- HE SEES YOU -

30 January 2009

Warga tarbiyah yang lapar

Di zaman Rasulullah s.a.w terdapat seorang tabib yang bertugas di sebuah kawasan,namun dia dapat merasakan bahawa dirinya seorang penganggur kerana tidak ada pesakit yang datang menemuinya,tetapi dia bukanlah seorang yang mudah futur. Dia terus lagi berusaha dengan pergi ke setiap rumah untuk mencari pesakit,namun dia gagal kerana tidak ada pesakit di kawasan itu. Setelah lama berfikir,akhirnya dia membuat keputusan untuk bertemu Rasulullah. Selepas dia menceritakan masalahnya kepada Rasulullah s.a.w, baginda pun berkata

:ini semua kerana kami makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang dan makanlah atas dasar taqwa bukan nafsu

Di sini dapat kita lihat bahawa makananlah sebenarnya yang menjadi punca utama penyakit. Jika dilihat masyarakat kini akan makan mengikut jadual makan seperti Breakfest,makan pagi,lunch,high tea,dinner,supper dan tak termasuk lagi makanan yang dimakan sambil menonton t.v. Ikhwah di sini sendiri pun agak kurang senang makan dengan jadual yang dicipta oleh manusia,terutamanya= Supper

-Supper= waktu makan ini agak merbahaya untuk kesihatan kerana makan kemudian tidur,jika dilihat kepada role model bagi umat islam sendiri(Rasulullah s.a.w)tidur dalam keadaan yang lapar,ini membuatkan tidurnya menjadi lebih berkualiti(letih) dan mudah untuk bangun tahajud di 1/3 malam.

Jika dilihat banyak kisah-kisah Rasulullah yang berkaitan dengan keberkatan dalam makanan, contohnya seperti membuat roti dari labu,makanan yang sedikit mampu mengenyangkan ramai orang dan pelbagai lagi yang anda boleh kaji melalui sirah nabawiyah. Nabi juga mengamalkan mengunyah makanan sebanyak 40 kali,menjilat jari selepas makan,tidak mencampurkan makanan laut dengan darat dalam satu pinggan,makan berjemaah dan banyak lagi. Sunnah-sunnah ini telahpun diperakui fadhilatnya oleh fakta sains. Tak percaya? Tepuk dada tengok buku......

Sebenarnya cukuplah sekadar kita makan sebagai asbab untuk menjamin kesihatan dan membekal tenaga agar berkemampuan beribadah dan berda’wah di jalan allah, kita sering ingin makanan yang sedap-sedap dan mahal, namun ingatlah kenikmatan rasa dilidah kita itu hanya mampu dikecapi beberapa saat sahaja, akhirnya (mknn sedap+mknn x sedap=najis) di mana tempat ia pergi,di situ tempat ia kembali.Wahai ikhwah yang dikasihi sekalian,hidup kita bukanlah bermatlamatkan makan tetapi dengan makan ia akan membantu kita untuk hidup dan mencapai matlamat........

2 comments:

Ateey said...

BEST ah artikel ni~

a very2 gOod TAZKIRAH.

keep gOing.

Hazim Azhar said...

salam.. tertarik dengan post ni.

Keep it up!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails