


*Paparan nama di dalam post ini tidak ada kaitan dengan sesiapa sama ada yang masih bernafas atau yang sedang meniti di alam barzakh
"Atan! Jangan main jauh-jauh, balik sebelum maghrib tau!" Atan berlari anak tanpa menghiraukan kata-kata ibunya. Baginya dapat bermain di luar adalah satu kesenorokan yang sukar diduga. Atan mengangkat kedua-dua belah tangannya sambil menikmati angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. "hmm… angin kuat hari ni! Boleh main layang-layang", bisik hati si kecil itu. Atan mengambil kedudukan untuk melepaskan layang-layang, "1.. 2… 3!" Atan berlari kesenorokan sambil tertawa gembira. Sedang asyik bermain, tanpa disedari dia telah terlanggar seketul batu yang membuatnya jatuh tersungkur ke tanah. Atan bangun sambil menguis siku dan lengannya. Seraya wajahnya tergamam tatkala dia mengalihkan pandangannya kehadapan, tampak kelibat beberapa orang lelaki separuh baya yang bertungkus-lumus berkerja di hadapan papan tanda yang tertulis "PROJEK PEMBINAAN MENARA SURAU AL-BAQARAH".
Atan lantas mendekati salah seorang dari mereka.
"pak cik! Pak cik tengah buat apa?"
"oo… pak cik tengah bancuh simen ni…"
Atan menganggukkan kepalanya dan segera beralih kepada lelaki lain yang berdiri di sebelah tembok itu.
"pak cik pulak tengah buat ape?"
"pak cik tengah tengok cite batman!" kata lelaki yang sedang menyodok tanah itu sambil ketawa.
Atan beralih pula kepada lelaki yang lain. "pak cik buat apa?"
"ala..! ko budak kecik ape tau, dah gi main jauh-jauh!"
Atan seakan tidak memahami apa-apa, dia lantas mengorak langkah menuju kearah seorang lelaki yang sedang mencangkung
"pak cik buat ape, pak cik?"
"tengah ratakan simen… nape nak join ke?"
Atan hanya tersengih, matanya tiba-tiba tertumpu kearah seorang lelaki yang sedari dari tadi sedang asyik mengangkat batu.
"pak cik buat ape?"
lelaki itu meletakkan batu yang dipikulnya seraya memandang ke atas sambil berkata " pak cik nak bina menara masjid!"
Azmi seorang insan yang sangat menggemari rokok, perkara itu akan dinikmati olehnya setiap hari tak kira pagi dan petang.Pernah suatu hari apabila beliau mengisi borang kemasukan asrama dan ditanyakan tentang hobinya, maka beliau menjawab:” merokok bersama member2 ana”.
Nak dijadi kan cerita suatu hari datang seorang gadis jelita di kampungnya, Laila namanya. Kehadiran Laila ke kampung tersebut adalah untuk melawat atoknya yang sudah lama tidak diziarahi. Dipendekkan cerita, Azmi sangat meminati gadis tersebut maka dia mencuba untuk berkenalan dengan gadis tersebut, namun cubaan pertamanya hambar kerana gadis tersebut tidah meminati tabiatnya yang suka merokok.
Sejak dari itu Azmi bertekad untuk berhenti merokok demi menggapai cinta sucinya kepada gadis jelita yang bernama Laila tersebut . Setelah melihat perubahan mendadak yang berlaku kepada Azmi gadis itu mula jatuh hati kepadanya kerana melihat kepada pengorbanan yang telah dilakukannya. Maka mereka berdua kembali berkenalan sehingga menjadi rapat dan pada masa itu mereka mendapat jolokan couple terbaik tahun ini, begitulah gambaran betapa akrabnya hubungan mereka .
Dipendekkan cerita setelah sebulan mereka bersama, Laila terpaksa pulang ke rumahnya semula untuk meneruskan pekerjaannya sebagai kerani di sebuah syarikat permotoran. Pada malam sebelum kepulangan Laila, Azmi menangis teresak-esak dan perkara itu berlanjutan sehiggalah ke pagi esoknya sehiggalah Laila pulang.
Selang beberapa hari Azmi mendapat khidmat pesanan ringkas pada telefon bimbitnya. Setelah menekan butang open maka terpaparlah di skrin telefon bimbitnya “ azmi, jom la lepak ngan kitorang. Laila dah tak de. Kitorg dh lame x isap rokok ngan ko doh !– member yg isap rokok skali ngan ko :-)”
Kebiasaanya bila seorang manusia berada dalam situasi seperti Azmi ini berkemungkinan besar dia akan kembali menyertai rakan-rakannya… sebab ape? Kerana Azmi berhenti merokok adalah kerana untuk mendapatkan laila bukan kerana dia betul-betul insaf.
So situasi ini lebih kurang samalah seperti kita di bulan ramadhan ini, jika seorang insan itu menghentikan perbuatan jahiliyyah yang dilakukannya di bulan ramadhan kerana bulan RAMADHAN itu sendiri maka ikhwah memberi sedikit jaminan berkemungkinan besar dia akan kembali melakukan maksiat tersebut setelah pulangnya ramadhan.
Tapi, jika dia menghentikan maksiat di bulan ramadhan untuk meraih MARDHOTILLAH maka sangat-sangat beruntunglah bagi golongan tersebut. Beramallah kita di bulan ini dengan sebenar-benar amal dan pohonlahlah maghfirah dari-Nya, kerana itu sebaik-baik amalan
Ayuh ikhwah! Kurangkan kontrevesi, tinggkatkan prestasi, jadilah hamba yang bermotivasi !!!
Pagi itu ikhwah bersiap untuk pergi ke markas, ikhwah menunggu di tepi jalan menanti trenko (sejenis van awam) sebagai transport untuk ke markas. Makram! Makram! Suara bergema keluar dari kerongkongku. Pemandu itu mengangguk lantas menjemput ikhwah ke dalam trenko tersebut. Setibanya di destinasi ikhwah minta diberhentikan “alagamb ya asto!”,lalu pemandu itu berhenti dan tibalah ikhwah di destinasi…… hmmm permulaan pagi yang baik namun pasir yang halus jangan disangka tiada kala jengking.
Pulang dari sesi pembelajaran ikhwah bersama dengan 2 orang pelajar dari Malaysia… kata mereka “hang kalo balik naik bas 80 palang ni best jugak, mughah x sampai segernih(matawang Egypt) Cuma kalo nak tughun bas tu hati-hati skit la pasai bas ni x beghenti jadi hang kena terjun”. Bila diingatkan balik ikhwah ada pengalaman naik bas di mesir ni semasa pergi ke Sayyeda Zaynab barsama abang, memang mengalami sedikit masalah ketika turun bas kerana ikhwah turun dengan kaki kiri tapi nasib baik sempat imbangkan badan. Jadi tanpa berbicara panjang kami manaiki bas tersebut. “Asyir bawabah?” konduktur tersebut mengangguk.
Kami dinasihatkan oleh abang-abang agar meletakkan beg di hadapan badan kerana risau berlaku kecurian. dalam perjalanan tersebut, ikhwah nampak kelibat seorang budak mesir yang memegang plastik buah di kedua belah tangannya, dengan tenangnya dia turun dari bas ketika bas masih bergerak (pada ketika itu kelajuan bas dikurangkan sedikit). Tergerak dalam hati ikhwah “kalo budak ni boleh buat, aku pon mesti boleh”.
Setibanya ikhwah di destinasi yang dituju, ikhwah memandang kawan-kawan ikhwah dengan isyarat “ana pergi dulu ye!”, mereka mengangguk lantas mengangkat tangan. Ikwah bersiap sedia untuk turun dari bas dengan mengeluarkan sedikit badan dari pintu bas, ketika itu pemandu memperlahankan sedikit kalajuan bas. Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, ikhwah melompat keluar dengan mendahului kaki kanan. Tiba-tiba…….
Dunia menjadi gelap… disebalik kegelapan itu tampak bayang-bayang putih dan terbisik dalam hati ikhwah “mungkin sudah sampai masanya”. Lamunan ikhwah terhenti dengan bunyi brek kereta yang sangat dekat dengan kepala ikhwah. Ikhwah segera bangun dan tampak tergamam gelagat wanita arab yang hampir melanggar ikhwah tadi. Disebabkan jalan raya yang sesak ikhwah segera mengambil selipar dan beg yang sudah terputus talinya. Rakan ikhwah segera turun dari bas datang membantu, dia berkata “kepala hang ok x? aku nampak pala hang tengantuk kat jln sat tadi”. Ikhwah diam dan sekadar melihat tangan kanan yang berdarah serta luka di bahagian siku dan rasa bingit di peha kiri. “x pa aku ok, hang balik la dulu. Maalish lah buat susah hang tolong aku”.
Ikhwah pulang ke rumah dalam keadaan kaki yang terhenjut-henjut. Setibanya dirumah ahli bait membantu membalut tangan ikhwah (syukran pd yg prihatin)…. Ikhwah duduk sebentar dan berfikir pelbagai asbab dari kejadian itu yang boleh menyebabkan ikhwah dijemput ke alam lain.Dalam keadaan diri ini masih leka dengan dunia… bagaimana jika masa itu sudah sampai saatnya Izrail datang padaku? Astaghfirllahal’azhim……Kisah benar ini ikhwah deklamasikan untuk renungan kita bersama, terutamanya diri ini yang sedang alpa.
Wallahua’lam……
Salam pertemuan di bumi kaherah
Sedar tak sedar 2 minggu sudah ikhwah menghayun tangan di bumi anbiya ini…. teringat pesanan teman-teman sebelum tiba di mesir , lebih kurang beginilah bunyinya “ kalo idup kat mesir sama ada anta jadi musa atau firaun!” pelbagai andaian dilemparkan kepada tanah purba ini, namun hakikatnya insan itu sendiri yang menentukan ke mana hala tujunya.
bercakap tentang orang mesir….. apa yang digambarkan pada ikhwah tentang orang mesir ialah bangsa yang kasar. Tetapi waktu hari pertama ikhwah di mesir, ikhwah mengalami kesusahan untuk membuka pintu lantas tampil seorang lelaki mesir menghulurkan bantuan tanpa meminta “ganjaran”, tapi ramai juga orang mesir yang sentiasa memperkecil bangsa asing, ikhwah sendiri pernah tidak dibenarkan naik lif semasa di hospital sedangkan orang arab lain naik macam biasa je… pernah juga tidak diberi baki, dilemparkan dengan kata-kata kesat dan pelbagai lagi.
Ikhwah juga hidup bersama dengan orang Somalia semasa di dalam markas, dua orang adik-beradik Somalia berbadan kurus, berusia dalam lingkungan 7/8 tahun,mereka sangat aktif dan bising di dalam kelas sehingga sering dipukul dengan keras oleh guru tapi meraka masih tersenyum nakal ( kalau kat Malaysia mesti guru tu dah kena saman). Namun ada juga karakter orang somalia yang berbeza, ada seorang budak ni berbadan besar, sering tidur di dalam kelas dan kurang ajar dengan semua orang sehingga pernah ditengking oleh pengetua.
Orang indonesia lain pula ceritanya, meraka di sini baik tutur katanya dan semangat dalam beramal serta penuh dengan sifat-sifat mahmudah (seperti yang digambarkan dalam novel karya Habiburahman). Berbeza dengan indon yg ikhwah kenali di Malaysia. Bila direnungkan kembali menjadi suatu lumrah dalam setiap bangsa ada perangai dan sifat masing-masing. Amal kita sebenarnya bukanlah bergantung pada apa bangsa kita kerana rambut sama hitam tapi kubur lain-lain……. jika selalu diutarakan ayat melayu mudah lupa, melayu bangsa layu. Adakah bangsa yang membentuk peribadi kita?.........renungkan kembali ikhwah sekalian .
Terlebih dahulu ikhwah memohon maaf kerana setelah hampir setahun blog ini dikerjakan namun sesi taaruf untuk diri ini agak sedikit hambar. Terlupa nak perkenalkan diri, maklumlah setiap insan pasti melakukan kesalahan namun yang membezakan pesalah tersebut ialah orang yang membaiki kesalahan itu sendiri, lebih kurang samalah macam golongan yang terbaik dalam orang yang melakukan dosa ialah orang yang bertaubat.
Kehidupan ikhwah bermula di kota putih di negeri Eropah. Ikhwah dilahirkan di Bradford England pada tahun 1992, time tu abi baru sahaja habis PhD. Pada cadangan asalnya nak pulang terus ke Malaysia, tapi sebab ada baby dalam perut umi maka ditangguhkan niat itu. Kami sekeluarga tunggulah beberapa bulan sehingga ikhwah keluar menghirup udara di dunia fana’ ini. Malam ketika ikwah hendak menjenguk dunia luar itu, abi dan akhi terus menanti dan tidak tidur pada malam tersebut, termasuklah akhi yang baru berusia 2 tahun ½ itu turut berjaga seolah-olah memahami ketegangan yang berlaku pada ketika itu. Maka dunia yang dulu dianggap luas kini menjadi lebih luas.
Perkataan pertama yang ikhwah dengar di dunia ini ialah “poor mother”. Ia diucapkan oleh seorang jururawat di hospital tersebut kerana umi masih mendapat anak lelaki walaupun sudah memiliki 4 orang anak lelaki (di England doctor tidak menggalakkan para ibu untuk scan bayi yang berada dalam kandungan kerana takut akan digugurkan jika tak bersesuaian dengan citarasa (tapi orang islam tak buat macam tu kot) so bila dah keluar barulah tahu bayi itu lelaki ke perempuan). Namun umi menegaskan “No! I’m a lucky mother” begitulah pendirian seorang muslimah yang baru sahaja beberapa saat bertarung dengan nyawa sendiri dalam niat ingin melahirkan rijal untuk deennya.
Selang seminggu ikhwah ditahnikkan oleh seorang ustaz ( tak ingat namanya). Cerita ikhwah di Bradford tidak lama, selang 3 bulan kami sekeluarga pulang ke tanah air tercinta. Ketika itu Malaysia dilanda kegawatan ekonomi. Kami sekeluarga menetap di Jitra, Kedah. Selepas 4 tahun kami berpindah ke Kuala Lumpur.
Dari cerita umi begitulah..... namun Kuala Lumpur yang dimaksudkan ialah Bandar Baru Bangi yang pada ketika itu masih dihiasi dengan semak-samun. Tapi sekarang ni dah berkembang pesat. Segala-galanya ada dan tumbuh ibarat cendawan. Ikhwah disekolahkan di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Bangi, kemudian dimasukkan pula ke Sekolah Menengah Al-Amin Bangi(masih di tempat sama cuma banggunan yang berbeza). Pada cadangan asalnya nak dihantar ke asrama namun mungkin atas faktor diri ini yang masih belum bersedia dan merasakan diri masih “budak”, maka menetaplah ia di suasana yang sama namun mungkin medan yang sedikit berbeza.
Ketika berusia 15 tahun ikhwah berpindah sekolah ke Sekolah Menengah Islam Hira’ Jeram. Atas faktor untuk mengubah diri dan keaadaan, wamakaru wamakarallah wallahu khairul maakirin, pengtarbiyahan ini telah menemukan ikhwah dengan pemilik alam ini dengan lebih dekat. Selepas itu ikhwah menyambung pelajaran dalam bidang al-quran di Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’. Sejujurnya di situlah ikhwah mula mengenali arah tuju kehidupan, tapi kalau tak cari memang tak jumpa. Sehinggalah pada suatu ketika, keputusan telah diambil untuk ikhwah menamatkan pengajian di situ.............
Nantikan episode seterusnyaL(terimalah hamba seadanya kerana.......ha ana zaak)
Human is mortal
And many other underlying reasons behind death.....
The fact is human is not eternal in this world
Where will we be in the hereafter......Heaven or Hell?
What about those who are still alive?
We can make do’a
And do ‘amal in this transitory period
O Allah...I don’t deserve your heaven but I want to abstain myself from your hell............ forgive me