- HE SEES YOU -

05 August 2009

Hampir saja ku tampak kelibat Izrail

sekadar gambar hiasan

Pagi itu ikhwah bersiap untuk pergi ke markas, ikhwah menunggu di tepi jalan menanti trenko (sejenis van awam) sebagai transport untuk ke markas. Makram! Makram! Suara bergema keluar dari kerongkongku. Pemandu itu mengangguk lantas menjemput ikhwah ke dalam trenko tersebut. Setibanya di destinasi ikhwah minta diberhentikan “alagamb ya asto!”,lalu pemandu itu berhenti dan tibalah ikhwah di destinasi…… hmmm permulaan pagi yang baik namun pasir yang halus jangan disangka tiada kala jengking.

Pulang dari sesi pembelajaran ikhwah bersama dengan 2 orang pelajar dari Malaysia… kata mereka “hang kalo balik naik bas 80 palang ni best jugak, mughah x sampai segernih(matawang Egypt) Cuma kalo nak tughun bas tu hati-hati skit la pasai bas ni x beghenti jadi hang kena terjun”. Bila diingatkan balik ikhwah ada pengalaman naik bas di mesir ni semasa pergi ke Sayyeda Zaynab barsama abang, memang mengalami sedikit masalah ketika turun bas kerana ikhwah turun dengan kaki kiri tapi nasib baik sempat imbangkan badan. Jadi tanpa berbicara panjang kami manaiki bas tersebut. “Asyir bawabah?” konduktur tersebut mengangguk.

Kami dinasihatkan oleh abang-abang agar meletakkan beg di hadapan badan kerana risau berlaku kecurian. dalam perjalanan tersebut, ikhwah nampak kelibat seorang budak mesir yang memegang plastik buah di kedua belah tangannya, dengan tenangnya dia turun dari bas ketika bas masih bergerak (pada ketika itu kelajuan bas dikurangkan sedikit). Tergerak dalam hati ikhwah “kalo budak ni boleh buat, aku pon mesti boleh”.

Setibanya ikhwah di destinasi yang dituju, ikhwah memandang kawan-kawan ikhwah dengan isyarat “ana pergi dulu ye!”, mereka mengangguk lantas mengangkat tangan. Ikwah bersiap sedia untuk turun dari bas dengan mengeluarkan sedikit badan dari pintu bas, ketika itu pemandu memperlahankan sedikit kalajuan bas. Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, ikhwah melompat keluar dengan mendahului kaki kanan. Tiba-tiba…….

Dunia menjadi gelap… disebalik kegelapan itu tampak bayang-bayang putih dan terbisik dalam hati ikhwah “mungkin sudah sampai masanya”. Lamunan ikhwah terhenti dengan bunyi brek kereta yang sangat dekat dengan kepala ikhwah. Ikhwah segera bangun dan tampak tergamam gelagat wanita arab yang hampir melanggar ikhwah tadi. Disebabkan jalan raya yang sesak ikhwah segera mengambil selipar dan beg yang sudah terputus talinya. Rakan ikhwah segera turun dari bas datang membantu, dia berkata “kepala hang ok x? aku nampak pala hang tengantuk kat jln sat tadi”. Ikhwah diam dan sekadar melihat tangan kanan yang berdarah serta luka di bahagian siku dan rasa bingit di peha kiri. “x pa aku ok, hang balik la dulu. Maalish lah buat susah hang tolong aku”.

Ikhwah pulang ke rumah dalam keadaan kaki yang terhenjut-henjut. Setibanya dirumah ahli bait membantu membalut tangan ikhwah (syukran pd yg prihatin)…. Ikhwah duduk sebentar dan berfikir pelbagai asbab dari kejadian itu yang boleh menyebabkan ikhwah dijemput ke alam lain.Dalam keadaan diri ini masih leka dengan dunia… bagaimana jika masa itu sudah sampai saatnya Izrail datang padaku? Astaghfirllahal’azhim……Kisah benar ini ikhwah deklamasikan untuk renungan kita bersama, terutamanya diri ini yang sedang alpa.

Wallahua’lam……

2 comments:

Hazim Azhar said...

Syafakallah akhi..

Pengalaman sebegitu adalah hampir2 boleh dikatakan satu kemestian di mesir.

Moga darah yang mengalir itu adalah kafarah dosa silam.

Abdullah Xuais said...

moga Allah memberi hikmah yg besar di sebalik suatu kejadian,

emmm... mmg byk kemestian kat mesir ni tp terpulang kpd individu itu sendiri utk mentafsirnya

segala salah n silap atau sesape yg terasa hati, ikhwah mohon kemaafan zahir n batin

selamat menyambut ramadan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails