- HE SEES YOU -

20 March 2010

siapa nak angkat tangan?


Hidup ini umpama lengan baju mekanik jika kita tidak mampu bersatu…..

SIAPA YANG FAHAM AYAT NI, ANGKAT TANGAN!

Tapi saya tak faham la….. itulah susahnya bila seseorang berfikir secara abstrak sesuatu perkara akan menjadi semakin rumit untuk difahami jika minda seseorang tidak setajam minda orang yang abstrak tersebut, kerana dari sudut percakapan ke“abstrak”annya tak ramai manusia yang mampu memahaminya.

SIAPA YANG FAHAM AYAT NI, ANGKAT TANGAN!

Pernah tengok watak Que Haidar dalam filem papadom arahan Afdlin Shauki tak? Saya cuba mentafsir analogi yang dilakukannya, seperti kenyataan filem umpama “kanvas” yang dicurahkan untuk dikupas di masa akan datang, confuse macam bawang bila kupas kulit dia jadi cantik, dan sebuah filem wajib tayang yang bertajuk Eksistensial Sial yang saya langsung tak memahami sepatah haram pun yang nak disampaikannya. Mungkin sesetengah orang menganggap apa yang cuba disampaikan dalam filem tersebut sebagai komedi tapi saya memandang perkara ini sebagai serius kerana orang yang mampu berfikir secara abstrak ini ialah orang yang memiliki minda yang kritis. So, sangat sayanglah apabila apa yang cuba disampaikan oleh mereka tidak difahami oleh masyarakat.

SIAPA YANG FAHAM AYAT NI, ANGKAT TANGAN!

Ramai juga blogger yang saya baca terlampau abstrak dalam menulis dan mereka (mungkin termasuk saya) seolah-olah terperangkap dalam dunia sendiri kerana mereka(sekali lagi mungkin saya?) kelihatan seperti berfikir di luar kotak tetapi hakikatnya mereka tidak sedar siapa yang berada di luar kotak. Bagi mereka yang berminda abstrak yang dikasihi sekalian saya tidak menafikan ayat abstrak adalah ayat yang indah namun kita sepatutnya meraikan suasana disekeliling kita, kerana tujuan kita menyampaikan sesuatu adalah untuk “menyampaikan sesuatu” kalau apa yang kita sampaikan itu orang tak faham jadi macam mana kita nak sampaikan sesuatu!

SIAPA YANG FAHAM AYAT NI, ANGKAT TANGAN!

Err…. Siapa yang rasa tulisan saya sukar difahami boleh angkat tangan?

7 comments:

Muhd Al-fateh said...

Saya mahu angkat keyboard.. boleh?

Terpulang kepada sasaranlah.. Kalau anta rasa blog anta ni memang untuk ikhwah (baca:header blog), maka teruskanlah dengan abstrak2 yang jika orang luar tengok boleh menyampah..

Jika anda meletakkan sasaran kepada mereka yang suka bermain2 dengan hati (ahli tasauf mungkin), boleh saja gunakan bahasa2 pasrah yg dicampur aduk dengan bahasa arab..[syahadatain92.blogspot.com]

Jika sasaran anda golongan yang memang sudah hanyut, boleh lah gunakan bahasa gila2 dan nasihat yang terus shoot ke hati..[keretamayat.blogspot.com]

Begitulah.. orang Melayu kata "masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum".. Nabi pula kata, "berbahasalah dengan mad'u kamu dengan bahasa mereka"..

Wallahuta'alaa'lam..

Abdullah Xuais said...

hmm..... ana lebih suka memberi pada yg mencari......

Thaaqhib Mohammed said...

itu pakej anda.

pembeli tahu pakej mana yang dia mahu beli.

x semua orang suka makan epal merah. saya suka makan epal hijau. jadi jangan marah ye, pakcik epal merah~

Abdullah Xuais said...

saya gemar menulis dgn melihat waki' di sekeliling saya......


siapa yg kurang faham dgn apa yg saya nk sampaikn leh angkat tangan?

*saya lebih menyokong buah tempatan

abdul hakim said...
This comment has been removed by the author.
abdul hakim said...

teruskanlah usaha anda. ayat anda jelas dan sampai. itu pendapat saya. btw, kalau saya faham x perlu angkat tangan kan?~

* oh ya,saya suka buah2 di Syria di kala fasl syita' dan rabii'. ini preference saya~

Abdullah Xuais said...

hmm lepas ni saya terpaksa buat artikel psl buah pulak la nmpknyer.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails