- HE SEES YOU -

23 March 2009

Sepintas lalu mengenai Slumdog Milionaire


Baru-baru ni ikhwah ada menonton sebuah filem daripada india yang bertajuk Slumdog Milionaire, filem ini juga dikatakan telah memenangi banyak anugerah di Oscar. Filem ini mengisahkan seorang remaja yang bernama Jamal yang telah memenagi pertandingan Who wants to be a millionaire, namun tahukah anda Jamal bukanlah serang graduan university atau usahawan yang berjaya, dia cuma seorang penduduk setinggan yang menjadi pelarian dan menyara hidup ketika remaja sebagai pembuat teh. Namun dia berjaya menjawab semua soalan berdasarkan pengalaman yang dilaluinya dalam menempuh liku-liku kehidupan.

Hikmah yang sedikit sebanyak dapat ikhwah kupaskan dalam filem ini adalah menunjukkan antara kelemahan umat islam zaman ini adalah mereka lebih gemar mengejar teori dari praktikal. Lihatlah berapa ramai siswazah yang menjadi pengangur. Begitu juga dengan daie kita, antara sebab seorang seorang daie itu menjadi lembab adalah kerana mereka tidak memuntahkan teori yang tersimpan lama di dalam usus mereka. Wallaua’lam adakah kerana tiada medan ataupun takut untuk mengambil risiko? Apabila ikhwah berkongsi pengalaman dengan sahabat-sahabat, rata-rata mereka mengatakan lebih banyak belajar dari apa yang dilalui setelah mencuba berbanding duduk dan tunggu teori datang kepada kita.

Ingatlah, sesungguhnya teori itu tidak mampu memberi apa-apa ganjaran kepada kita di akhirat kelak jika ia tidak dibalas dengan amal. Ikhwah teringat bait kata-kata dalam lagu mentera beradu nyanyian Malique dan M.Nasir “Ijazah sebenar datangnya dari pengalaman, bercakar dan bersalaman”. Semoga Berjaya!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails