- HE SEES YOU -

07 December 2008

Eid alAdha:Memupuk samangat keBANGSAan


Alhamdulillah....selesai sudah kami sekeluarga menunaikan solat sunat aidil adha,nampaknya tahun ini kami tidak pulang ke kampung seperti beberapa tahun yang lepas.Emm...teringat khutbah yang disampaikan oleh khatib tadi yang menceritakan bagaimana haji mampu menyatupadukan umat islam,sungguh luas perbicaraannya sehingga memasuki ke dalam topik khilafah dan dalang perpecahan umat islam.

Selesai solat raya dan khutbah, semua umat islam di dalam masjid tersebut bersalam-salaman sebagai tanda eratnya ukhuwah atas dasar aqidah yang sama.Dalam keadaan mesra itu terdapat sekelompok masyarakat muslim Bangladesh yang bersalaman dan berpelukan sesama mereka.Dalam keheningan itu,kesepian terpecah apabila aku datang dan bersalaman dengan mereka,ada juga segelintir masyarakat melayu “muda” yang memandang sinis dengan perbuatan mulia itu,ada juga yang berkata “patutla muka lebih kurang sama”.Begitulah komen masyarakat melayu yang kononnya beragama ISLAM.

Dalam perjalanan pulang,abi singgah di sebuah stesen minyak,dalam masa yang sama terdapat sebuah teksi Proton Iswara yang berhenti di sebelah kereta kami.Pemandu teksi tersebut adalah seorang yang berbangsa India dan tertera nama di pintu keretanya-Kassem Ibrahim b. Abdullah-.Tiba-tiba aku terdengar ngilaian gelak kecil berdekatan mobil kami,dengan nada suaranya “kantoi la keling ni pakai teksi pinjam!”.Diri ini terdiam sebentar,mengapa begitu cetek dan kotor fikiran insan tersebut sehingga sanggup menafikan keislaman orang india tersebut hanya kerana dia bukan MELAYU!

Lihatlah masyarakat kita kini yang lebih menguatamakan semangat keBANGSAan berbanding ikatan aqidah yang telah dipupuk oleh Rasulullah s.a.w satu ketika dahulu.Mengapa ini terjadi?setelah dikaji, rupa-rupanya pihak kufar telah memupuk semangat Arabism pada masyarakat arab di timur tengah semasa zaman pemerintahan khilafah uthmaniah.Jika dilihat dengan mata kasar mungkin ada baiknya jika dipupuk semangat perkauman atas dasar aqidah yang sama,tetapi janganlah sampai menyingkirkan kaum lain yang turut beriman dengan tuhan yang sama.

Suatu ketika dahulu di zaman uthmaniah,telah dikeluarkan fatwa wajib menentang pihak penjajah yang kufar,setelah berita itu sampai ke Malaysia,askar-askar British yang terdiri daripada melayu muslim dan india muslim bergabung bersama menentang penjajah.Atas dasar aqidah yang kuat mereka hampir dapat mengalahkan pihak penjajah,namun akhirnya merka tumpas jua dek pengkhianatan seorang pembelot yang berbangsa MELAYU.Noktah perjuangan pejuang kemerdekaan tersebut terhenti di situ,akhirnya mereka telah dibariskan di hadapan dajal-dajal penjajah dan ditembak seorang demi seorang lantas jatuh ke tanah dan syahid......!

Di sini dapat kita lihat betapa datuk moyang kita dahulu bersungguh-sungguh berusaha menyatupadukan kita atas dasar aqidah yang sama,so khianatlah bagi siapa yang menyekatnya!

1 comment:

Ateey said...

what a good act u have made! 1 dalam 20 org di malaysia je akan bwt tindakan sebegitu.

bagusnye artikel ni, mst byk membaca~

teruskan membaca kerana membaca itu jambatan iLmu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails