- HE SEES YOU -

08 June 2009

Mengapa sejarah kita membosankan?

Cuba kita perhatikan bersama sejarah Melaka.................... apa yang digambarkan itu seperti tidak logic. Cuba perhatikan, Melaka kelihatan seperti berseorangan sedangkan Melaka merupakan sebuah Negara Islam yang tersohor di nusantara pada ketika itu, jadi dimana bantuan khilafah Uthmaniah? Emmm... Nampak macam tak global.

Betul tu “TIDAK GLOBAL”, apa yang digambarkan sejarah umat islam ditanah melayu tidak global sedangkan islam berprinsip dakwah kita dakwah global. Sejarah yang kita pelajari menunjukkan bahawa perjuangan datuk moyang kita seperti terkonkong dengan isu bangsa, tanah, dan maruah sedangkan ia sama seperti isu Palestine, dimana aspek utama yang kita pertahankan adalah aqidah.

Banyak pejuang-pejuang yang membantu mempertahankan “prinsip” tanah melayu seperti Tok Janggut, Tok Kenali, Datuk Bahaman dan banyak lagi. Sememangnya mereka tidak berseorangan dan mendapat bantuan dari ikhwah nusantara seperti Sunan Kali Jaga, Maulana Malik Ibrahim, Raden Maulana Makdum dan kebanyakan mereka terdiri dari wali songo.

Mungkin anda pernah mendengar pantun ini :

Kalau roboh kota Melaka,

Papan dijawa hamba dirikan,

Kalau sungguh bagai dikata,

Darah dan nyawa hamba korbankan.

Jelas terbukti di sini betapa kesatuan umat islam di nusantara sangat memberansangkan. Mana tidaknya, jika Spain mampu menawan jajahan sebesar Afrika Selatan dalam masa lebih kurang 250 tahun, Portugis pula terpaksa bertungkus- lumus dengan memakan masa selama 500 tahun untuk menawan nusantara yang tidaklah sebesar mana. Apa puncanya?

Tidak lain tidak bukan kerana tulennya ukhwah mereka, tegasnya hamasah mereka, luasnya fikrah mereka, betapa mereka mengambil berat tentang mukmin yang lain dan paling penting sekali globalnya dakwah mereka. Nampaknya kelemahan muslim kini mereka kurang mengkaji sejarah. Tidakkah anda lihat bahawa ini yang dikatakan sebagai perpaduan dan mungkin inilah kot yang cuba diperkatakan oleh Dato’ Seri Najib Razak sebagai”One Malaysia”(mungkin?).

Apa yang penting kini kita kembali koreksi diri, dimanakah kita dalam membantu ikhwah kita yang masih berterusan mempertahankan aqidah? bukan sahaja di Palestine malah di sekitar nusantara ini seperti di Tak Bai dan Mindanao yang kini digemburkan sebagai The Next Palestine. Jadi ikhwah tegaskan sekali lagi di sini, dimanakah kita.....?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails