bersama solehin

Hari itu ikhwah menerima sebuah e-mail yang memaklumkan keadaan terkini sahabat akrab ikhwah semasa kecil dahulu, seperti apa yang dimaklumkan dia telah masuk ke dalam ICU. Terdetik rasa di hati ingin melawatnya, lalu ikhwah mengajak rakan seperjuangan yang turut mengenali sahabat akrab ikhwah itu.

Nak dipendekkan cerita sebelum kami pulang ke asrama, kami sempat singgah di hospital HUKM, lalu kami naik ke tingkat 2 wad ICU. Setibanya di kaunter ICU kami meminta kebenaran untuk melawat lalu kami diberikan kad yang tertulis “M**** A**** katil no 2” dan kami diminta untuk membasuh tangan.

Setelah masuk ke dalam wad apa yang dilihat adalah keadaan yang sangat sibuk dan terkocoh-kocoh terutamanya jururawat di situ, lama juga rasanya kami mencari katil no 2 kerana kami tidak perasan di mana nombor itu diletakkan.

Tiba-tiba ikhwah ternampak sekujur tubuh yang terkujur lemah dalam keadaan matanya yang ditutupi dengan jel, mulut yang sedikitkan terbuka dan kelihatan bengkak pada kakinya. Pada hakikat awal ikhwah tidak mengenali siapa pesakit itu,namun ikhwah sedar nama yang tertulis di whiteboard tersebut ialah nama M**** A**** dan yang berdiri disampingnya ialah abangnya. Maka yakinlah kami akan empunya badan.

Kami bersalaman dengan abangnya dan bertanya khabar tentang M****, memang panjang ceritanya. M**** yang ana kenali dulu adalah seorang yang ceria dan sering menceriakan orang, dan sememangnya kami senang bersamanya.

Abangnya ada menceritakan kepada kami apabila bapa M**** membacakan kepadanya ayat Quran yang pernah dihafalnya, mulutnya kadangkala bergerak sama dan apabila mereka memberi harapan padanya boleh kelihatan cebisan airmata yang mengalir, mungkin dia mendengar? Maka kami mengambil peluang ini untuk berbual dengannya walaupun pada zahirnya tiada tindak balas. Rakan ikhwah mengimbau kenangan lalu bersamanya dan menyatakan harapan untuk bertemu dengannya dalam keadaan sihat selepas kami pulang dari sekolah. Ikhwah pula memulakan “perbualan” kami dengan memberi salam dan ikhwah sekadar mampu membisikkan doa syifa’ ke telingannya dan mendoakan yang terbaik untuknya, rasanya tidak mampu untuk bercakap panjang dek kerana sebak yang teramat di dada.

Kami pulang ke asrama dalam keadaan sepi dan tidak bercakap banyak seperti selalu.Masing-masing merasa terkejut dengan apa yang berlaku.Seminggu selepas kejadian ikhwah dimaklumkan dengan pemergiannya ke Rahmatullah pada 19.4.2009. Semoga permergiannya mengingatkan kepada kita bahawa ajal tidak mengenal erti usia.

Dalam kenangan, Muadz b. Azhar(1992-2009); AL-FATIHAH......









No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails