- HE SEES YOU -

23 May 2009

Penyakit ini kian menular

Pelbagai wabak dan penyakit yang kian menular pada zaman ini, bukan sahaja pada masyarakat kita malah pada semua manusia di setiap pelosok dunia. Saban hari pelbagai jenis penyakit baru timbul sedangkan penawar bagi penyakit lama belum ditemui. Kini sejenis penyakit telah ditemui yang makin merebak di serata dunia. Dianggarkan secara puratanya peratus terbesar disetiap rumah telah menghidap penyakit tersebut. Penyakit ini sebenarnya telah dikesan dari zaman nabi S.A.W lagi, berikutan dengan hadis baginda .

"Hampir datang masanya seluruh umatnya berkerumun ke atas kamu dari setiap penjuru seperti orang-orang yang lapar berkerumun ke atas sebuah dulang berisi makanan." Para sahabat bertanya: "Apakah kerana bilangan kami (kaum muslimin) pada ketika itu sedikit, wahai Rasullah?" Jawab Rasullah saw : "Bahkan pada ketika itu bilangan kamu banyak namun kamu bagaikan buih yang terapung di lautan. Demi sungguh Allah akan angkat rasa gentar dan takut dari hati musuh-musuhmu terhadap kamu dan DIA akan melemparkan rasa al-wahan ke dalam hati kamu." Mereka bertanya : Wahai Rasullah, apakah penyakit al-wahan itu? Jawab Rasullah saw "Cinta harta benda dunia dan takut akan kematian"(Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud).

Jika sekarang dunia telah digemparkan dengan penemuan pelbagai jenis penyakit baru sehingga kita lupa penyakit al-wahan yang sudah berdekad lamanya menyelubungi kita. Wahai jiwa-jiwa yang sedang melihat, bayangkan jika seorang hamba Allah itu bebas dari penyakit al-wahan, jika ia dijangkiti wabak penyakit yang melanda kini, sekalipun dia mati, ingatlah matinya bukanlah mati yang sia-sia.

“Ya Allah, tariklah nyawa hambumu ini di dalam husnul khatimah dan lemparkanlah sejauh mungkin kami dari mendekati su’ul khatimah” .

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails