- HE SEES YOU -

29 June 2009

Sebulan berlalu



“Katak di bawah tempurung”












Satu perumpamaan yang sangat sesuai untuk ikhwah, satu ketika dahulu apabila ikhwah duduk lama diasrama dan jarang balik ke rumah, banyak isu-isu semasa yang tidak ikhwah ketahui. Sehinggakan waktu perdana menteri Malaysia ditukar pun ikhwah tak tahu. Bukannya tidak ada surat khabar di asrama. Cuma jauh, lepas tu satu surat khabar kena kongsi ramai orang, paling susah bila ada yang kedekut nak baca sorang. Ikhwah pula banyak lagi kerja nak kena buat.

Tapi kini segalanya berubah...... memang kehendak Ilahi yang menentukan segalanya. Kini ikhwah sedang berhadapan dengan dunia luar, sekarang ni tengah buat persediaan sebelum ke Mesir. Sebulan ikhwah menamatkan pengajian di Maahad. Kini ikhwah sekadar memasuki kelas lughah, kelas hafazan, baca buku ilmiah sikit tetapi tidaklah terlalu pack macam pelajar sekolah.

Kehidupan ikhwah kini memang lain dari waktu menjadi pelajar sekolah sebelum ini. Sebab lebih berhadapan dengan isu umat yang lebih global,tapi adakah memang minda pelajar sekolah ini tidak boleh keluar dari kepompong mereka? Sebenarnya jika dibandingkan dengan tempat lain, purata pelajar sekolah di Malaysia ini memiliki cara pemikiran yang tidak sepadan dengan usia mereka atau lebih mudah dikatakan sebagai “kurang”.Adakah kerana minda pelajar sekolah ini memang dah diset untuk menjadi cetek ? atau ada pihak yang meletakkan misi agar pelajar tidak bertindak melebihi dari apa yang disasarkan? atau bukan tahap mereka untuk berfikir tentang perkara yang diluar kotak? Mungkin fokus mereka pada pentarbiyahan di sekolah kot? Betul ke? Mungkin mereka(kami) lebih tahu?

Sebenarnya tidak rugi berfikir perkara yang besar kerana cara kita berfikirlah yang mampu mematangkan kita. Jika asyik terlalu berfikir tentang SPM, maka seolah-olah disitulah matlamat kita. Itu yang ada sampai bunuh diri sebab fail( tapi janganlah diabaikan pula spm tu...),jadi eloklah merenung jauh sikit......

Baru-baru ni pemergian Michael Jackson atau Mikeel Jackson sedikit sebanyak merenungkan kita tentang husnul khatimah. Sebab apa yang digembar-gemburkan disaat-saat akhir pemergiaannya, dia telah kembali kepada fitrahnya(Islam),jadi banyaklah membuat kebajikan, mewakafkan harta untuk umat Islam. Tapi sekarang banyak pula pihak yang menafikan keislamannya dan memperburuk-burukkannya, apa-apapun kita doakannya terbaik baginya, wallahua'lam...kisah ni lebih kurang sama jugak la macam Princess Diana punya kisah, hmmm.... kita pulak?...La budda kena taghyir ke arah kebaikan bermula dari sekarang juga,sebab permulaan yang baik sebenarnya lebih menjamin kepada pengakhiran yg baik. Tapi hakikatnya baik dan buruk, dua-dua datang dari Allah... nak tak nak kembalilah padanya........


4 comments:

Ate3_y said...

nak pergi mesir ke??

nak pergi blajar mane pulak uh??

*bertanya sebagai status follower blog ni.hi2..*

suhaylsalmi said...

kalo pergi mesir maksudnya belajar kat mesir la kot....

*menjawab selaku status empunya blog ni

Hazim Azhar said...

Setuju dengan statement nta tentang kematangan yang sebenar adalah dengan kita menukar paradigma atau cara berfikir.

Sebab itulah "budak2" kebanyakannya menjadi terkejut dengan budaya universiti kerana mereka di sekolah hanya disibukkan dengan perkara2 kecil.

-Ana tunggu nta untuk ke sini akhi-

semoga dipermudahkan urusan.

suhaylsalmi said...

ameen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails